Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bilakah Bayi Akan Tersenyum Buat Kali Pertama?

bayi tersenyum

Bilakah Bayi Akan Tersenyum Buat Kali Pertama?

Kebanyakan bayi tersenyum buat kali pertama ketika berusia antara enam ke lapan minggu (antara satu bulan setengah dan dua bulan). Walaubagaimanapun, bayi mungkin tersenyum sebelum atau selepas itu.

Bayi ingin berkomunikasi dengan anda dan meluahkan perasaannya sejak dilahirkan. Dia cepat belajar! Bayi akan berusaha meniru ekspresi muka anda sejurus selepas dilahirkan.

Bayi membuat ekspresi muka ketika didalam rahim (uterus) dan sudah berlatih beberapa bulan sebelum kelahirannya. Jadi jika bayi yang baru lahir melihat anda dengan mata yang dibesarkan, pandangan yang menarik, dia mungkin membalas senyuman anda.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Jika anda ingin menggalakkan bayi untuk senyum dan berkomunikasi dengan anda, lakukan ketika dia kelihatan tenang, dengan mata yang berseri dan memerhati.

Pegang bayi disebelah anda, dengan jarak muka lebih kurang 30cm, bercakap atau bernyanyi kepadanya. Jika dia kelihatan tidak selesa dengan jarak itu, cuba jauhkan sedikit.

Segelintir bayi tidak berasa untuk senyum jika masih berusaha mengkoordinasi pergerakannya. Sama juga, dia tidak akan berinteraksi jika dia cenderung untuk merengek atau menangis, atau berasa tidak selesa. Jika bayi berkelakuan seperti ini, dia memerlukan anda untuk membuatnya lebih selesa dan tenang.

Walaubagaimanapun, anda mungkin mengambil beberapa minit ketika bayi memerhati muka anda. Masa inilah dia mungkin akan senyum. Dia mungkin tenung muka anda dengan lama buat pertama kali, teruskan bercakap dengannya dengan perlahan dan anda mungkin dapat melihat senyuman gusinya!

Ambil tahu bila dia akan tersenyum dengan comel!

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!