Hari demi hari, kita selalu digemparkan dengan kisah pilu sedih di Palestin dan dalam artikel kali ini, kami akan menceritakan satu kisah yang sukar untuk digambarkan apabila seorang wanita Palestin yang cedera parah selepas kemalangan yang menyebabkan kematian suaminya dan apa yang lagi sedih bila dia tidak mampu untuk susukan bayinya sendiri. Apa yang terjadi selepas itu?
Kisah tragedi ini bermula pada tarikh 2 Jun 2017 apabila sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga Palestin mengalami kemalangan dengan sebuah trak bersenjata di Jerusalem. Kereta tersebut membawa seorang penumpang perempuan iaitu isteri pemandu serta seorang lagi penumpang bayi bernama Yaman yang berusia sembilan bulan. Lagi menyedikan apabila bapa Yaman terbunuh dalam kejadian kemalangan tersebut manakala ibunya mengalami masalah kecederaan kepala yang serius.
https://story.motherhood.com.my/my/
Kesemua mangsa kemalangan tersebut kemudian segera dikejarkan ke Hospital Hadassah Ein Kerem untuk rawatan segera akibat kecederaan yang serius. Yaman juga mengalami kecederaan ringan, namun ini bukan masalah terbesar bagi Yaman kerana mempunyai ibu yang cedera parah, Yaman akan mengalami kesukaran untuk mencari sumber makanan kerana satu-satunya sumber makanan bagi Yaman ialah susu ibu kerana dari Yaman bergantung sepeuhnya pada susu ibu.
Kita tahu bahawa kehidupan penuh konflik dan bermusuhan seperti ini sudah subati dengan rakyat Palestin dan Israel. Namun, kita seharusnya bersyukur kerana tidak semua beranggapan bahawa konflik itu adalah satu isu untuk membenci sesama sendiri. Nilai kemanusiaan masih lagi wujud lagi diantara kita apabila terbuktinya dengan kehadiran seorang jururawat bernama Ula di Jurusalem untuk membantu mangsa tersebut.
https://story.motherhood.com.my/my/
Dengan tanpa membuat keputusan yang panjang, Ula terus menyusukan bayi tersebut dan sudah menyusukanya sebanyak lima kali sepanjang tempoh shift kerja jururawat tersebut. Dia menunjukkan bahawa para ibu perlu berdiri bersama, tidak kira bangsa dan negara asal mereka.
Bukan itu saja, Ula juga malah berusaha membantu untuk mencari mereka yang sukarela untuk menyusukan Yaman selepas waktu kerjanya tamat. Selepas Ula meminta bantuan untuk menyusukan Yaman di laman kumpulan Facebook La Leche League, dia menerima lebih satu ribu maklum balas dari golongan wanita yang sukarela mahu membantu dan memastikan bayi berusia sembilan bulan itu mendapat keperluan makanan dan tidak berlapar.
https://story.motherhood.com.my/my/
Ula juga memberitahu Ynetnews bahawa mak cik kepada Yaman sangat berterima kasih dengan tindakannya.Mak cik Yaman sangat terkejut dan memberitahu bahawa tiada wanita Israel yang sanggup untuk menyusukan bayi Palestin yang tidak mereka kenali.
Perang mungkin sedang rancak berlaku dan politik mungkin kotor, tetapi kisah ini menjadi contoh mengenai kasih sayang yang dikongsi bersama oleh setiap ibu. Nilai kemanusiaan dan cinta tanpa batasan mengatasi segalanya.
https://story.motherhood.com.my/my/