Dah baca ke pasal produk Johnson & Johnson dikaitkan dengan kanser ovari baru-baru ni? Memang dah lama cerita tu, tapi masih ramai lagi yang tak tahu. Betul ke bedak Johnson & Johnson ni menyebabkan kanser ovari? Takkan la pakai dekat badan je pun kena kanser? Haa tak habis baca la tu.
Anda tau kan bagaimana sensitifnya bahagian intim wanita? Jangan katakan bedak, feminine wash dan sabun biasa pun boleh mendatangkan bahaya dekat vagina kita tau. Meh saya tambah lagi info untuk anda tentang penjagaan miss V kita tu ye.
Highlighted
-
Pemakaian bedak talkum di bahagian intim dapat kurangkan bau tak best.
BAHAYA. Sebagai contoh kes Johnson & Johnson. Bukan bedak tu tak boleh pakai, boleh. TAPI jangan la pakai dekat bahagian kemaluan. Ni tak, ramai pulak yang selalu letak celah peha, atas seluar dalam dan tiap-tiap hari guna. Bahaya tu. Sebab tu senang untuk anda dapat penyakit atau jangkitan dekat vagina anda.
Dr Rusyainie Ramli pun ada menegaskan,
Kajian tentang kaitan kanser ovari dan bedak talkum ni ada bercanggah dan kaitannya sangat boleh diragui. Secara kesimpulannya, nak kata pakai bedak talkum dekat vagina terus jadi kanser ovari tu taklah tepat.
Senang cakap, bedak talkum tu guna dekat badan je. Nak kurangkan bau badan dan serap peluh. Kalau dekat bayi anda tu lagi laaa jangan guna bedak ke pewangi apa ke. Guna krim atau minyak yang bersesuaian je untuk kurangkan ruam atau kemerah-merahan.
-
Feminine wash boleh bunuh bakteria, elak jangkitan & tambah wangi.
Miss V kita tu sebenarnya ‘a self-cleaning organ’. Ada bakteria baik dekat alat sulit kita. So bayangkan kalau kita guna feminine wash yang dikatakan dapat bunuh bakteria baik tu, nanti ada pulak bakteria jahat muncul. Dari situ lah vagina kita boleh dapat penyakit.
Jangan la sesuka hati guna pencuci vagina tu kalau miss v awak tak jadi apa apa. JANGAN. TAK PERLU. TAK PAYAH. Yang katanya ORGANIK & GUNA BAHAN SEMULA JADI PUN TAK PAYAH GUNA.
Pelajar genius Malaysia, Dr Amalina Che Bakri pun ada menegaskan yang tak perlu guna feminine wash untuk cuci bahagian sulit anda.
-
“Jus Nanas buatkan miss V wangi”, Kim Kardashian
Ye, itu kenyataan yang dikeluarkan ikon media sosial, Kim Kardashian. Kalau anda perasan, The Kardashian ni sering beri tips kesihatan secara rawak dan tak tau kebenarannya. Tapi disebabkan dia popular, ramai pakar tampil bagi pendapat dan penjelasan tentang kenyataan Kim pasal jus nanas tu.
Menurut laman Cosmopolitan, Dr Lauren Streicher, pakar ginekologi dan pengarang buku Sex Rx: Hormone, Health, and Your Best Sex Ever mengulas kenyataan tersebut,
This pineapple thing comes up every five minutes. People think it makes you smell and taste sweet and nice down there, but it’s one of those things that no one has ever studied.
Tak wujud lagi kajian tentang jus nanas dan vagina kita ye. Jangan memandai pulak nanti terus buat stok jus nanas just sebab dengar nasihat Kim Kardashian ni.
Macam mana nak tau vagina kita bermasalah atau tak?
Cuba baca tips kat bawah ni yang dikongsikan oleh Dr Amalina Che Bakri dekat laman Twitter beliau.
Senang cakap, JANGAN GUNA SEBARANG PRODUK dekat bahagian intim kita. Cuci tiap hari guna air biasa je. Kalau ada jangkitan atau masalah, terus jumpa doktor yang bertauliah.