Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Elakkan Sindrom Post COVID. Kepentingan Vaksin COVID-19 Pada Anak-anak Yang Mak Ayah Wajib Baca!

Kes COVID-19 yang naik mendadak baru-baru ini selepas musim perayaan pastinya membuatkan mak ayah tertanya-tanya, adakah anak-anak bersedia untuk menjadi ‘kebal’ dengan pengambilan vaksin?

Tidak cukup dengan kerisauan pengambilan dos penggalak di kalangan mak ayah, masih ramai yang ragu-ragu, khuatir, takut dan diselubungi rasa serba salah apabila terpaksa merelakan anak-anak untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Walaupun tiada sekatan dikenakan jika kanak-kanak tidak divaksin, Min sangat faham dengan perasaan mak ayah untuk membolehkan anak-anak mengambil vaksin COVID-19 setelah dimomokkan oleh pelbagai pihak tentang kesan sampingannya.

Kemungkinan besar mak ayah khuatir dengan kesan sampingan pengambilan vaksin sekiranya ia memudaratkan keadaan anak-anak. Min juga percaya, mak ayah bukanlah terpengaruh dengan gerakan antivaksin dan ingin lebih berjaga-jaga dan mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Highlighted

Kredit gambar: akaun Instagram @drtengkuezulia

Pun begitu, ramai mak ayah yang akur dengan ketetapan baharu kerajaan bagi memudahkan urusan harian termasuk sesi persekolahan anak-anak yang sudah pun bermula pada awal tahun ini.

Sama ada kesan sampingan pengambilan adalah ‘konspirasi’ semata-mata atau pun tidak, cuba mak ayah baca perkongsian oleh salah seorang pempengaruh dan Ibuencer kami, Dr. Tengku Ezulia.

Persoalan yg ramai parents tgh pening skrg. Ramai yg dah ambil vaksin COVID-19 utk diri sendiri, siap ambil booster lg. Tapi takut nak vaksin anak2. Yes, I understand. Sbb orang dewasa pun lepas vaksin demam, sakit bengkak tangan etc. So I get your concern… takut nanti anak2 yg tgh sihat tetiba plak tak sihat lepas vaksin. 

We are expecting the Omicron wave to surge relentlessly in coming days. Oleh sebab infective rate Omicron ni tinggi, lebih ramai yg akan dapat jangkitan Omicron ni. Org yg dah vaksin akan dpt flu-like symptoms dan sembuh selepas bbrp hari. Tapi the collateral damage is to the unvaccinated people and to the children. When they get infected, they can get serious infection and complications.

So, patut tak korang vaksin kan anak2?

It’s up to you.

Tapi kalau anak saya, mmg saya akan vaksin.

Sebab:

  1. Kanak2 boleh mengalami komplikasi seperti Multisystem Inflammatory Syndrome (MIS-C) sampai memerlukan rawatan di ICU atau komplikasi jangka panjang.
  2. Virus ini boleh menyebabkan kematian pada kanak-kanak. 
  3. Kesian kanak2 terlepas sekolah, peluang belajar dan bermain dgn kanak2 lain.

Takut komplikasi vaksin, apa yang anda boleh buat?

  1. Monitor symptoms anak2 selepas vaksin
  2. KEBANYAKAN:
    Kanak2 mungkin mengalami kesan sampingan yang lebih kurang dengan selepas vaksinasi rutin lain. Ini tanda biasa bahawa tubuh mereka sedang membina immuniti badan. Kesan sampingan akan hilang dalam beberapa hari.
  3. JARANG2 BERLAKU:
    Situasi yang jarang berlaku, vaksinasi COVID-19 mungkin mengakibatkan kesan sampingan yang lebih serius, seperti tindak balas alahan yang teruk atau miokarditis dan perikarditis (keradangan otot jantung). Jadi sebab itu kena monitor symptoms anak2 dan cepat2 dapatkan rawatan.
Kredit gambar: akaun Instagram @drtengkuezulia

Yang penting, ingat ni:

MITOS: Kanak2 tidak dpt jangkitan COVID-19 yang teruk, jadi nak vaksin tidak berbaloi dgn risikonya.

FAKTA: Faedah vaksin COVID-19 untuk kanak2 melebihi risiko vaksin. (risk vs benefit: The benefits of COVID-19 vaccination for children outweigh the known and potential risks)

Last sekali, korang as parents decide lah yang terbaik utk anak2 sendiri. 

Apa yang Min boleh rumuskan daripada perkongsian hot momma Dr. Tengku Ezulia, setakat ini tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan anak-anak.

Malah, kalau anak-anak tidak divaksin, mereka lebih senang untuk dijangkiti COVID-19. Mungkin vaksin bukanlah penyelesaian sepenuhnya untuk melawan arus pandemik. Tapi, bukankah bagus mak ayah dapat mencegah sebelum terlambat? 

Min, seperti kebanyakan rakyat Malaysia, adalah seorang yang provaksin. Boleh dikatakan apa yang disampaikan oleh Dr. Tengku Ezulia adalah on point, it hits all of us on so many levels khususnya yang sudah mempunyai anak.

Sama ada mak ayah nak anak-anak divaksin atau pun tidak, peningkatan kes COVID-19 sepatutnya tidak membuatkan kita rasa takut. Namun, lebih berwaspada dengan semua orang serta keadaan di sekeliling agar kita sama-sama dapat melawan COVID-19.