Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Hospital Yang Menawarkan Perkhidmatan Psikiatri Di Malaysia

Sumber: verywellhealth.com

Rawatan psikiatri boleh didapati di kebanyakan hospital kerajaan, hospital pengajar (universiti), dan hospital atau klinik swasta.

Jangan khuatir dengan stigma yang mengaitkan rawatan psikiatri dengan ‘gila’! Sebenarnya sesiapa sahaja boleh berjumpa dengan pakar psikiatri jika mengalami masalah kesihatan mental.

Perbezaan paling utama antara pakar psikiatri dengan doktor psikologi ialah pakar psikiatri boleh mempreskripsikan ubat kepada pesakit mereka.

Jadi jika anda ingin berjumpa dengan doktor pakar psikiatri, anda boleh pergi ke klinik pakar swasta atau hospital, sama ada hospital kerajaan atau swasta.

Difahamkan juga doktor yang pakar dalam bidang kekeluargaan di klinik-klinik kesihatan mampu memberikan perkhidmatan psikiatri yang tidak terlalu serius.

Untuk mendapatkan perkhidmatan di hospital, anda perlu mendapatkan surat rujukan dari doktor di klinik dahulu sebelum membuat temu janji dengan doktor pakar di hospital.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Senarai Hospital Yang Menawarkan Perkhidmatan Psikiatri Di Malaysia

Hospital Kerajaan (Kementerian Kesihatan Malaysia)

1. Hospital Kuala Lumpur

2. Hospital Selayang, Selangor

3. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selangor

4. Hospital Serdang, Selangor

5. Hospital Kajang, Selangor

6. Hospital Ampang, Selangor

7. Hospital Sungai Buloh, Selangor

8. Hospital Putrajaya

9. Hospital Tuanku Fauziah, Perlis

10. Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah

11. Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah

12. Hospital Bukit Mertajan, Pulau Pinang

13. Hospital Taiping, Perak

14. Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak

15. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak

16. Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan

17. Hospital Melaka

18. Hospital Sultanah Aminah, Johor

19. Hospital Segamat, Johor

20. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor

21. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang

22. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang

23. Hospital Raja Permaisuri Zainab II, Pahang

24. Hospital Sentosa, Sarawak

25. Hospital Miri, Sarawak

26. Hospital Duchess of Kent Sandakan, Sarawak

27. Hospital Umum, Sarawak

28. Hospital Queen Elizabeth, Sabah

Hospital Universiti

1. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

2. Hospital Pengajar UPM Serdang

3. Pusat Perubatan UKM (PPUKM) / Hospital Canselor Tuanku Muhriz

4. Pusat Perubatan UIAM (Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah)

5. Hospital USM (HUSM) Kubang Kerian

Hospital Swasta

1. Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor

2. Gleneagles Medical Centre, Penang

3. Gleneagles Intan Medical Centre, Kuala Lumpur

4. Hospital Pakar KPJ Damansara, Selangor

5. Sunway Medical Centre, Selangor

6. Hospital Columbia Asia (Iskandar Puteri, Bintulu, dan Miri)

7. Subang Jaya Medical Centre, Selangor

8. Ara Damansara Medical Centre, Selangor

9. Pantai Hospital (Cheras, Kuala Lumpur, Ayer Keroh, Ipoh, Penang)

10. Kelana Jaya Medical Centre, Selangor

11. ParkCity Medical Centre, Kuala Lumpur

12. Thomson Hospital, Kota Damansara, Selangor

13. Prince Court Medical Centre

14. UM Specialist Centre

15. Avisena Specialist Hospital, Selangor

Jika hospital yang berdekatan dengan rumah anda tidak ada di dalam senarai di atas, anda boleh cuba bertanya dengan doktor di klinik berdekatan tentang perkhidmatan psikiatri yang boleh di dapati di kawasan anda.

Semoga bermanfaat.