Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senaman Kehamilan

workout

Rutin ringkas ini membantu kerja anda di waktu pagi, kekal tenang sepanjang hari dan malam pada setiap trimester.

Highlighted


1.  Spine Aligner

Berdiri tegak dengan posisi badan yang membelakangkan dinding. Sentuh dinding menggunakan kaki, punggung, bahu, dan kepala. kemudian tarik perut anda keluar dan kedalam semasa menarik nafas perlahan sebanyak tiga kali. Lepaskan, teruskan untuk menarik nafas kali kedua. Ulang sebanyak 3 kali.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

2. Cat

Letakkan tangan anda pada dinding, luaskan kedudukan kaki anda. Undur beberapa langkah kebelakang dan tunduk kedepan, pastikan dada anda di posisi yang betul dan bengkokkan lutut anda sedikit. Tarik, kemudian lepaskan nafas anda, buat seperti kucing. Tahan selama beberapa saat, dan betulkan posisi anda kembali. Ulang sebanyak 3 kali.

3. Runner’s Stretch

Berdiri di belakang bangku dan letakkan jari anda pada bangku tersebut. Luaskan kangkangan kaki anda. Bengkokkan lutut kiri sehingga melebihi lutut kanan anda, tekan pinggul anda kedepan sehingga anda merasakan tegangan pada kaki kiri anda. Cuba untuk capai pada renggangan maksima. Tahan 3 hingga 5 nafas. Kemudian tukar posisi kaki anda.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

4.Chest Opener

Duduk pada kerusi dengan kududukan kaki yang tegak pada lantai. Letakkan tangan anda pada perut anda dan tegakkan leher anda. Pusingkan bahu anda kebelakang pada dengan gerakan yang bulat sebanyak 5 kali, kemudian kedepankan bahu anda semasa meletakkan tangan anda dibelakang kerusi, siku menghadap kebelakang. Tahan selama 3 nafas yang dalam.

Sebelum Tidur

5. Side Stretch

Posisi melutut pada lutut kiri dan kaki kanan anda melunjur pada sebelahnya. Dengan tapak tangan kanan anda di angkat kekanan, angkat tangan kiri anda sehingga siku anda menyentuh telinga kiri anda. Tarik nafas dan turunkan tangan kanan anda semasa perenggangan. Kemudian lepaskan perlahan tukarkan posisi pada sebelah kanan. Tahan selama 2 hingga 3 nafas, kemudian lepaskan dan duduk pada posisi asal. Tukarkan posisi kaki dan ulang.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

6. Child’s Pose

Tiarapkan badan anda dengan posisi duduk, di lantai atau katil. Jika perlu, letakkan bantal atau tuala yang telah digulung di lutut anda. Melunjur kedepan, depakan tangan anda dan letakkan dahi anda pada lantai. Pastikan tulang dan leher anda pada posisi yang betul. Tahan seberapa lama yang boleh.

Artikel ini dipetik dari FeelGreatMoves