Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tips Berkesan Hilangkan Senak Perut Ketika Hamil

senak perut ketika hamil

Sepanjang tempoh kehamilan, perubahan fizikal dan hormon yang ketara boleh menyebabkan gangguan pencernaan yang mencabar.

Gangguan ini termasuk senak perut ketika hamil, kembung, mual, pedih ulu hati, dan ketidakselesaan yang tidak diingini.

Dalam entri ini akan memberikan Mommy panduan untuk mengatasi masalah senak perut semasa mengandung. Jom ketahui lebih lanjut di bawah!

Punca Masalah Senak Perut Ketika Hamil

Highlighted

Kredit gambar: www.tums.com

#1. Pencetus Hormon

Kenaikan hormon progesteron adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada gangguan pencernaan semasa kehamilan.

Progesteron diperlukan untuk perkembangan bayi, tetapi ia juga membuat otot-otot dalam badan berehat, termasuk usus.

Hasilnya, sistem pencernaan melambat, dan ini boleh menyebabkan gangguan pencernaan seperti kembung dan senak perut.

#2. Bayi yang Sedang Membesar antara Punca Senak Perut Ketika Hamil

Sering kali terjadi pada peringkat akhir kehamilan, bayi yang semakin membesar akan menekan perut Mommy.

Ini bermakna ruang dalam perut menjadi terhad, dan boleh mengakibatkan Mommy merasa kenyang dengan cepat selepas makan. Tekanan pada usus juga boleh melambatkan proses pencernaan.

#3. Pedih Ulu Hati Juga Merupakan Punca Senak Perut Ketika Hamil

Senak perut dan pedih ulu hati adalah masalah yang sering berkait rapat. Semasa kehamilan, otot yang menghubungkan perut dan kerongkong Mommy menjadi lebih lemah.

Ini membolehkan asid perut kembali ke tiub makanan dan menyebabkan ketidakselesaan di kawasan dada dan sekitar perut.

Cara Rawat Senak Perut Ketika Hamil

Kredit gambar: www.tampabayrefluxcenter.com

Untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah senak perut semasa kehamilan, Mommy boleh mengambil beberapa langkah berikut:

#1. Hentikan Merokok dan Tabiat Minum Arak

Merokok dan alkohol adalah tabiat yang sebaiknya dielakkan sebelum anda mengandung. Ia tidak hanya membahayakan bayi Mommy tetapi juga boleh meningkatkan risiko gangguan pencernaan. Hindari merokok dan alkohol sepenuhnya.

#2. Pertahankan Postur yang Baik

Jika Mommy sering membongkok dari pinggang, ini boleh menambah ketidakselesaan semasa kehamilan. Lebih baik membengkok dari lutut untuk mengurangkan tekanan pada perut Mommy.

#3. Atasi Senak Perut Ketika Hamil dengan Memakai Pakaian yang Selesa

Kredit gambar: www.hatchery.com.sg

Pilih pakaian yang longgar dan selesa semasa hamil. Pakaian ketat boleh memberi tekanan tambahan pada perut dan memburukkan gangguan pencernaan.

#4. Makan secara Sederhana

Jangan makan berlebihan walaupun Mommy ingin memastikan bayi anda mendapat semua nutrien yang diperlukan. Makan berlebihan boleh menyebabkan masalah senak perut kerana ruang perut Mommy sudah terhad.

#5. Rawat Senak Perut Ketika Hamil dengan Makan Sedikit tetapi Kerap

Prinsip “makan sedikit dan kerap” adalah penting semasa kehamilan. Ini membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih lancar dan mengelakkan ketidakselesaan.

#6. Pilih Makanan dengan Bijak

Kurangkan pengambilan kafein, minuman bersoda, serta makanan pedas dan berlemak. Makanan ini cenderung menyebabkan kerengsaan dan kembung, yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan seperti angin pada trimester awal kehamilan.

#7. Duduk dengan Postur yang Baik ketika Makan

Kredit gambar: www.enfagrow.com.my

Semasa makan, pastikan Mommy menjaga postur badan yang baik. Ini membantu mengurangkan tekanan pada perut dan membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih efisien.

#8. Jangan Makan Sebelum Tidur

Elakkan makan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Ini memberi peluang kepada badan untuk mencerna makanan sebelum tidur.

#9. Rawat Senak Perut Ketika Hamil Perbaiki Kedudukan Tidur

Naikkan bahagian kepala dan bahu tilam anda sekitar 10cm dengan menggunakan bantal tambahan. Ini dapat membantu mencegah asid perut naik semasa tidur.

#10. Relaksasi Sebelum Tidur

Luangkan masa untuk bersantai sebelum tidur. Meditasi atau waktu yang tenang boleh membantu mengurangkan stres dan ketegangan yang boleh menyebabkan masalah senak perut.

Adalah penting untuk diingat bahawa masalah senak perut semasa mengandung, walaupun tidak menyenangkan, biasanya tidak membahayakan bayi Mommy.

Walau bagaimanapun, jika Mommy mengalami kesakitan yang berterusan, adalah bijak untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan penjagaan yang sewajarnya.

Kesihatan Mommy dan bayi anda adalah keutamaan, jadi jangan ragu untuk mencari bantuan jika perlu.

Mommy juga boleh mendapatkan lebih banyak info dengan menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk setiap bulan!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi panduan dan info kehamilan yang lain di SINI!