Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Sakitnya sembelit selepas bersalin!” Ikuti 10 Tips Mudah Ini Agar Cepat Sembuh

sembelit selepas bersalin

Kredit gambar: www.klikdokter.com

Antara perkara yang menjadi ketakutan bagi Mommy yang melahirkan terutamanya yang melahirkan secara normal adalah membuang air besar kerana ramai wanita yang mengalami masalah sembelit selepas bersalin dan ada juga yang berasa ngilu disebabkan oleh jahitan luka. Kebanyakan Mommy risau sekiranya jahitan tersebut terbuka ketika membuang air besar.

Lagi menambahkah ngeri apabila Mommy mengalami sembelit selepas melahirkan. Sangat menyeksakan! Ada Mommy yang menangis di dalam toilet kerana sakit semasa membuang dan risau sekiranya jahitan terbuka semula. Ada yang terpaksa duduk lama dalam tandas sehingga 1 jam.

Apa yang menyebabkan sembelit selepas melahirkan ini?

Untuk mengetahuinya, jom ikuti perkongsian di bawah ini mengenai masalah sembelit selepas mengandung, punca dan cara atasi sembelit!

Punca Sembelit Selepas Bersalin

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan mommy mengalami sembelit ini. Antaranya ialah:

  • Kurang air dalam badan
  • Kurang pengambilan makanan berserat
  • Pengambilan jamu tanpa minum air yang banyak
  • Pengambilan pil zat besi (untuk tambah sel darah merah) semasa hamil
  • Penggunaan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang semasa proses
    kelahiran

Highlighted


Cara Hilangkan Sembelit Selepas Bersalin

Setiap penyakit Allah datangkan bersamanya penawar. Jika Mommy mengalami sembelit selepas melahirkan, boleh lakukan tips berikut untuk membantu Mommy. Antara tips tersebut adalah:

#1. Gunakan Stool Softener (Pelembut najis)

Boleh gunakan stool softener untuk membantu melembutkan najis. Penggunaan ini akan membantu Mommy membuang dengan lancar dan tidak perlu meneran.

#2. Rawat Masalah Sembelit Selepas Bersalin dengan Minum Air Secukupnya

Pastikan Mommy minum air dengan secukupnya. Ini kerana, wanita baru melahirkan memerlukan air untuk penghasilan susu badan serta mengelakkan masalah sembelit. Disarankan Mommy untuk minum air paling kurang 3 liter setiap hari.

#3. Rawat Masalah Sembelit Selepas Bersalin dengan Makan Makanan Tinggi Serat

Kredit gambar: www.bicycling.com

Pastikan Mommy mengambil makanan tinggi serat untuk membantu mengurangkan masalah sembelit. Antara makanan tinggi serat ialah sayur-sayuran, beras perang dan buah-buahan.

#4. Banyakkan Bergerak

Pergerakan fizikal akan membantu Mommy mengurangkan sembelit. Bagaimana? Pergerakan fizikal akan merangsang pergerakan usus besar dalam abdomen. Lakukan pergerakan ringan seperti menguruskan keperluan diri seperti mandi, cuci muka dan gosok gigi.

#5. Posisi Lutut Lebih Tinggi Dari Peha

Pastikan semasa membuang, lutut lebih tinggi dari peha. Sekiranya tidak selesa guna tandas cangkung Mommy boleh gunakan tandas duduk tetapi pastikan lutut dalam keadaan lebih tinggi dari peha. Gunakan kerusi kecil untuk mengalaskan kaki. Posisi ini akan lebih memudahkan untuk Mommy membuang.

#6. Keraskan Otot

Ketika membuang air besar, Mommy boleh cuba keraskan otot-otot perut secara perlahan-lahan. Tetapi awas! Bagi yang melahirkan secara pembedahan tidak digalakkan tetapi jika ingin mencuba lakukan dengan perlahan-lahan. Cara ini akan merangsang pergerakan usus dalam abdomen.

#7. Rawat Masalah Sembelit Selepas Bersalin dengan Urut Otot Perut

Kredit gambar: www.prevention.com

Tips ini tidak disarankan untuk Mommy yang menjalani pembedahan Caesarean. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “menyangga”. Letakkan tangan pada bahagian abdomen. Tarik otot perut ke bahagian dalam. Tarik otot perut bahagian atas dan bawah ke bahagian tengah. Tarik otot perut di bahagian sisi kanan dan kiri ke bahagian tengah.

Selain itu, Mommy boleh gunakan teknik “mombojol” dengan cara mencungkil empat bahagian otot perut ke luar. Teknik ini akan merangsang pergerakan usus besar ketika berada di tandas. Lakukan kedua-dua teknik ini sebanyak 10 kali dan akhiri dengan teknik bonjol yang panjang.

#8. Rawat Masalah Sembelit Selepas Bersalin dengan Elakkan Dari Baring atau Duduk

Elakkan dari baring atau duduk selepas makan ya Mommy. Sebaliknya, lakukan pergerakan fizikal untuk merangsang pergerakan usus besar.

#9. Ambil Vitamin C

Vitamin C mampu membantu Mommy mengatasi masalah sembelit. Selalunya selepas bersalin doktor akan bekalkan dengan 4 jenis vitamin iaitu vitamin B complex, vitamin c, panadol dan iron tablet. Vitamin C akan membantu untuk melembutkan najis dan memudahkan Mommy membuang.

#10. Dapatkan Rawatan Doktor

Kredit gambar: www.novushealth.com

Jika semua tips dan teknik telah dilakukan tetapi masih belum berhasil berjumpalah dengan doktor. Doktor akan memberikan ubat atau rawatan yang bersesuaian dengan keadaan Mommy. Jangan bertangguh untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin parah iaitu buasir.

Sembelit selepas bersalin adalah normal dan kerap dialami oleh wanita yang melahirkan anak. Sehingga ada yang trauma untuk membuang air besar. Mommy boleh mencuba tips di atas sekiranya mommy berhadapan situasi ini kelak.

Kongsikan entri ini bersama dengan Mommy-mommy lain yang sedang mengalami masalah ini. Semoga dengan perkongsian ini Mommy semua beroleh manfaat darinya.

Mommy juga boleh mendapatkan nasihat dan panduan pakar dengan menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Dapatkan pelbagai info untuk kesihatan Mommy selepas bersalin di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.