Apa itu sleep hygiene? Mungkin tak ramai yang tahu atau jarang mendengar perkataan ini. Untuk pengetahuan Mommy dan Daddy, sleep hygiene ini merupakan satu pola tidur yang bersih atau pendek kata waktu tidur yang cukup dan tepat.
Secara umumnya, setiap orang pasti akan memiliki keinginan untuk mempunyai waktu tidur yang teratur. Kebanyakan orang memerlukan sekitar 8 jam waktu tidur malam. Kenyataannya, hanya sesetengah orang sahaja yang mampu tidur dengan waktu yang cukup dan tepat.
Kebiasaannya, kita akan dengan orang dewasa yang kerap mengalami masalah ini, namun tahu atau tidak bahawa penyakit susah tidur atau insomnia juga menyerang kanak-kanak? Dan adakah anak Mommy Daddy turut mempunyai masalah untuk tidur ini?
Jika Ya, Mommy dan Daddy perlu teruskan ikuti penulisan kali ini di mana kami akan mengongsikan beberapa tips untuk menerapkan sleep hygiene dalam diri anak-anak. Jom lihat!
Tips untuk Terapkan Sleep Hygiene dalam Diri Anak Anda
Ini adalah tips yang akan dikongsikan iaitu bagaimana cara untuk disiplinkan anak-anak waktu tidur mereka iaitu:
#1. Terapkan Sleep Hygiene dalam Diri Anak Anda dengan Tetapkan Waktu Tidur
Yang pertama, Mommy Daddy perlu menetapkan rutin tidur dan waktu bangun tidur yang sesuai untuk anak-anak. Pastikan anak-anak mengikut rutin yang telah dibuat.
#2. Jauhkan dari Gajet
Tips yang kedua ialah, jauhkan anak-anak dari gajet sebelum tidur seperti telefon dan televisyen. Jika anak-anak terdedah dengan gajet sebelum tidur ia mungkin akan menyebabkan si kecil semakin susah untuk tidur dan juga mungkin mendapatkan masalah mata kerana terdedah dengan cahaya dari gajet.
#3. Makan Sebelum Tidur
Sebelum gosok gigi, pastikan anak- anak sudah makan dan kenyang. Tapi jangan biarkan mereka makan makanan yang manis kerana ia akan menyebabkan perut berasa lapar direnfah malam.
Beri makanan yang tinggi protein agar mereka kenyang dengan lama dan dapat tidur dengan selesa.
#4. Biarkan Bilik Gelap dan Dingin
Tutup lampu bilik dan pastikan suhu bilik itu dingin. Ia akan membuatkan anak-anak akan lebih cepat tidur kerana suasana bilik yang sesuai dan selesa.
#5. Terapkan Sleep Hygiene dalam Diri Anak Anda dengan Membaca Buku Cerita
Selain itu, Mommy Daddy boleh juga bergilir membacakan buku cerita kepada anak-anak sebelum tidur. Banyak buku cerita yang menceritakan kisah dongeng dan sesuai untuk anak-anak. Ia juga membantu anak tidur dengan lebih cepat.
#6. Biarkan Anak Aktif di Waktu Siang
Apabila anak-anak lebih aktif pada waktu siang, mereka akan merasa letih dan mengantuk. Ini kerana mereka telah menggunakan banyak tenaga untuk bermain.
#7. Tetapkan Peraturan dalam Bilik
Mommy Daddy juga boleh menetapkan peraturan dalam bilik tidur mereka seperti tidak bermain, makan dan membuat kerja sekolah atas katil. Katil hanya untuk tidur. Mereka akan mengingat perkara itu dan menjadi lebih disiplin.
#8. Jangan Biarkan Tidur Sampai Petang
Selepas balik dari sekolah atau melakukan apa-apa aktiviti pada waktu pagi, kanak-kanak akan berehat dan tertidur.
Biarkan mereka berehat sebentar dan pastukan tidak tidur sampai petang. Ini kerana mereka akan susah untuk tidur waktu malam sekiranya tidur berlebihan waktu siang.
#9. Pastikan Persekitaran Bilik Selesa
Persekitaran bilik juga sangat memberi kesan kepada waktu tidur anak-anak. Bilik yang bersih akan membuatkan mereka lebih nyaman dan nyenyak tidur.
#10. Terapkan Sleep Hygiene dalam Diri Anak Anda dengan Menjauhi Kafein
Jangan biarkan anak-anak minum minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur. Ini kerana kafein akan membuatkan mereka susah untuk tidur dan tidak mengantuk. Berikan mereka meminum air kosong atau susu.
#11. Pasang Bunyian yang Menyenangkan
Seterusnya, Mommy Daddy juga boleh memasangkan bunyian yang mendamaikan seperti bunyi air sungai, ombak dan kicauan burung. Bagi orang Muslim, bacaan Al Quran dan zikir sudah mencukupi.
#12. Bau-bauan yang Wangi
Mommy boleh letakkan pewangi dalam bilik anak-anak. Pastikan bau itu wangi dan anak suka, contohnya bau lavender. Bau yang wangi juga dapat membantu mereka lebih tenang untuk tidur.
#13. Berikan Belaian Lembut
Mommy juga boleh membelai lembut anak-anak supaya mereka lebih cepat tidur. Ini kerana belaian juga merupakan terapi bagi kanak-kanak yang sukar tidur.
#14. Terapkan Sleep Hygiene dalam Diri Anak Anda dengan Sediakan ‘Peneman Tidur’
Tips seterusnya ialah berikan peneman tidur kepada anak-anak seperti anak patung kesukaan mereka. Oleh itu, mereka akan lebih nyaman untuk tidur.
#15. Memberi Amaran
Sekiranya anak-anak tidak mahu tidur mengikut rutin yang ditetapkan, sebagai orang tua Mommy Daddy perlu lebih tegas. Tapi jangan terlalu berkeras.
#16. Jangan Membuat Bising
Sekiranya anak-anak sudah tidur, jangan buat bunyi bising yang boleh mengganggu mereka tidur. Pastikan anak- anak dapat tidur dengan tenang dan nyenyak.
#17. Terapkan Sleep Hygiene dalam Diri Anak Anda dengan Berikan Ganjaran
Berikan ganjaran kepada anak-anak yang mengikuti rutin tidur dengan baik. Contohnya dengan memberikan bintang. Ia akan membuatkan mereka lebih berdisiplin dan akan terbiasa tidur dengan rutin yang baik.
#18. Beri Masa untuk Anak Bertenang
Selain itu, berikan masa untuk anak bertenang sebelum tidur. Dengarkan juga luahan mereka, jangan biarkan anak-anak memendam perasaan kerana ia akan memburukkan pola tidur mereka.
#19. Mengambil Makanan Tambahan
Sekiranya pola tidur anak-anak masih terganggu, Mommy Daddy boleh dapatkan nasihat doktor dan minta untuk diberikan supplement yang sesuai untuk si kecil.
#20. Terapkan Sleep Hygiene dalam Diri Anak Anda dengan Membaca Doa Sebelum Tidur
Terakhir, penting untuk Mommy Daddy mengajarkan anak-anak membaca doa sebelum tidur. Ia mungkin dapat mengelakkan mereka daripada bermimpi buruk dan mengganggu tidur.
Pastikan Mommy Daddy menitikberatkan pola tidur anak-anak. Pola tidur yang tidak baik akan menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit.
Dapatkan pelbagai lagi info dan tips keibubapaan menarik yang lain di SINI!