Untuk baca versi Inggeris artikel ini, klik disini.
‘Sexual Grooming’ ialah satu proses di mana seseorang individu yang memperkenalkan diri mereka kepada kanak-kanak, membuat hubungan emosi dan berniat untuk melakukan perkara seksual ke atas mereka.
Ini antara contoh kes yang berkaitan dengan Sexual Grooming:
Baru berumur 6 tahun dah pandai menonton video pornografi! Lebih menyedihkan, ayah sendiri yang ajar dia untuk menonton video tersebut. Si bapa durjana turut mengajar anaknya yang masih di tadika aksi-aksi yang berkaitan dengan aktiviti seksual. Jijik!
Bayangkan, kita percaya anak-anak kita dihantar oleh seorang pemandu bertauliah tiba-tiba digemparkan dengan berita macam ni. Apa dosa kanak-kanak tersebut? Dia dipaksa dan turut diugut hanya kerana nafsu binatang seorang lelaki!
Dapatkan barangan bayi menarik di sini!
Siapa individu ini?
Highlighted
Selain orang yang tidak dikenali, rakan terdekat, saudara mara dan darah daging sendiri pun boleh menjadi individu terkutuk ini. Untuk pengetahuan anda, lebih 90% pemangsa merupakan orang yang kita kenal, sayang dan percaya. Mereka ni ada je disekeliling kita.
Apa yang ibu bapa harus tahu mengenai Sexual Grooming?
Individu yang melakukan sexual grooming ni bagai gunting dalam lipatan. Dia akan memulakan suatu perhubungan itu atas dasar kawan. Pelaku sexual grooming sememangnya ada niat yang buruk terhadap mangsa – tak kira usia, jantina dan juga status mangsa tersebut.
Dia akan manis ketika berbicara, membina kepercayaan dalam hubungan tersebut sebelum meminta sesuatu sebagai ‘ganti’ ke atas semua yang pernah dia berikan. Daripada pegang tangan dan sentuhan biasa yang lain, pelaku tersebut boleh ke tahap lebih ekstrem iaitu meminta untuk melakukan hubungan seksual.
Bagaimana pelaku Sexual Grooming mendekati mangsa?
-
Melalui media sosial.
Kanak-kanak sekarang sudah terlalu maju. Ada juga yang masih di tadika, tapi dah pandai menggunakan smartphone jauh lebih baik dari kita yang dewasa ni.
Penggunaan media sosial yang berleluasa sekarang ni membolehkan ramai pengguna membuka akaun dengan percuma, akses yang mudah dan merentasi negara. Individu yang berniat jahat pula boleh menggunakan identiti yang palsu untuk mendekati mangsa-mangsa mereka.
2. Menggunakan peluang yang ada.
Pelaku sexual grooming ni lagi suka mendekati kanak-kanak yang kurang kasih sayang dan keluarga berantakan. Mereka juga mendekati anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang tidak kisah dan kurangnya disiplin daripada ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka. Dalam erti kata lain, si pelaku ini yang tolong ‘mengajar’ dan ‘membimbing’ kanak-kanak yang kurang perhatian ini.
3. Mengambil kesempatan atas kelemahan kanak-kanak.
Individu terkutuk ini mempunyai nafsu binatang. Mereka akan mendekati kanak-kanak yang naif, yang tak tahu apa-apa mengenai aktiviti seksual dan sebagainya.
Jadi, sebab itu la penting untuk ibu bapa memberi pendedahan tentang seks kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Adakah anak saya mangsa sexual grooming?
Anda harus perhatikan anak anda jika dia mempunyai perubahan sikap yang begini:
- Dia lebih banyak berahsia berbanding sebelum ini.
- Dia pergi ke tempat yang tak pernah dia pergi untuk berjumpa ‘kawannya’.
- Anak anda lebih banyak ponteng sekolah.
- Anak anda memiliki barang baru yang tidak dapat mereka jelaskan.
- Dia menjalinkan hubungan percintaan dengan seseorang yang lebih tua.
- Anak anda mula mendekatkan diri dengan dadah.
Ibu bapa, tolonglah jangan ambil mudah perkara ini. Sebelum anak anda menjadi mangsa, lebih baik anda ajar mereka pentingnya menjaga private parts dan akibat yang bakal berlaku jika mereka terlibat dalam aktiviti seksual.
Paling penting, ajar anak kita bahagian tubuh badan mana yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun.
Ikuti siri #SexEducation kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pendidikan seksual yang harus diketengahkan di Malaysia.