Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Jenis Pilihan Siling Rumah di Malaysia

jenis siling rumah

Kredit gambar:

Nak pilih siling rumah ni, tak boleh kalau Mommy dan Daddy tengok design nya sahaja. Antara faktor utama yang patut menjadi keutamaan Mommy ialah, ketahanan dan kesesuaian siling ni.

Kita tak nak lah nanti dah buat rumah, setahun dua je, siling rumah retak dan bocor. Atau berkulat ke?

7 Jenis Siling Rumah

Jadi dalam memilih jenis siling rumah yang terbaik, cuba nilai jenisnya pada material pembuatannya. Apakah ia kukuh dan tahan lama?

Siling rumah jenis yang manakah yang sesuai untuk kadar kelembapan yang tinggi, sebagai contohnya?

#1. Jenis Plywood

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@ Bengkel Kayu Klasik Intan

Kalau untuk rumah yang berkos rendah, biasanya siling rumah plywood lah yang menjadi antara pilihan. Ini kerana harga pasarannya yang agak murah dan pemasangannya yang tidaklah terlalu rumit.

Cumanya, kalau siling jenis ini, kekurangannya adalah ia mudah rosak jika terkena air dan berpotensi dimakan anai-anai.

#2. Jenis asbestos

Kredit gambar: Facebook@ House Renovation/Ubahsuai Rumah di Ipoh

Jika dari segi kos dan skill pemasangan, jenis siling rumah yang lebih kurang dengan plywood adalah jenis asbestos.

Kelebihannya adalah, ia mudah dipasang dan menyejukkan ruang dalam rumah. Tetapi kerana seratnya yang boleh membahayakan kesihatan paru-paru, ia semakin tidak menjadi pilihan rakyat kita.

#3. Jenis PVC

Kredit gambar: m.apkpure.com

Kalau nak yang tahan lama, kalis air dan cantik, tentunya siling rumah PVC. Siling rumah jenis ini diperbuat daripada plastik yang pastinya tahan air dan senang kalau nak bersihkan sarang labah-labah dan kotoran.

Tetapi harganya agak mahal lah ya, sekitar RM7.00 hingga RM19.00 untuk satu lembaran.

#4. Jenis Gypsum

Kredit gambar: dmaras.com

Jika Mommy mencari siling rumah yang cantik dan ada motif tersendiri, mungkin boleh pertimbangkan siling rumah gypsum.

Senang je nak pasang siling yang tampak mewah ni. Cumanya ia tak tahan air lah ya. Kalau terkena air je, boleh rosak siling gypsum ni.

Jika Mommy bercadang nak pilih siling rumah jenis ini, pastikan atap rumah Mommy benar-benar kukuh dan teliti pembuatannya supaya tak ada kebocoran ke apa nanti.

#5. Campuran gypsum dan plywood

Kredit gambar: dmaras.com

Siling jenis gypsum dan plywood kedua-duanya ini tak tahan air. Tapi kalau campuran antara keduanya, siling ini lebih kukuh terhadap air.

Cumanya pemasangan dan pemotongannya agak rumit sikitlah. Perlukan skill yang khas dan tak boleh kalau terketuk kuat ke, ia agak rapuh.

#6. Jenis kayu

Kredit gambar: ms-n.decorexpro.com

Ini kalau rumah yang bertemakan Scandinavian atau kayu, siling jenis kayu ni memang menjadi pilihan kan? Bila tengok je, memang nampak mewah dan eksklusif siling kayu ni.

Biasanya ia diperbuat daripada kayu olahan yang ada finishing melamine atau varnis supaya tahan lebih lama.

Di pasaran terkini, siling kayu rumahlah yang termahal iaitu pada harga RM47.00 hingga RM90.00 per meter persegi.

#7. Jenis POP

Kredit gambar: desainrumahid.com

Merupakan singkatan untuk Plaster-Of-Paris, siling rumah jenis ini tak kurang popular nya. Kalau rumah bertemakan minimalis atau kontemporari, biasanya siling rumah jenis ini menjadi antara pilihan hot.

Jika lampu dan chandelier dipasang pada angle yang betul, siling rumah POP ni boleh memberikan imej eksklusif tau!

Memang terdapat pelbagai jenis siling yang jika sesuai dengan keadaan rumah Mommy, nampak cantik je pada harga yang berpatutan.

Tak semestinya daripada material yang mewah. Kalau Mommy pandai sesuaikan dengan tema dan interior rumah, memang cantik jadinya nanti!

Apapun, yang penting adalah penjagaan dan ketahanannya ya?


Dapatkan inspirasi deko untuk rumah Mommy di SINI.