Kanak-kanak memerlukan pemeriksaan yang terperinci jika kesihatan mereka terjejas kerana sistem imun badan mereka belum berkembang seperti orang dewasa.
Doktor pakar kanak-kanak adalah terbaik untuk anak-anak dari bayi sehingga remaja kerana mereka lebih mendalami segala aspek kesihatan kanak-kanak.
Berikut adalah beberapa klinik yang fokus pada kanak-kanak di bandar Taiping, Perak.
Klinik Pakar Kanak-kanak di Taiping, Perak
1. Dr. Puah Chang Hua (Hospital KPJ Taiping)
Alamat: 45-49, Jalan Medan Taiping, Medan Taiping, 34000 Taiping, Perak
No. Telefon: 05-807 1971 / 05-807 1049 (Ext: 205)
Waktu Operasi: Dengan janji temu sahaja
2. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, Taiping
Alamat: Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping, Perak
No. Telefon: 05-808 3355
Waktu Operasi:
– Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
– Sabtu – Ahad: Tutup
3. Klinik Dr. Noor Anisah
Alamat: 77, Medan Kamunting Tiga, Medan Kamunting, 34600 Kamunting, Perak
No. Telefon: 05-891 3193
Laman Sesawang: Facebook Klinik Dr Noor Anisah
Waktu Operasi:
– Isnin – Sabtu: 9.00 pagi – 9.30 malam
– Ahad: 9.00 pagi – 9.00 malam
[separator type=”thick”]
Untuk mengelakkan anak-anak daripada kerap jatuh sakit, Ibu perlu memastikan gaya hidup mereka adalah sihat. Menyediakan anak-anak dengan makanan, tabiat, dan persekitaran yang sihat dapat membantu mengelakkan penyakit, atau mengurangkan keparahannya.
Tambahan pula apabila anak sudah memasuki sekolah atau pun pusat asuhan bayi, mereka akan kerap jatuh sakit seperti mendapat selesema atau batuk kerana penyakit-penyakit tersebut senang dijangkiti dari kanak-kanak lain.
Beberapa perkara yang Ibu boleh lakukan untuk meningkatkan sistem imun badan anak adalah seperti berikut.
Cara Untuk Tingkatkan Sistem Imuniti Badan Kanak-kanak
1. Cuba untuk memberi susu Ibu kerana kolostrum yang terdapat dalam susu ibu ketika bayi baru sahaja lahir kaya dengan nutrisi yang dapat meningkatkan sistem imun bayi.
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu sekurang-kurangnya selama enam bulan mempunyai sistem imun yang lebih baik dan kurang terdedah kepada jangkitan dan alahan.
2. Pastikan Ibu mengikut jadual imunisasi atau vaksin seperti yang ditetapkan dalam kad imunisasi anak oleh pakar pediatrik atau pakar kanak-kanak dan pastikan ia tidak terganggu.
Dapatkan vaksin tepat pada waktunya seperti ketika umur enam bulan, dua tahun, atau tujuh tahun, kerana ia penting untuk kesihatan anak-anak.
3. Sediakan makanan yang berkhasiat selalu dan elakkan makanan ringan yang penuh dengan bahan pengawet dan bahan-bahan tiruan lain yang tidak bermanfaat untuk tubuh badan.
Selain itu, tidur yang mencukupi juga penting untuk kesihatan anak-anak.
4. Masukkan senaman dalam jadual harian anak-anak anda sekurang-kurangnya satu jam setiap hari.
Bermain atau bersenam diluar dapat meningkatkan sistem imun badan, menapat vitamin D, dan mengajar anak untuk bermain secara berdikari. Tambahan pula, ia dapat meningkatkan imaginasi anak-anak apabila bermain diluar dengan rakan sebaya.
Walaupun demam, batuk, selesema, dan penyakit ringan lain susah nak dielakkan 100%, ibu bapa masih boleh mengurangkan jangkitan bagi anak-anak sekerap mungkin jika gaya hidup adalah sihat.
Pastikan Ibu mendapat lebih banyak informasi dari doktor pakar kanak-kanak untuk kebaikan anak-anak sendiri.