Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Penatlah, Asyik-Asyik Tersumbat Je Sinki Ni!” Tak Perlu Tukang Paip, Ini Cara ‘Wanita Besi’ Atasi Masalah Sinki Tersumbat

cara atasi sinki tersumbat

Kalau Mommy sentiasa berada di dapur, memang penat dan leceh kan kalau sinki selalu je tersumbat? Hari tu je baru upah tukang paip tolong settle, dah jadi lagi.

11 Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat 

Mungkin cara penggunaan Mommy dan keluarga kot yang tak kena. Ataupun, sistem piping rumah Mommy tak efektif dan sistematik.

Itu yang selalu tersumbat tu. Jom Mommy, kita cuba atasi awal-awal:

#1. Jangan buang sebarang sisa dalam sinki

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Mommy dan Daddy kena berdisiplin ya untuk tidak membuang sebarang sisa dalam sinki. Pastikan sebelum Mommy nak basuh pinggan mangkuk, bersihkan dahulu sisa walaupun sekecil-kecilnya.

Yang kecil tu pun, bila berkumpul dalam celah batang paip, boleh mengganggu aliran air ya.

#2. Guna penapis makanan

Kalau ada anak kecil, susah juga kan nak praktik cara di atas ni? Tengok-tengok, sekali je mereka dengar. Lepas tu terus lupa dan longgokkan sisa makanan dalam sinki.

Mommy beli je bakul penapis yang kecil tu. Pastikan ruang jaringnya halus ya. Biar sisa makanan akan terperangkap dan hanya cecair je lepas.

Banyak je bakul penapis kecil macam ni di pasaran. Nanti kalau makan makanan berkuah seperti kuah tomyam ke, tuangkan terus je ke dalamnya.

Hanya kuah yang akan mengalir keluar dan bawang, daun limau semua tu akan terperangkap dalam bakul. Boleh buang terus je lepas tu sisanya.

#3. Pasang penapis sinki

Kredit gambar: istockphoto

Kalau ruang sinki sempit ke atau rasa macam kurang gemar guna penapis makanan ni, Mommy beli je penapis sinki dan pasang pada mulut sinki tu.

Bentuknya seperti jaring yang akan memerangkap segala sisa makanan dan bila dah penuh, bolehlah buang. Kalau guna yang pakai buang, gantikan terus dengan yang baru.

#4. Pasang paip perangkap

Kredit gambar: istockphoto

Cuba tengok sistem piping Mommy, ada tak paip perangkap? Kalau tak ada, kena usahakan pasang ya.

Paip perangkap inilah yang akan memerangkap segala yang boleh membuat sinki tersumbat dan sekali sekala, bolehlah buka ia dan bersihkan.

#5. Tuang air panas

Ramai orang tua-tua suka buat macam ni kan? Mereka akan tuang air panas dalam sinki untuk bersihkan laluan air tu.

Kadang-kadang, banyak je makanan kita yang berminyak dan melekat. Ini semua boleh berkumpul dalam saluran paip dan menyebabkan sinki tersumbat.

Apabila air panas melalui kawasan tu, akan cairlah. Cuma Mommy kena hati-hati kalau paip sinki Mommy jenis plastik yang tak tahan air panas ya.

Risau bocor ke apa nanti.

#6. Pam air sinki

Kredit gambar: istockphoto

Kalau Mommy mula perasan aliran air dalam sinki tu mula perlahan macam ada tersumbat je kat dalam tu, kena pam terus ya.

Biasanya kalau macam ni, sisa yang menyebabkan sinki tersumbat tu tak banyak lagi. Jadi dengan tekanan pam tu, ia boleh membantu untuk tendang keluar sisa-sisa tu.

#7. Gunakan dawai

Kredit gambar: istockphoto

Boleh juga gunakan dawai untuk clear kan kotoran dan laluan air dalam paip sinki Mommy.

#8. Tuang cecair pencuci sinki

Lagi elok, jika sebulan sekali ke, Mommy tuangkan je cecair pencuci sinki ni. Kalau buat secara berkala, ia dapat atasi masalah sinki tersumbat.

#9. Flush sinki dengan serbuk penaik dan cuka

Kalau nak flush sinki menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah, bolehlah cuba guna serbuk penaik dan cuka.

Taburkan je serbuk penaik ke dalam lubang sinki tu dan curahkan cuka terus. Nanti ia akan naik meluap dan turun terus seakan-akan sedang flush laluan sinki tu.

Kredit gambar: istockphoto

#10. Guna garam kasar dan air panas

Selain daripada menggunakan air panas je, kalau taburkan dahulu laluan sinki tu dengan garam kasar, mungkin keberkesanannya adalah lebih tinggi.

#11. Gunakan batang lidi

Selalu juga kita tengok nenek dan atuk gunakan lidi untuk jolok ruang kecil dalam lubang sinki kan? Kadang-kadang tu, sinki bukanlah tersumbat sebab terlalu banyak sisa yang terlepas ke dalamnya.

Tetapi ia boleh jadi kerana bentuk sisa yang tersumbat tu yang mengganggu aliran air. Biasanya keadaan macam ni boleh diselesaikan dengan menjoloknya guna batang lidi je.

Banyak je kan cara yang boleh dicuba? Mommy tengoklah cara mana yang paling sesuai dan mudah, boleh cuba dengan Daddy.

Sekarang ni nak baiki sinki tersumbat pun perlu duit. Jadi kita atasilah awal-awal kan?


Dapatkan pelbagai tips dan hacks yang lain di SINI.