Sambutan musim perayaan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat di negara kita. Boleh dikatakan setiap musim perayaan adalah cukup unik kerana ia boleh diraikan oleh mana-mana kaum tanpa mengira latar belakang. Ia secara tidak langsung mencerminkan budaya toleransi dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Min, seperti mak ayah di luar sana, sudah tentunya berasa bangga apabila kita boleh menghidangkan atau disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati sempena musim perayaan.
Tidak cukup dengan itu, musim perayaan juga adalah salah satu acara untuk kita memakai pakaian tradisional berbilang kaum untuk membolehkan kita memahami budaya dan erti sebenar sesebuah perayaan itu.
Baru-baru ini, satu perkongsian di Instagram oleh salah seorang pempengaruh kami, Alyaa Ramli, menangkap mata dan membawa senyuman kepada Min.
Perkongsian oleh Alyaa Ramli memaparkan anaknya Sofia mengenakan pakaian tradisional cheongsam sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022. Sofia tampak cute menerusi perkongsian itu, di mana ia membawa pelbagai mesej kepada anak-anak termasuklah mak ayah sebagai rakyat Malaysia.
Si manja Sofia yang berambut lebat ini membenarkan Alyaa mendandan rambutnya dengan bentuk dua ketulan bun rambut untuk dipadankan dengan cheongsam bewarna merah menyala.
Perkongsian gambar itu menangkap perhatian viewers di Instagram. Menariknya, ini merupakan kali pertama Sofia memakai cheongsam sempena menyambut Tahun Baru Cina di sekolahnya pada hari itu.
Perkongsian di akaun Instagram milik Alyaa yang mempunyai hampir 30,000 jumlah pengikut itu meraih lebih 3,000 likes dan rata-rata meninggalkan kata-kata seperti ‘comel’ dan ‘cute’ di ruangan komen.
Bercakap pasal Sofia dan juga ibunya, Alyaa merupakan salah seorang pempengaruh tegar Motherhood.com.my menerusi kempen dengan pelbagai jenama terkemuka menerusi platform Ibuencer.
Berkat usaha dan kejayaan dirinya menjayakan kempen-kempen bersama dengan kami, Alyaa menerima trofi ‘Top Performing Influencers’ (Anugerah Pencapaian Terbaik) di Anugerah Ibuencer baru-baru ini.
A little backstory berkenaan dengan Alyaa Ramli, dia mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Raimi pada Mei 2015.
Selepas dua tahun memasuki gerbang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, tak lain tak bukan, si comel Sofia.
Berbalik kepada Sofia, Min sempat berborak dengan Alyaa untuk bertanyakan beberapa info menarik tentang anaknya.
Fakta-fakta menarik berkenaan dengan Sofia:
- Selepas Alyaa memasuki labour selama 18 jam, Sofia akhirnya selamat dilahirkan pada Mei 2017, jam 2:10 pagi. Murah betul rezeki Alyaa… Kenapa? Kini dia sedang berbadan dua dan bakal melahirkan anak untuk menemani Sofia tak lama lagi.
- Hobi Sofia? Sudah tentunya menari dan menyanyi. Mak ayah boleh tengok gelagat cute Sofia menerusi pelbagai perkongsian di akaun Instagram @alyaaoreo.
- Kalau mak ayah nak tahu, satu hari nanti Sofia ingin menjadi seorang Supergirl. Waaahhh, hebat! Namun, siapa tahu, mungkin bila dia sudah besar dia akan bertukar cita-cita pula.
- Subjek kegemaran Sofia di sekolah ialah mewarna. Kalau mak ayah nak tahu, merwarna boleh melatih anak untuk pelbagai kemahiran seperti concentration, fine motor skills serta kemahiran menulis di peringkat awal dan cengkaman jari yang betul.
- Toys kegemaran Sofia adalah anak patung Barbie. Psst… Kami difahamkan, Sofia memiliki pelbagai jenis anak patung Barbie. Boleh bikin anak-anak cemburu apabila melihat koleksi anak patung miliknya.
- Karakter kartun yang diminati oleh Sofia? Elsa… Let it go, let it go….Can’t hold it back anymore.
- Seorang yang tidak cerewet terhadap pemilihan makanan, makanan kegemaran Sofia adalah pasta dan juga nasi ayam.
- Sekiranya diberikan peluang untuk ‘merehatkan minda’, destinasi pilihan Sofia adalah untuk ke pantai.
Min harap sedikit sebanyak perkongsian berkenaan adik Sofia kali ini dapat mengukir senyuman di wajah-wajah mak ayah semua, memotretkan penutup yang ceria musim perayaan Tahun Baru Cina 2022.