Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Snek Untuk Orang Berpantang Yang Menjadi Pilihan Ibu-ibu Masa Kini

snek sandwic lazat

Kredit: Adobe Stock

Selepas berpenat lelah melahirkan cahaya mata yang amat istimewa buat kedua ibu bapa, selalunya para ibu akan cenderung untuk lupa menjaga kesihatan diri sendiri kerana lebih sibuk dengan ketibaan si kecil serta menguruskan dan menjaganya, terutamanya bagi ibu yang menyusukan si manja dengan susu badan.

Bergantung kepada beberapa faktor berbeza seperti kehilangan darah yang banyak ketika bersalin, ada kemungkinan bahawa ibu yang sudah bersalin kekurangan beberapa nutrien yang perlu diganti.

Selain mengamalkan makanan pantang yang selalunya disyorkan oleh orang-orang tua, terdapat banyak juga snek berkhasiat yang baik untuk kesihatan ibu dalam pantang dan juga meningkatkan tenaga.

Kalau para bapa nak turut makan dan menikmati snek-snek berikut pun, apa salahnya!

Apakah Ciri-Ciri Snek Untuk Orang Berpantang Yang Bagus?

  • Karbohidrat kompleks

Untuk membuat snek untuk orang berpantang yang tidak tersedia untuk terus dimakan, ibu boleh pertimbangkan snek yang penuh dengan karbohidrat kompleks, yakni termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin, bersama dengan beberapa protein.

Karbohidrat memberi tenaga dan nutrien kepada tubuh badan dengan segera, tetapi elakkan bahan-bahan yang telah diproses.

Protein pula akan membuat ibu berasa kenyang lebih lama dan memuaskan. Ini akan membentuk rintangan dalaman yang diperlukan untuk kekal sihat.

Selain itu, snek untuk orang berpantang tersebut perlulah senang untuk disediakan dan dihidangkan.

Sebagai ibu yang sama ada menjaga bayi sepenuh masa, atau bekerja, menyusukan anak dengan susu badan atau express pump, sudah terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, jadi ibu memerlukan snek yang senang diambil atau memerlukan persediaan yang minimum.

Highlighted

Kredit: Adobe Stock

Ibu yang mengandung telah banyak korbankan diri ketika mengandung dan juga bersalin.

Selain menggantikan nutrisi yang hilang sewaktu mengandung dan menyusukan anak, atau kehilangan darah ketika bersalin, ibu-ibu sangat memerlukan makanan yang dapat membantu dalam proses pemulihan badan.

Snek-snek yang berkhasiat juga amat bagus untuk kesihatan mental, dan mungkin dapat mengelakkan post-partum depression.

Kalau ibu menyusu badan secara direct atau pumping, snek tersebut lebih elok jika mampu menggalakkan dan memeriahkan susu ibu.

Jika ibu sukar menghasilkan susu dan mahu fokus untuk menggalakkan susu ibu dalam pemakanan, pastikan snek ibu mengandungi bahan-bahan yang diperlukan untuk memperbanyakkan susu ibu.

Anda juga disarankan untuk minum air dengan banyak. Kajian menunjukkan ibu menyusu perlu minum air tiga kali ganda lebih banyak dari biasa.

10 Snek Yang Lazat dan Berkhasiat

1. Greek Yogurt & Granola

Kredit: Photo by Nicola Barts from Pexels

Greek yogurt mempunyai protein yang tinggi dan kalori yang rendah, dan juga probiotik semulajadi yang sangat bermanfaat untuk usus ibu dan melancarkan pencernaan.

Masukkan pula granola, iaitu campuran oats, kacang, dan bijian seperti biji bunga matahari atau biji labu yang telah dibakar dalam ketuhar bersama dengan pemanis seperti madu, dan rasanya ala-ala cereal sarapan pagi.

Ibu juga boleh memasukkan buah-buahan kegemaran anda seperti pisang atau beri.

2. Epal & Mentega Kacang

Gabungan epal dan mentega kacang mungkin bunyi pelik bagi sesetengah orang, kerana mentega kacang selalunya di makan dengan roti kan?

Kredit: Freepik

Akan tetapi snek ini sangat popular di negara Barat kerana gabungan kemanisan epal dengan mentega kacang yang berlemak memang sangat menerujakan citarasa.

Pastikan ibu guna mentega kacang yang lebih natural dan mengandungi hanya kacang dan garam, dan tiada penambah perisa yang lain untuk mengelakkan kandungan gula yang berlebihan.

3. Kuih Penyusuan (Lactation Cookies)

Lactation cookies biasanya mengandungi oats, flax seed, Brewer’s yeast, dan beberapa lagi ramuan yang popular dan dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Ada juga yang dibuat dengan chocolate chip untuk memuaskan ibu-ibu yang ada craving coklat. Lactation cookies sekarang amat mudah didapatkan di pasaran, ataupun ibu boleh order sahaja online.

Kredit: Photo by M. Catalin Cardei from Pexels

4. Saderi (Celery) & Hummus

Gabungan batang saderi dan hummus juga mungkin membingungkan sesetengah ibu kan?

