Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sangka Virus Makin Berkurangan, Kini Selesema Tomato Pula Menyerang Kanak-kanak Dibawah Usia 5 Tahun!

Belum habis bertarung dengan wabak COVID-19, Influenza, cacar monyet dan sebagainya, kini muncul pula wabak selesema tomato ini. Untuk pengetahuan semua, selesema tomato ini mula merebak di dua daerah di India iaitu di Odisha dan Kerala.

Sehingga 26 Julai yang lalu, 82 orang kanak-kanak dilaporkan telah dijangkiti virus berbahaya ini. Doktor-doktor turut memberi amaran kepada ibu bapa untuk take note kerana setakat ini, wabak tersebut menyasarkan kanak-kanak dibawah umur 5 tahun.

Kalau Mommy nak tahu dengan lebih lanjut, jom kita lihat di bawah tentang apa sebenarnya selesema tomato ini, simptom, cara ia berjangkit dan rawatan yang sewajarnya jika dijangkiti virus ini.

Apa sebenarnya selesema tomato ni?

Highlighted


Wabak selesema tomato ini dikategorikan sebagai penyakit kaki, tangan dan mulut yang jenis baharu, lebih kurang dengan HFMD. Virus ini dinamakan selesema tomato kerana mereka yang berjangkit, kulit mereka akan melepuh, gelembung seperti tomato lalu meninggalkan kesakitan pada seluruh badan.

Simptom Selesema Tomato

Apakah simptom-simptom yang harus Mommy berjaga-jaga? Antaranya adalah:

  • timbul ruam
  • sakit sendi
  • demam panas
  • dehidrasi
  • sakit badan
  • cirit-birit
  • loya
  • bengkak pada sendi

Penyakit berjangkit ini dikatakan mudah menjangkiti kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun serta orang dewasa yang lemah imuniti badannya. Yang lebih merisaukan adalah setakat hari ini, masih tiada lagi ubat antivirus atau vaksin yang tersedia yang terbukti mampu merawat mahupun mencegah penyakit ini.

Cara Selesema Tomato Berjangkit 

Sebagai Mommy, kita mahu mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak berjangkit. Macam mana pula nak tahu ia akan berjangkit? Jom kita tengok sama-sama.

  • Kanak-kanak terdedah kepada jangkitan ini dengan penggunaan lampin.
  • Menyentuh permukaan yang kotor.
  • Masukkan objek ke dalam mulut.

Kerana ia mempunyai persamaan dengan HFMD, mungkin ia akan berjangkit pada orang dewasa. Sebab tulah Mommy dan Daddy sentiasa perlu menjaga kebersihan dan mengambil langkat berjaga-jaga apabila menjaga anak-anak yang berjangkit dengan virus ini.

Rawatan 

Rawatan yang disyorkan adalah sama seperti denggi, chikungunya dan HFMD. Mereka yang berjangkit dengan penyakit ini, pesakit dinasihatkan untuk mengasingkan diri, mendapat rehat secukupnya dan minum air yang banyak. Jika mempunyai rasa kerengsangan, pesakit boleh cuba menggunakan span yang direndam air panas untuk melegakannya.

Tempoh kuarantin ditetapkan daripada 5 hingga 7 hari untuk mengelakkan jangkitan. Untuk mencegah penyakit ini, rumah Mommy perlu berada dalam keadaan yang bersih dan kerap menyembur pembasmi kuman yang berkesan.

Diingatkan pada Mommy dan Daddy supaya tidak berkongsi pakaian, mainan, makanan atau barangan dengan anak-anak yang lain.

Haa, sekarang Mommy pun dah tahu tentang selesema tomato, tanda-tanda, cara ia berjangkit dan juga rawatan yang perlu dilakukan apabila berjangkit dengan virus ini. Akhir kata, Mommy dan sekeluarga perlu berwaspada dengan kebersihan dan juga wabak-wabak yang berleluasa sekarang supaya anda akan lebih peka dengan sekeliling.

Ingat, selesema tomato juga mungkin boleh berjangkit dengan orang dewasa jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Jaga diri semua~