Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Klinik Pakar Psikiatri Di Selangor

Sumber: therakyatpost.com

Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal seseorang. Untuk mencapai kesihatan yang optimum, anda perlu mengutamakan kedua-dua aspek kesihatan tersebut.

Kalau anda sakit badan, tangan, atau apa-apa sakit fizikal, tentu anda akan bergegas untuk berjumpa dengan doktor di klinik, betul tak?

Kesihatan mental, atau dengan lebih tepat, kesakitan mental kadang-kadang tidak begitu ketara dan tidak boleh rasa secara fizikal atau nampak dengan mata kasar. Tapi sebenarnya banyak kajian telah membuktikan kesakitan mental boleh menyebabkan kesakitan fizikal!

Tambahan pula, kesakitan atau gangguan mental terdapat ciri-ciri atau simptom-simptomnya tersendiri

Jika anda berasa anda sedang mengalami gangguan kesihatan mental, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar psikiatri yang berdekatan dengan anda.

9 Klinik-Klinik Psikiatri Di Selangor

1. Klinik Pakar Psikiatri Ting

Highlighted

Sumber: Google

Klinik pakar psikiatri yang sudah beroperasi lebih daripada 10 tahun ini terletak di Bandar Puchong Jaya berdekatan dengan IOI Mall Puchong. Ramai pelawat klinik tersebut menghargai kecekapan doktor-doktor di klinik tersebut.

Alamat: B-2-7, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

No. Telefon: 03-8070 8870

Waktu Operasi:

  • Isnin: 10.00 pagi – 4.00 petang
  • Selasa, Khamis: 8.30 pagi – 4.00 petang
  • Rabu: 2.00 petang – 4.00 petang
  • Jumaat, Sabtu: 8.30 pagi – 1.00 petang
  • Ahad: Tutup

2. Klinik Pakar Psikiatri Tan & Ng

Sumber: Google

Dr Ng dari klinik psikiatri yang terletak di Petaling Jaya ini dikatakan amat profesional dan memahami pesakit-pesakitnya. Klinik ini menawar pelbagai perkhidmatan kesihatan mental termasuk kaunseling, psikoterapi, dan rawatan ubat-ubatan. Suasana klinik yang selesa tentu akan membuat anda rasa tenang setelah membuat temu janji untuk berjumpa dengan doktor di klinik ini. Dikeliling klinik ini terdapat pelbagai kemudahan seperti restoren, pasar, dan macam-macam lagi.

Alamat: Jaya One, No 51, Level P1, Blok D, No. 72A, Jalan University, 46200 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7960 6288

Laman Sesawang: www.erufucare.com/clinic/tan-ng-specialist-clinic-pj-hq

Waktu Operasi:

  • Isnin – Rabu, Jumaat: 10.00 pagi – 8.00 malam
  • Sabtu: 11.00 pagi – 7.00 malam
  • Khamis & Ahad: Tutup

3. Klinik Pakar Psikiatri Deva Dass

Sumber: Google

Klinik yang terletak di Petaling Jaya ini telah mendapat banyak ulasan-ulasan yang positif dari pelawat-pelawat di Google Rating dan juga mendapat 4.8/5 bintang. Doktor di klinik ini dikatakan sangat berpengalaman dan juga baik hati dan dapat mendiagnos masalah dengan betul tanpa banyak kerumitan. Ramai juga yang menyatakan rawatan-rawatan yang diterima amat berkesan buat mereka.

Alamat: No. 40A, Jalan 52/18, Seksyen 52, 46200, Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7956 0523

Waktu Operasi:

  • Isnin – Selasa, Khamis – Jumaat: 8.00 pagi – 4.30 petang
  • Sabtu: 8.00 pagi – 1.00 petang
  • Rabu & Ahad: Tutup

4. Klinik Pakar Psikiatri Brain Mind

Sumber: Google

Klinik yang juga terletak di bandar Petaling Jaya ini menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan mental. Klinik ini dikatakan memberi rawatan yang telah dikemaskini atau updated dengan doktor yang berpengalaman.

Alamat: C-11-03, 3rd Floor, 3 Two Square, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7960 9021

Waktu Operasi:

  • Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 4.00 petang
  • Sabtu: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
  • Ahad: Tutup

5. Klinik Pakar Psikiatri Dr Wong

Sumber: Google

Klinik pakar psikiatri yang terletak di bandar Klang ini mendapat sambutan yang baik dari ramai pelawat. Klinik ini mendapat 4.3 daripada 5 bintang di Google Rating. Doktor di klinik ini dikatakan penyabar, baik hati, dan berempati.

Alamat: 62A, Lorong Batu Nilam 21A, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

No. Telefon: 017 708 9112

Laman Sesawang: www.brainmindspecialist.com

Waktu Operasi:

  • Isnin, Rabu – Sabtu: 9.00 pagi – 4.00 petang
  • Selasa & Ahad: Tutup

6. Klinik Pakar Psikiatri Raintree

Sumber: Google

Klinik pakar Raintree telah mendapat sambutan yang sangat baik dari pelawat-pelawatnya dan telah mendapat 5 daripada 5 bintang di Google Rating berdasarkan 18 pelawat! Doktor-doktor di klinik ini dikatakan amat berdedikasi dan jujur dan ramai yang mengesyorkan klinik ini untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental terbaik. Suasana yang ceria dalam klinik ini juga tentu dapat meningkatkan mood anda.

Alamat: Unit 109, Block F, Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, Section 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 017-599 5188

Waktu Operasi:

  • Isnin – Sabtu: 9.00 pagi – 6.00 petang
  • Ahad: Tutup

7. Klinik Pakar Psikiatri A.H. Lee

Sumber: Google

Klinik pakar psikiatri ini juga terletak di Petaling Jaya. Ia dikatakan mempunyai doktor yang sangat memahami serta peramah dan begitu juga staf-stafnya.

Alamat: 38-1, Jalan 52/4, Bandar Baru Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7956 1581

Waktu Operasi:

  • Isnin, Rabu – Jumaat: 9.00 pagi – 1.00 petang / 2.00 petang – 5.00 petang
  • Selasa: 9.00 pagi – 1.00 petang
  • Sabtu: 9.00 pagi – 1.00 petang / 2.00 pagi – 4.00 petang
  • Ahad: Tutup

8. Klinik Pakar Psikiatri Centinel

Klinik pakar psikiatri di Klang ini mempunyai doktor yang peramah dengan harga yang berpatutan dan layanan yang bagus. Menurut beberapa ulasan, ubat-ubatan yang diberikan juga berkesan untuk pesakit yang pernah melawati doktor di klinik ini.

Alamat: No 8, Jalan Meranti Bunga, Taman Mewah 7, Batu 6 1, 2, Jalan Meru, Meru, 41050 Klang, Selangor

No. Telefon: 03-3392 7619

Waktu Operasi:

  • Isnin – Sabtu: 10.00 pagi – 10.00 malam
  • Ahad: Tutup

9. Klinik Pakar Psikiatri Alaminda

Sumber: Google

Klinik pakar psikiatri yang terletak di Shah Alam ini mendapat banyak ulasan lima bintang dari pelanggan-pelanggannya. Doktor dan staf dikatakan peramah dengan suasana klinik yang selesa.

Alamat: R-01-19, Emira Jalan Akuatik A 13/64A, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

No. Telefon: 03-5032 7440

Laman Sesawang: www.alaminda.my

Waktu Operasi:

  • Isnin – Ahad: 9.00 pagi – 6.00 petang

 

Untuk melihat senarai-senarai hospital psikiatri, anda boleh lihat di sini.