Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kemahiran Untuk Anak! Mommy Kongsikan ‘Skill’ Penting Perlu Ada Pada Anak Sebelum Bercakap

Mommy dan bakal Mommy pernah terfikir tak, sebelum anak-anak pandai bercakap, berceloteh, bersyair, menyanyi berborak semua, apa yang mereka harus buat? Mestilah belajar beberapa kemahiran (skill) tertentu bukan?

Sambil anak-anak belajar skill tu, ia menjadi tugas ibu bapa untuk bercakap dengan mereka setiap hari supaya dapat memastikan mereka memahami dan dapat menggunakan semua perkataan, bahasa, abjad daripada kita sendiri.

Berikut merupakan enam (6) kemahiran atau skills yang harus ada pada si manja kita sebelum mereka mencapai usia 2 tahun, yang dikongsikan Puan Aishah yang sering kongsikan ilmu keibubapaan.

Jom baca dengan lebih lanjut!

6 Kemahiran Penting Anak Mommy Perlu Kuasai 

Highlighted


Sebelum anak umur 2 tahun, parents kena make sure anak anak dah kuasai 6 skill penting ni sebelum bercakap

1. Eye-contact (Kontak Mata)

Salah satu sebab anak buat tak tahu bila dipanggil adalah parents kurang bagi eye contact pada anak. Bila bercakap atau bagi arahan pada anak, make sure pandang mata anak dan duduk sama level dengan mereka.

2. Attention (Tumpuan)

Attention span untuk anak bawah 6 tahun tak lebih daripada 30 minit. Nak tahu attention span ikut umur anak? Umur x 2 minit = tempoh fokus minimum Contoh: 2 tahun x 2 minit = 4 minit So attention span untuk anak 2 tahun, 2 minit – 4 minit.

3. Turn Taking (Mengambil Alih)

Untuk anak mahir dalam skill turn taking ni, parents kena banyak bermain dengan anak dan modelling depan anak cara bermain dan berkongsi. Turn taking skill ni sangat penting dalam social skill anak anak tau, so ibu ayah kena teamwork demi anak!

4. Imitation (Meniru perbuatan, bunyi, & perkataan)

Anak akan mula belajar utk meniru dari umur 7-8 bulan, cthnya “bye bye”, “hi”, “mama”, “dada”. Bykkan menyanyi, menari & read aloud dgn anak anak. Boleh juga gunakkan anak patung masa beraktiviti utk galakkan anak bagi respon.

5. Play (Bermain)

Kita tak boleh expect anak akan pandai main, sebab tu pentingnya modelling depan anak dulu cara bermain mainan dengan betul. Dan dari situ anak akan belajar dan lahirnya skill bermain dalam diri anak

6. Matching (Memadankan)

Sebelum nak ajar anak membaca, menulis atau mengira, anak perlu mahir benda yang asas dulu, salah satunya matching skill. Boleh perbanyakkan buat aktiviti yang simple contoh padankan gambar atau objek.

Kerapkan bersembang dan bermain dengan anak kalau nak anak mahir dalam 6 skill penting ni. Selagi mana anak masih dalam track perkembangan yang betul, dont worry much. Sebab perkembangan setiap anak berbeza beza. Trust the process.

Mommy nak tahu dengan lebih lanjut tetang post Puan Aishah? Boleh klik pada pautan di bawah.

Wah Mommy! Banyak yang dapat dipelajari daripada Puan Aishah. Semoga petua-petua ini dapat membantu Mommy mengatasi masalah ini di rumah. Pastikan Mommy sentiasa peka dengan perkembangan mereka dan berhati-hati jika anak Mommy tidak berada pada tahap yang perlu mereka kuasai.

Jangan segan untuk meminta pertolongan dan pelajari benda baharu tentang kesihatan dan perkembangan anak Mommy!

Selamat mencuba dan goodluck ya Mommy~