Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Senarai Restoran Menarik Untuk Meraikan Hari Ibu Di Lembah Klang

restoran menarik untuk hari ibu di lembah klang

Hari ibu dah semakin dekat, apa perancangannya ya? Nak bagi hadiah untuk ibu ke, bagi kad ke, buat kek kegemaran ibu ke atau nak bawa ibu makan malam di restoran best?

Menarik juga idea bawa ibu yang tersayang untuk makan di restoran sempena hari ibu kan? Inilah salah satu cara kita untuk hargai ibu, untuk manjakannya kadang-kadang.

10 Senarai Restoran Menarik Untuk Meraikan Hari Ibu Di Lembah Klang

Bila ada kesempatan ni, apa kata kita bawa ke restoran yang best terus? Pasti ibu akan terharu dan hargai usaha anda.

Jom tengok senarai restoran menarik untuk meraikan hari ibu di sekitar Lembah Klang ini:

1. Maria’s Steakcafe

Highlighted

Kredit gambar: web.facebook.com/marias.steakcafe/photos/3977037035754704

Kalau ibu anda sukakan steak, apa kata cuba bawa bonda tersayang ke Maria’s Steakcafe? Dengan tagline nya “The Best Steakhouse in KL”, macam berbaloi je nak cuba kan?

Boleh tengok maklumat lanjut tentang restoran ini di laman webnya ya? Restoran ini ada banyak cawangan tau. Ada di Damansara Perdana, ada di Bangsar, di Sunway dan di KLCC.

Tetapi untuk anda yang beragama Islam, restoran ini mungkin kurang sesuai kerana ada dihidangkan minuman beralkohol ya.

Alamat: Lot 157, First Floor, Suria KLCC Shopping Centre, Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 03 2181 6788
Laman web: https://marias.com.my/

2. The Lounge, Hilton KL

Kredit gambar: https://eatdrinkhilton.com/the-lounge-hiltonkl/#/gallery

Tak semestinya untuk hidangan tengah hari ataupun malam. Kalau nak bagi kejutan untuk ibu pada waktu minum petang pun sesuai.

Lebih santai dan relaks gitu, The Lounge, Hilton KL lah tempatnya. Untuk hari ibu nanti, mereka ada promotion tau.

Alamat: Lobby level, 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur, Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 8.00 mlm
Tel: +60 (3) 2264 2264
Laman web: https://eatdrinkhilton.com/the-lounge-hiltonkl/#/

3. Restoran Itik Salai Atok

Kredit gambar: https://web.facebook.com/Itik-Salai-Atok-213215946098192/?_rdc=1&_rdr

Macam mana pula kalau ibu sukakan makanan kampung? Haa… di Restoran Itik Salai Atok ni, banyak tau hidangan kampung istimewa yang sedap dan akan buat ibu teringat-ingat.

Antaranya, siput sedut masak lemak dan itik salai. Makan dengan nasi putih dan ulam-ulaman, memang terangkat!

Alamat: Jalan Kapar, Kampung Sementa, 42100 Klang, Selangor
Waktu operasi: Khamis hingga Selasa, 11.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 016-271 6594
Facebook: Restoran Itik Salai Atok

4. Roofino Skydining

Tentu ramai yang berimpikan untuk menjamu selera di ‘restoran di udara’ kan? Bolehlah bawa ibu ke sini. Pemandangan yang indah, udara yang segar dan makanan yang sedap; pasti ibu teruja!

Alamat: 34th Floor, Trillion KL, Jalan Tun Razak 55000 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari, 4.00 ptg – 12.00 mlm
Tel: 03-2713 3275
Facebook: Roofino Skydining

5. Nyonya Kitchen and Caterers

Kredit gambar: https://web.facebook.com/nyonyakitchenklang/?ref=page_internal

Di Nyonya Kitchen and Caterers, pelanggan akan disajikan dengan hidangan asli masakan Nyonya. Pastinya sedap dan lain dari yang lain.

Alamat: 220 – 222, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 11.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 03-3324 1151
Facebook: Nyonya Kitchen

6. Jibby & Co

Kredit gambar: https://web.facebook.com/jibbygroup/?_rdc=1&_rdr

Bukan sahaja menghidangkan makanan dan coffee yang enak, interior restoran ini pun cukup indah, dihiasi tumbuhan hijau di seratanya.

Alamat: GK-11, Ground Floor, Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 03-5613 7070
Laman web: https://seraigroup.com.my/jibby-co/

7. My Biryani House

Kredit gambar: http://www.mybiryanihouse.com/#onlineorder

Di My Biryani House pula, ada banyak pilihan makanan dan minuman yang menarik, ramai ibu yang sukakan nasi biryani kan?

Alamat: LG03, KL Trillion, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 pg – 3.30 ptg, 6.00 ptg – 10.00 mlm
Tel: 03-2716 0455
Laman web: http://www.mybiryanihouse.com/

8. Restoran Rahmat Tan Jalan Kebun

Kredit gambar: facebook.com/rahmattanjalankebun

Kalau ibu anda penggemar masakan Cina Muslim, pasti beliau suka kalau dibawa ke sini!

Alamat: Ground Floor, No. 22A-1, Jalan Desa Putera 43/KS08 D’Kebun Commercial Centre, 41200 Klang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari, 11.00 pg – 11.00 mlm
Tel: 016-373 2819
Facebook: Restoran Rahmat Tan

9. Atmosphere 360

Kredit gambar: klook.com

Siapa je yang dibawa ke restoran mewah ni pasti akan merasakan dirinya istimewa. Kalau ada bajet lebih sikit, apa salahnya manjakan ibu kan?

Untuk yang beragama Islam, di sini ada dihidangkan minuman beralkohol ya.

Alamat: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 12.00 tghari – 10.00 mlm
Tel: 03-2020 2121
Laman web: https://atmosphere360.com.my/

10. Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Kredit gambar: https://www.google.com/

Selain dari tu, boleh juga bawa ibu ke kafe hipster dengan pemandangan dan hidangan yang sedap di sini. Memang banyak pilihan makanan dan minuman yang best di kafe ni.

Siang atau malam, pemandangan dari sini dan interior nya memang cun dan sangat sesuai untuk merayakan Mama anda!

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Rabu hngga Isnin, 3.00 ptg – 11.00 mlm
Tel: 03-8912 5936
Laman web: https://denaliandpinnacles.business.site/

Dalam banyak-banyak restoran di sekitar Lembah Klang ni, rasa-rasa ibu paling suka yang mana eh?