Kredit: Photo by Anna Pyshniuk from Pexels

Ye lah, hummus memang popular untuk dimakan dengan roti di restoran-restoran Arab di Malaysia ni.

Tetapi sebenarnya, hummus ini juga adalah sejenis “mentega” seperti mentega kacang (peanut butter) kerana hakikatnya, walaupun ada nama mentega/butter, jenis mentega ini tidak menggunakan butter pun.

Walaupun bunyi ganjil, kerangupan saderi memang sesuai berpasangan dengan kelemakan hummus. Cubalah!

5. Edamame

Edamame pula berasal dari negara timur Jepun, dan memang selalu boleh didapati di restoran-restoran Jepun yang di Malaysia.

Namun, ibu boleh dapatkan paket edamame yang telah dibekukan dan dijual di pasaran yang ibu boleh masak dengan sekejap sahaja melalui kaedah rebus, atau juga menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Edamame ialah kacang soya hijau muda yang penuh dengan protein, serat, dan vitamin K.

Kredit: Photo by Valeria Boltneva from Pexels

6. Telur Rebus & Avokado

Rasanya, siapa yang tak biasa makan telur rebus, bukan?

Kredit: Photo by Jane D. from Pexels

Di Malaysia, telur rebus memang boleh dijumpai di dalam mana-mana sajian, seperti nasi lemak, laksa, dan juga bunga telur di majlis perkahwinan!

Walaupun mudah, tapi telur rebus, bila dimakan dengan avocado yang penuh lemak atau di buat sebagai sandwic dengan roti gandum memang dapat menjadi snek yang sangat mengenyangkan.

Kombinasi telur, avokado, dan roti gandum bijirin penuh memang sangat lazat dan berkhasiat untuk dijamah…terliur!

7. Kurma Sumbat

Ibu mesti biasa mendengar istilah tauhu sumbat, cili sumbat, dan ayam sumbat, kan?

Bagaimana pula dengan kurma sumbat? Konsepnya sama sahaja, cuma kurma sumbat adalah lebih kepada snek daripada hidangan sampingan.

Kurma sumbat boleh disediakan dengan memotong kurma memanjang dan mengeluarkan biji kurma.

Kemudian, ibu boleh masukkan apa-apa ramuan kecil yang digemari yang berkhasiat seperti kacang badam, pecan, atau pistachio dan juga sedikit mentega kacang.

Kredit: Freepik

8. Campuran Kacang & Buahan Kering (Trail Mix)

Trail mix mendapat namanya dari kumpulan yang suka mengembara, kerana ia adalah snek yang senang dibawa dan penuh dengan nutrien yang dapat memberi tenaga kepada pengembara atau hikers.

Cara penyediaan snek untuk ibu berpantang yang sihat ini sangat mudah.

Kredit: Photo by Dayvison de Oliveira Silva from Pexels

Anda hanya perlu mencampurkan kuantiti kacang dan buah kering secara sama rata, kemudian sebagai penambah rasa, taburkan serpihan kelapa panggang, chilli flakes, atau pun taburan serbuk teh hijau asli (matcha).

Lagi menarik, anda boleh menyediakan snek ini lebih awal (seperti sebelum melahirkan anak!) dan simpan sebalang berdekatan dengan anda pada bila-bila masa sahaja.

9. Overnight Oats

Oat semalaman, atau lebih dikenali sebagai overnight oats, memang telah sangat popular pada masa ini.

Seperti namanya, oat semalaman harus disediakan pada malam sebelumnya untuk di jamah pada keesokan pagi.

Oat yang mengandungi serat ini memang sangat sesuai untuk ibu dalam pantang sebab kita tak tahu bila bayi akan bangun kan?

Jadi senang sahaja, pagi-pagi bangun dan sarapan sudah sedia ada.

Oat semalaman biasanya dibuat dalam balang kedap udara dengan mencampurkan bijirin oat dengan yogurt, susu, biji chia, madu, dan buah-buahan kegemaran ibu, digaul dan dibiarkan di dalam peti sejuk semalaman.

Ibu boleh membuat beberapa balang sekaligus kerana oat semalaman boleh di simpan sehingga seminggu. Lebih lama campuran oat di simpan di dalam peti ais, lebih lembut dan berkhasiat snek untuk orang berpantang ini.

Kredit: Adobe Stock

10. Keju & Anggur Hijau

Pasangan keju dan anggur telah manjadi kegemaran warga Eropah, terutamanya di Perancis dan Greece.

Kredit: Adobe Stock

Biasanya anggur hijau digunakan untuk pairing yang lebih lazat. Kemanisan dan kemasaman anggur hijau amat berkesan dengan keju yang berlemak.

Selalunya, keju yang lembut digunakan, dan bukan yang keras dan pahit. Menggunakan cheese spread juga dapat memudahkan ibu, kerana ia boleh jadi seperti dip atau sos dan senang dimakan.

Nampak sedap dan sangat menyelerakan snek-snek untuk orang berpantang di atas bukan? Malah, ia juga baik untuk kesihatan ibu.

Siapa cakap makanan ketika berpantang membosankan dan tidak sedap?

Yang lebih menarik, snek untuk ibu berpantang ini sebenarnya bagus untuk si suami juga tau. Nak atau tak je.