Ibu, Bayi & Kanak Kanak

So Sweet! Shah Iskandar & Isterinya Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-6

Tanggal 16 Januari merupakan tarikh yang sangat bermakna buat pasangan pelakon popular Shah Iskandar dan isterinya, Siti Sarah Mohd Noor. Ini kerana pada tarikh tersebut enam tahun lepas, pasangan sepadan ini telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah.

Bagi memperingati ulang tahun perkahwinan mereka, Sarah terdahulunya telah berkongsi dan memuatnaik video ‘kejutan’ oleh Shah dengan tarian comel suaminya di Instagram. Video tersebut memaparkan pelakon itu sedang menari dengan aksi lawak dan mencuit hati bertemakan lagu Bollywood ‘Oh My Darling‘. 

Pagi2 Anniversary Day dia dah buat hal hahahahaha. Thank you Sayang for this lovely Anniversary wish!!! Seriously you light up my life lah!! I love youuuuuuu!! Happy 6th- Anniversary @shahiskandarmahfuz !!! You’re the best!!‘, berdasarkan caption Sarah untuk suaminya menerusi posting Instagram.

Shah juga turut mengusik isterinya dengan captionLike Hari Raya and Birthday celebrations, Anniversary juga wajib celebrate sebulan kalau tak aku kene tidur luar kat carpark, dalam kereta..dan itupun kalau dia tak sembunyikan kunci kereta aku kalau tak, tidur atas motor vespa aku je. Dating berdua again while i still have some freetime! Ingat lah wahai para suami…Happy Wife, Happy Life!

Pemenang anugerah ‘Lovable Celebrity Dad of the Year’ di Ibuencer Awards itu juga turut menghadiahkan sejambak bunga dengan hiasan mengagumkan bertemankan kata-kata manis bagi memperingati isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Kedua-duanya turut berkongsi serta saling berbalas postings yang sangat sweet di Instagram sebagai tanda penghargaan untuk diri mereka bergelar suami isteri selama enam tahun. So sweet, sampai bersemut paparan skrin telefon Min bila baca postings dan captions mereka.

Rakan selebriti dan para peminat turut membanjiri ruangan komen pasangan ini di Instagram untuk mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kepada mereka.

Hasil perkahwinan mempelai ini, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki yang sangat cute bernama Yusuf Zulkarnaen pada 10 Oktober 2020. Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah, happy anniversary Shah dan Sarah!