Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perhatian Mommy! ‘Step-by-step’ Semak Status Kemasukan & Penempatan Tahun 1, 2023/2024

Berita penting untuk Mommy, kini ibu Mommy boleh semak Penempatan Tahun 1 bagi sesi 2023/2024 mulai 1 Ogos 2022.

Untuk pengetahuan Mommy, surat tawaran perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa atau penjaga hingga dimaklumkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Sebagai peringatan untuk ibu bapa atau  penjaga, semakan keputusan penempatan sekolah kini boleh disemasak secara online sahaja tau! Jom lihat cara-cara untuk membuat semakan dan pengesahan penempatan Tahun 1 sesi 2023/2024. Jom baca dan buat preparation yang diperlukan!

Cara-Cara Untuk Menyemak Keputusan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023/2024

Pertama sekali, ibu bapa/penjaga perlu memiliki akaun sendiri sebelum mendaftar. Selepas itu, boleh teruskan proses pendaftaran secara online ini.

Jom ikut langkah-langkah ini supaya tidak tersalah buat ya Mommy!

  1. Klik pada laman web https://public.moe.gov.my/.
  2. Log masuk pada akaun sendiri yang telah daftar.
  3. Kemusian klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1.
  4. Next, klik pilih Semakan Penempatan.
  5. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  6. Last sekali, ibu bapa/penjaga boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk rujukan.
Highlighted

Perkhidmatan Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia

Step Seterusnya Untuk Mommy 

Perakuan Penempatan 

  • Ibu/bapa/penjaga PERLU membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  • Semasa PENDAFTARAN, ibu bapa/penjaga perlu menghantar cetakan Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah bila diperlukan. Namun begitu, ia tak perlu menghantar hardcopy ke sekolah.
  • Jika ibu bapa/penjaga mempunyai masalah dan tak dapat membuat pengesahan penempatan, hendaklah MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG TELAH DITEMPATKAN untuk melancarkan bantuan proses pengesahan tersebut.

Jika Mommy perlu membuat rayuan, boleh rujuk steps di bawah.

Permohonan Rayuan

  • Rayuan dilakukan secara ONLINE dan tiada proses rayuan manual.
  • Sebelum membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat terlebih dahulu. Selepas itu baru butang ‘rayuan’ akan aktif.
  • Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak semula oleh ibu bapa/penjaga.
  • Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

Tarikh Rayuan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024

KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan rayuan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.

Rayuan akan dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 Ogos 2022.

Jangan Lupa Check Keputusan Mommy!

Jadi untuk yang sudah memohon, keputusan boleh didapati secara dalam talian; dan bagi pemohon baharu, inilah masanya untuk mendaftarkan anak anda ke sekolah rendah. Selamat membuat Semakan Keputusan Tahun 1 online Mommy! Semoga berjalan lancar dan semoga berjaya mendapat penempatan!