Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sangat Membantu! 7 Jenis Senaman Mudah Bersalin Paling Popular

senaman mudah bersalin

Kredit gambar: www.themotherrunners.com

Semua wanita yang mengandung pastinya mahukan proses bersalin yang mudah dan cepat bukan?

Sangat menakutkan apabila membayangkan Mommy terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat tetapi bukaan rahim masih 1@2cm dan tiada sebarang perubahan.

Tahukah Mommy terdapat beberapa senaman mudah bersalin yang boleh membantu untuk memudahkan proses bersalin?

Terdapat banyak manfaat jika Mommy melakukan senaman mudah bersalin ini. Nak tahu lanjut? Jom scroll sampai bawah!

Manfaat Melakukan Senaman Mudah Bersalin

Highlighted

Kredit gambar: www.momjunction.com

Berikut merupakan beberapa manfaat atau kebaikan melakukan senaman mudah bersalin iaitu:

  • Membantu untuk meredakan sakit kontraksi.
  • Memendekkan waktu bersalin.
  • Membantu mengurangkan risiko preeclampsia, gestational diabetes (GDM), peningkatan berat badan, kecacatan kelahiran, keguguran dan kelahiran pramatang.
  • Meningkatkan fungsi plasenta dalam menyalurkan segala nutrisi dan oksigen kepada bayi yang dikandung sepanjang tempoh mengandung.
  • Membantu mengurangkan kesakitan semasa tempoh mengandung dan simptom psikologi.

Jenis Senaman Mudah Bersalin

Berikut adalah antara jenis senaman ibu mengandung yang memudahkan proses bersalin kelak iaitu:

#1. Senaman Mudah Bersalin Jenis Squad

Antara jenis senaman yang mudah untuk memudahkan Mommy bersalin khususnya bersalin normal. Squad akan menguatkan otot di bahagian pinggul dan membantu bayi untuk turun lebih rendah.

Caranya sangat mudah namun perlu berhati-hati semasa melakukannya. Mommy perlu berdiri dengan keadaan kangkang.

Turun secara perlahan-lahan sehingga posisi Mommy seperti mencangkung selama 30 saat. Kemudian, Mommy naik semula dan ulang 10 hingga 20 minit setiap hari.

#2. Posisi Kupu-kupu

Senaman posisi kupu-kupu ini boleh memudahkan bahagian pelvis Mommy untuk meregang. Ianya juga membantu mengurangkan kesakitan kontraksi dan Mommy juga kurang penat.

Caranya ialah Mommy perlu duduk di atas lantai, pastikan berlapik ya Mommy! Barulah tak sakit! Temukan kedua-dua kaki Mommy. Pastikan tapak kaki bertemu.

Tekan secara lembut lutut Mommy ke arah lantai dan bahagian peha Mommy akan meregang. Tahan selama 10 saat dan ulang semula senaman tersebut. Lakukan sekerap mungkin.

#3. Senaman Kegel

Senaman yang seterusnya ialah senaman kegel. Senaman ini ternyata bukan sahaja baik untuk ibu hamil tetapi juga baik untuk semua wanita.

Otot pelvik akan menjadi lemah semasa hamil dan ini akan mengakibatkan Mommy mudah terkencing semasa bersin atau batuk.

Oleh itu, dengan senaman ini akan menguatkan otot pelvik. Caranya mudah sahaja. Mommy perlu melakukan kemutan dan tahan seperti sedang menahan kencing. Tahan selama 6 saat dan rehat. Ulang semula selama beberapa kali.

#4. Duduk di Atas Bola

Selain itu, Mommy boleh juga melakukan senaman dengan duduk di atas bola. Senaman ini popular dalam kalangan ibu hamil kerana sangat mudah.

Mommy hanya memerlukan bola khas bagi ibu mengandung dan hanya perlu duduk di atas bola tersebut. Duduk dengan tegak dan gerakkan sedikit bahagian pinggul Mommy ke kiri dan ke kanan.

#5. Berenang

Di samping itu, Mommy juga boleh berenang untuk memudahkan proses bersalin kelak. Berenang boleh membantu Mommy untuk mengawal pernafasan semasa proses bersalin.

Ini kerana, cara pernafasan yang betul membantu Mommy untuk tenang, mengurangkan rasa sakit serta membantu Mommy untuk meneran.

#6. Berjalan Kaki

Berjalan kaki juga boleh membantu proses bersalin Mommy nanti. Aktiviti berjalan kaki ini bukan sahaja baik untuk kesihatan Mommy tetapi akan membantu menggerakkan otot pelvik Mommy.

Ianya akan membantu untuk mempercepatkan pembukaan rahim. Senaman ini boleh dilakukan 3 kali seminggu selagi Mommy mampu.

#7. Naik Turun Tangga

Senaman yang terakhir yang boleh membantu Mommy bersalin kelak ialah dengan naik turun tangga. Naik turun tangga dipercayai dapat membantu proses bukaan rahim kerana ianya melibatkan otot peha dan juga pelvik.

Namun, ingat ya ibu, berhati-hati semasa melakukan senaman ini. Lakukan secara perlahan-perlahan

Kesimpulannya, Mommy perlu berhati-hati semasa melakukan senaman-senaman ini supaya Mommy tidak mencederakan diri juga tidak membahayakan bayi dalam kandungan Mommy.

Namun, senaman di atas hanyalah sebagai alternatif untuk membantu memudahkan Mommy bersalin. Jangan memaksa badan Mommy sekiranya tidak boleh melakukannya.

Selamat mencuba!

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info kehamilan menarik yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.