Berita baik untuk Mommy sekeluarga! Bermula 15 Jun 2023, anda boleh mendaftar sahaja dengan Skim Perubatan MADANI (SPM) untuk mendapatkan rawatan secara percuma.
Belanjawan 2023 – Kerajaan telah memperkenalkan Skim Perubatan MADANI yang akan memberikan manfaat kepada 7000,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyatakan bahawa Skim Perubatan MADANI sebagai antara insiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan.
Mommy masih belum jelas tentang Skim Perubatan MADANI (SPM) ?
Mari Min kongsikan secara lanjut tentang Skim Perubatan MADANI bagi semakan dan daftar jika berkelayakan.
Apa itu Sistem Perubatan MADANI ?
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)..
Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.
Ojektif Skim Perubatan MADANI adalah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada rawatan penjagan primer akut di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja.
Siapa Yang Layak Menerima Skim Perubatan MADANI?
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
- Kelayakan adalah secara automatik.
- Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Senarai Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut Di Bawah Skim Ini:
- Demam dan Selsema
- Cirit Birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit Kepala
Manfaat Sistem Perubatan MADANI
Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Terdapat tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI
- Isi rumah berkeluarga – RM 250 (senarai isi rumah yang berdaftar dengan LHDN)
- Warga emas (tanpa pasangan) – RM 125
- Bujang – RM 75
Langkah untuk Mendapatkan Rawatan Skim Perubatan MADANI
- Semak kelayakan anda di laman sesawang kelayakan-spm ini.
-
Hadir ke mana-mana klinik GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan.
-
Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
-
Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.
Info Lanjut dan Pertanyaan:
- Laman web: protecthealth.com.my
- Email: spm.protecthealth.com.my
- No telefon: 03-8687 2525
Jangan lupa semak kelayakan dan mohon bantuan skim perubatan MADANI ni tau Mommy!
Semoga artikel ini membantu Mommy dan Daddy untuk memahami skim perubatan dengan lebih jelas dan mendapat manfaat daripada skim ini.
Dapatkan pelbagai berita dan isu semasa yang menarik di SINI.