Negeri Terengganu tidak mempunyai banyak klinik yang khusus dalam bidang pakar kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, beberapa pusat rawatan boleh dijumpai yang fokus banyak kepada kesihatan dan rawatan ibu dan kanak-kanak seperti dalam senarai yang berikut yang Ibu dan Ayah boleh kunjungi.
Klinik Pakar Kanak-kanak di Terengganu
Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi (PRIBA), Kuala Terengganu
Highlighted Sumber: Google
Alamat: Hospital Sultanah Nur Zahirah, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu No. Telefon: 09-621 2121 Laman Sesawang: www.hsnzkt.moh.gov.my Waktu Operasi: Dibuka 24 jam
Klinik Perubatan An-Nur, Marang
Sumber: Google
Alamat: Jl. Kuala Berang, Wakaf Tapai, 21040 Marang, Terengganu No. Telefon: 011-1680 5663 Laman Sesawang: Facebook Klinik Perubatan AnNur Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis: 8.00 pagi – 5.00 petang / 8.00 malam – 10.00 malam
Jumaat: Tutup
Klinik Keluarga Ilyana, Kuala Terengganu
Sumber: klinikkeluargailyana.business.site
Alamat: Lot No 134-D, Wisma Kesang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kg Tanjong Mengabang, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu No. Telefon: 09-628 5969 Laman Sesawang: www.klinikkeluargailyana.business.site Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis: 8.00 pagi – 2.00 petang / 3.00 petang – 7.00 malam / 8.00 malam – 12.00 pagi
Jumaat: 8.00 pagi – 1.00 petang / 3.00 petang – 7.00 malam / 8.00 malam – 12.00 pagi
[separator type=”thin”]
Terdapat banyak cara untuk memastikan kesihatan kanak-kanak sentiasa berada pada tahap optimum. Sebagai ibu bapa, tentu kita mahu buat apa yang boleh untuk memastikan anak-anak tidak mudah jatuh sakit kan?
Malangnya kadang-kala jadual ibu bapa yang ketat boleh menyumbang kepada kesihatan kanak-kanak yang merosot.
Adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk mewujudkan tabiat sihat dari awal lagi dalam persekitaran rumah.
Ini akan membantu ibu bapa membuat pilihan yang bijak buat seluruh keluarga. Antara tabiat dan cara-cara yang boleh dipertimbangkan adalah seperti:
memulakan hari dengan sarapan pagi yang berkhasiat
beriadah sekeluarga di waktu pagi atau petang
hadkan waktu bermain di komputer atau menonton television
elakkan dari mengizinkan anak-anak untuk makan di depan TV atau di dalam bilik mereka
kurangkan membeli makanan segera
minum air kosong dengan mencukupi dan tingkatkan pemakanan sayuran dan buahan
kurangkan pengambilan garam, gula, dan MSG
dapatkan tidur yang mencukupi
Sumber: Getty Images
Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu bapa dengan anak-anak kecil.
Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di kawasan dan negeri lain, Ibu boleh lihat di sini.