Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak Di Ampang, Selangor

Sumber: kuala-lumpur.ws

Mama dan Papa yang mempunyai anak-anak kecil boleh mengunjungi klinik pakar kanak-kanak selain daripada Klinik Kesihatan di kawasan Ampang untuk mendapatkan rawatan lebih khusus kepada kanak-kanak, terutamanya bayi yang memerlukan rawatan khas dan terperinci.

Berikut adalah senarai klinik pakar kanak-kanak di Ampang, Selangor yang memberikan layanan serta rawatan yang bagus untuk anak-anak.

Walaupun kebanyakkannya tidak beroperasi 24 jam, tetapi senarai ini untuk memudahkan Mama dan Papa yang memerlukan ketika waktu-waktu kecemasan.

Klinik Pakar Kanak-kanak di Ampang

1. Klinik Kanak-Kanak Ong

Highlighted

Sumber: Google

Alamat: 34, Jalan Mamanda 7, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor

No. Telefon: 03-4256 1205

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari / 6.30 petang – 8.30 malam
Rabu: Tutup
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari

Sumber: Google

2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Hoh

Sumber: Google

Alamat: No. 9, Jalan Pandan Indah 1/23e, Taman Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-9274 8386

Waktu Operasi:
– Isnin, Rabu & Jumaat: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari / 6.30 petang – 9.00 malam
– Selasa, Khamis & Sabtu: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
– Ahad: Tutup

[separator type=”thin”]

Kepentingan Kesihatan Kanak-kanak

Kehidupan seharian di waktu pandemik sekarang membuatkan kesihatan kita mudah terjejas, terutamanya kanak-kanak.

Walaupun terperap sahaja di dalam rumah, kanak-kanak masih boleh terdedah kepada pelbagai ancaman terhadap kesihatan seperti tidak mendapat vitamin D yang mencukupi dari meluangkan masa di luar.

Apatah lagi bila terpaksa menghadap komputer sepanjang hari, sama ada untuk pembelajaran atas talian atau untuk suka-suka, yang boleh membuatkan mereka sakit mata atau badan dengan posisi badan yang tak menyelesakan.

Sebagai ibu bapa, kita perlu mengambil langkah yang mencukupi untuk memastikan kesihatan anak-anak berada pada tahap optimum.

Mendapatkan nasihat dari pakar kanak-kanak adalah salah satu langkah terbaik yang boleh diambil.

Sumber: Getty Images

Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain, rujuk disini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Mama dan Papa. Jangan lupa untuk kongsikan bersama Mama-mama yang lain ya!