Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak di Nilai, Negeri Sembilan

klinik pakar kanak-kanak di Nilai

Sumber: SCM Southern Corridor Malaysia

Ibu dan Ayah yang sedang mencari klinik pakar kanak-kanak di Negeri Sembilan, apa kata kita lihat senarai klinik oleh Motherhood kali ini yang fokus pada daerah Nilai.

Klinik Pakar Kanak-kanak Nilai, Negeri Sembilan

1. Klinik Pakar Kesihatan USIM

Klinik yang berkonsepkan wakaf ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kepakaran perubatan, termasuklah pakar perubatan keluarga, dengan caj yang berpatutan.

Highlighted

Sumber: Klinik Pakar USIM

Alamat: Lot 193-194 Jalan Nilai Square 6, Nilai Square, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

No. Telefon: 06-850 4921 / 012-650 4921

Laman Sesawang: www.klinikpakar.usim.edu.my

Waktu Operasi:
– Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6.30 petang
– Sabtu: 9.00 pagi – 5.00 petang
– Ahad/Cuti Umum – Tutup

2. Klinik Sariah

Klinik Sariah memberi perkhidmatan yang berkualiti sebagai pusat perubatan keluarga dan pengalaman yang luas dalam merawat wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Klinik Sariah

Alamat: PT7441, Jalan BBN 1/2F, Putra Point Phase 2B, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

No. Telefon: 06-850 1005

Laman Sesawang: Facebook Klinik Sariahklinik-sariah.business.site

Waktu Operasi:
– Isnin – Khamis: 8.00 pagi – 1.00 petang / 2.00 petang – 6.00 petang / 7.30 malam – 10.00 malam
– Jumaat: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari / 2.00 petang – 6.00 petang / 7.30 malam – 10.00 malam
– Sabtu & Ahad: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari / 2.00 petang – 6.00 petang

3. Klinik Siti

Sumber: Google

Perkhidmatan yang selesa diberikan khusus oleh doktor wanita dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara, Klinik Siti adalah pakar dalam perubatan kanak-kanak seperti vaksin bayi dan sunat bayi perempuan.

Alamat: PT9919-G, Jalan BBN Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

No Telefon: 013-967 6468

Laman Sesawang: www.kliniksiti.com

Waktu Operasi: Isnin – Ahad: 8.00 pagi – 11.00 malam


Kesihatan anak-anak tidak boleh diabaikan, terutamanya waktu pandemik yang masih berterusan ini.

Menjadi tanggungjawab dan keutamaan ibu dan ayah untuk memastikan anak-anak sentiasa sihat mental dan fizikalnya.

Ya, kesihatan mental anak-anak juga penting ya-tak kisahlah anak yang masih bersekolah atau sudah remaja.

Keadaan PKP yang membuatkan mereka terpaksa belajar secara atas talian dan tidak dapat bertemu dengan rakan-rakan mereka, boleh memberi kesaan kepada masalah kesihatan mental mereka.

Sumber: utusanborneo.com.my

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu dan ayah, terutamanya yang berada di Nilai atau sekitarnya. Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di daerah Senawang, boleh klik di sini dan Seremban.

Untuk bagi di kawasan atau negeri lain, anda boleh rujuk di sini.

Untuk klinik pakar kanak-kanak di kawasan atau negeri lain, Ibu boleh rujuk di sini.