Ibu, Bayi & Kanak Kanak

KPM Digesa Mengkaji Semula Sesi Pembukaan Sekolah 1 September Ini

Sumber: hmetro.com.my

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa mempertimbangkan semula pembukaan sesi persekolahan pada 1 September ini memandangkan bilangan kes COVID-19 masih di tahap membimbangkan.

Dalam kenyataan oleh KPM pada 17 Julai 2021 yang lalu, sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka bermula 1 September ini secara berperingkat.

Highlighted

Sumber: astroawani.com

Namun, disebabkan oleh kes COVID-19 yang semakin meningkat, disamping kewujudan varian baru sejak akhir-akhir ini, banyak pihak telah meminta agar KPM mempertimbangkan semula pembukaan sesi persekolahan tersebut.

Pembukaan Sekolah Pada September Mengundang Risiko

Berdasarkan laporan yang disiarkan Berita Harian, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata membenarkan anak-anak kembali ke sekolah dalam keadaan sebegini bukan sahaja mengundang risiko tinggi malah satu tindakan culas dan tidak bertanggungjawab.

Apa lagi bila imunisasi ratusan ribu guru masih lagi belum menyeluruh. Kerajaan juga belum lagi melaksanakan imunisasi kepada remaja berumur 12 ke 18 tahun.

Jika keputusan pembukaan sekolah secara menyeluruh dan serentak ini dilaksanakan juga, maka ia secara langsung akan meletakkan sistem kesihatan kita pada tahap kelumpuhan yang serius.

Sumber: ismaweb.net

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata keputusan KPM mesti disesuaikan dengan data dan kedudukan jangkitan serta vaksinasi.

Pendekatan satu cara untuk semua perkara (one size fits all) dalam keadaan ini adalah tidak patut dan akan memberi risiko kepada semua lapisan masyarakat.

Sambung Timbalan Presiden UMNO lagi, walau bagaimanapun, bagi kawasan dan negeri yang berisiko rendah serta mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi, pembukaan sekolah secara berperingkat boleh dipertimbangkan seperti di Perlis, Sarawak dan Labuan.

Namun bagi negeri lain, Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mesti diteruskan dan ditambah nilai buat waktu ini.

Bilangan kes COVID-19 dalam negara kita kini pada tahap yang tertinggi pernah direkodkan. Selangor terus merekodkan jumlah kes yang sangat tinggi melebihi 6,000 kes sehari secara konsisten.

Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan jumlah kes harian yang dicatat juga dilihat semakin meningkat dengan mendadak. KPM perlu mengambil keputusan secepat mungkin untuk mempertimbangkan penangguhan sekolah September ini.

Sumber: malaymail.com

Dalam satu laporan yang lain pula, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga meminta KPM untuk menangguhkan sesi persekolahan yang akan bermula pada 1 September ini.

Sumber: astroawani.com

Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata langkah itu perlu memandangkan semua pihak kini sedia maklum akan situasi penularan pandemik COVID-19 yang makin mengganas dengan jangkitan baharu harian amat tinggi mencecah lebih 20,000 kes.

Walaupun kadar vaksinasi dua dos sudah melebihi 30 peratus, tetapi ia tidak menjamin keselamatan nyawa rakyat. Hari ini jumlah kes positif sebanyak 20,780 kes. Setiap hari kadar kematian mencapai angka 100 hingga 300 orang.

Melihat angka jangkitan harian, pastinya ibu bapa juga tidak yakin untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah. Ketika ini, NUTP menerima maklum balas daripada ibu bapa dan guru yang tidak berpuas hati dengan cadangan KPM membuka sesi persekolahan secara bersemuka mulai 1 September.

Sumber: sinarharian.com.my

Beri Tumpuan Kepada PdPR

Sambung beliau lagi, berdasarkan keadaan semasa, adalah lebih baik untuk kerajaan menangguh pembukaan sekolah secara bersemuka dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha mengatasi masalah kekurangan PdPR dalam kalangan pelajar dan guru-guru.