Pernah tak Mommy rasa macam kenapa anak tak boleh pisah langsung dengan ibu, kadang-kadang sampai meraung kalau tak nampak ibu?
Sebenarnya, Kebimbangan Perpisahan (Separation Anxiety) dan ketakutan terhadap orang yang tidak dikenali adalah perkara biasa pada kanak-kanak kecil yang berumur antara 6 bulan dan 2 tahun setengah. Ia adalah normal dalam perkembangan anak Mommy dan lambat-laun mereka akan kembali normal semula.
Untuk fahamkan lagi tentang Separation Anxiety ni dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada Puan Zusry FiiJannah tentang Fasa ‘Separation Anxiety’ dan apa peranan Mommy dan juga Daddy sebenarnya?
Jom kita baca!
Apa Tu Separation Anxiety?
Highlighted
Gangguan kebimbangan perpisahan didiagnosis apabila gejala berlebihan untuk usia perkembangan dan menyebabkan tekanan yang ketara dalam fungsi harian.
Gejala mungkin termasuk: Kesusahan berulang dan berlebihan tentang menjangka atau berada jauh dari rumah atau orang tersayang. Memang mencabar emosi betul bila anak kita asyik nak melekat sampaikan tak boleh nak berpisah langsung.
Kadang tu mak ayah ‘hilang’ dari depan mata kejap je tapi dia punya meraung, Ya Tuhan satu taman terkejut dengar suara dia! Pantang rasa nak kena tinggal, tiba-tiba je 3C ni berlaku dengan amat dasyat
- Crying (menangis)
- Cranky (merengek)
- Clingy (nak berdukung atau melekat je kerja)
Tapi bila parent muncul balik,
Eh terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Masa tu dia belum berapa faham lagi pasal ‘Object Permanence’ ni. Pada dia, kalau parent tu tak ada kat depan mata, maksudnya memang tak ada!
Hilang selama-lamanya! Sebab tu mak ayah semua wajib tahu 5 teknik untuk atasi masalah Separation Anxiety ni supaya kita semua tak stress nanti bila fasa ni berlaku kat anak kita sendiri.
5 Teknik Untuk Atasi Masalah Separation Anxiety
Tapi bila dah siap je kerja terus kita datang balik entertain anak kita tu. Lama-lama nanti si kecil tu akan tahu yang kita sebenarnya tak abaikan dia pun, cuma mak ayah ada benda nak kena selesaikan sekejap.
Oh! Macam tu rupanya anak-anak kita ni. Mujurlah ada tips yang bermanfaat untuk Mommy lebih faham tentang separation anxiety ni.
Sebagai ibu pun, kita mesti ada keresahan apabila meninggalkan anak-anak kita begitu sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Mommy sekeluarga.
Kredit: Zusry FiiJannah
Dapatkan pelbagai info tentang kesihatan anak Mommy di SINI.