Dalam dunia keibuan hari ini, Mommy bukan sekadar penjaga tetapi juga pencari ilmu, pelindung dan pendorong utama kepada masa depan si manja.
Setiap keputusan kecil yang dibuat, terutamanya dalam bab pemakanan, memberi impak besar terhadap perkembangan fizikal, mental dan emosi kepada si manja.
Mommy tahu, susu formula bukan sekadar untuk kenyang, tetapi harus menyokong tumbesaran anak secara menyeluruh.
Sebab itulah semakin ramai Mommy memilih susu formula untuk si manja mereka dengan lebih teliti dan bukan sekadar mengikut trend, tapi ikut hati dan ilmu.
Dan di sinilah munculnya keyakinan dengan Similac® Intelli-Pro®, pilihan yang bukan sahaja berteraskan nutrisi yang kukuh, tetapi juga selari dengan naluri Mommy yang mahukan yang terbaik untuk si manja.
Similac® Intelli-Pro® bukan hanya sekadar sebagai susu formula, tetapi sebagai pelengkap kepada usaha Mommy dalam memberikan permulaan hidup yang terbaik buat si manja.
Ia bukan sekadar pilihan yang berpaksikan sains, tetapi dibentuk dengan kasih sayang; dari minda, turun ke hati.
Dan apabila pilihan itu dibuat dengan penuh yakin, hasilnya adalah anak yang lebih bijak, ceria dan bersedia melangkah ke dunia dengan penuh keyakinan.
Kunci Anak Cerdas, Bermula Dengan Nutrisi yang Tepat
Similac® Intelli-Pro® diformulasikan dengan UVOB (Unique Vegetable Oil Blend) iaitu campuran minyak sayuran unik, DHA berserta 7 khasiat untuk membantu pembentukan minda dan perkembangan fizikal dan prebiotik yang membantu menyokong kesihatan usus serta memberi keselesaan perut.
UVOB merupakan satu campuran minyak sayuran unik yang terbukti secara saintifik dapat membantu penyerapan nutrien penting seperti lemak, DHA dan kalsium dengan lebih optimum1.
Selain itu, gabungan pelbagai nutrien penting lain seperti DHA, Omega 6 dan enam lagi khasiat penting untuk minda yang terkandung dalam Similac® Intelli-Pro® membantu pembentukan sel otak anak-anak.
Kolina merangsang memori dan daya tumpuan, manakala Zat Besi dan Asid Folik menyokong pembentukan sel darah merah dan sistem saraf2.
Tak cukup dengan itu, Similac® Intelli-Pro® juga mengandungi Taurina, Zink, dan Vitamin B123, yang kesemuanya memainkan peranan dalam pertumbuhan sel saraf yang sihat dan emosi yang lebih stabil.
Gabungan ini terbukti berkesan yang menunjukkan peningkatan dalam perkembangan kognitif4 si manja yang menerima DHA dan Kolina dalam diet mereka.
Manakala, prebiotik dalam formula ini berperanan memelihara mikrobiota usus5 si manja agar sistem penghadaman lebih efisien dan selesa.
Kombinasi prebiotik dan UVOB membantu mengurangkan risiko kembung dan masalah penghadaman, sekaligus menyokong rutin pemakanan yang lebih sihat dan stabil untuk si manja.
Dengan penyerapan nutrien yang lebih baik, anak Mommy bukan sahaja membesar dengan lebih sihat, tetapi turut mendapat sokongan penuh untuk perkembangan otak, ketumpatan tulang dan sistem imun yang lebih kuat.
Apa yang menjadikan Similac® Intelli-Pro® istimewa ialah ia bukan sekadar menyokong perkembangan si manja, tetapi membantu sel-sel otak mereka berhubung untuk pembelajaran yang lebih berkesan.
Apabila nutrien-nutrien penting dan tepat ini diserap dengan baik, anak-anak lebih mudah memahami ajaran daripada ibu bapa, guru, dan orang di sekeliling mereka — lalu mengaplikasikan ilmu itu dalam kehidupan seharian.
Dengan formulasi nutrisi menyeluruh ini, Similac® Intelli-Pro® membantu anak membesar sebagai insan yang penyayang, penyabar, dan berdikari.
Dari Sekadar Cuba, Kini Similac® Intelli-Pro® Jadi Pilihan Hati Mommy
Kini, semakin ramai Mommy yang telah mencuba Similac® Intelli-Pro® tampil berkongsi pengalaman positif anak mereka menjadi lebih aktif, mudah membuang air besar, dan menunjukkan kemajuan ketara dari segi kognitif serta kemahiran komunikasi.
Perubahan yang berlaku bukan sahaja dapat dilihat dari segi fizikal, malah turut dirasai dari segi emosi dan perkembangan sosial anak. Ini bukan kebetulan, tetapi hasil dari pemilihan nutrisi yang tepat sejak awal.
Similac® Intelli-Pro® bukan sekadar susu. Ia adalah pelaburan jangka panjang yang sarat dengan kasih sayang satu bentuk sokongan halus daripada Mommy yang ingin melihat anaknya membesar sebagai si manja yang sihat, bijak, dan yakin diri.
Kini, Mommy boleh dapatkan Similac® Intelli-Pro® dari kedai berdekatan atau secara online di Shopee dan Lazada untuk lebih mudah dan terus dihantar ke depan pintu rumah.
Jangan tunggu lagi, Mommy. Buatlah pilihan terbaik hari ini supaya si manja dapat nutrisi optimum untuk tumbesaran yang optimum. Kerana masa depan yang cemerlang bermula dengan langkah kecil yang penuh kesedaran dan semuanya bermula dari rumah dan dari nutrisi yang terbaik.
Rujukan:
- Nelson et. al. (1998), Leite et. al. (2013) & De Souza et. al. (2017)
- Gaull, G. E. (1989). Taurine in pediatric nutrition: Review and update. Pediatrics, 83(3), 433–442.
- Venkatramanan, S., Armata, I. E., Strupp, B. J., & Finkelstein, J. L. (2016). Vitamin B-12 and cognition in children. Advances in Nutrition, 7(5), 879–888.
- Roberts, M., Tolar-Peterson, T., Reynolds, A., Wall, C., Reeder, N., & Rico Mendez, G. (2022). The effects of nutritional interventions on the cognitive development of preschool-age children: A systematic review. Nutrients, 14(3), Article 532.
- Yoo, S., Jung, S.-C., Kwak, K., & Kim, J.-S. (2024). The role of prebiotics in modulating gut microbiota: Implications for human health. International Journal of Molecular Sciences, 25(9), Article 4834.
MAL.2025.65674.SIM
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan yang lain di SINI!