Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kanak-kanak diselamatkan “Spiderman” di Perancis tular!

spiderman-perancis

Siapa sangka seorang lelaki yang bukan penduduk tetap di Perancis telah diangkat sebagai hero “spiderman” dan bakal dianugerahkan kerakyatan tetap kerana keberanian beliau yang membanggakan.

Mamoudou Gassama, 22, berasal dari Mali, telah memanjat 5 tingkat di sebuah bangunan apartment untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang berumur 4 tahun yang hampir jatuh dari balcony, tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan.

Highlighted


Spiderman tidak berfikir panjang

Tanpa memikirkan sebarang bahaya, encik Mamoudou Gassama terus sahaja memanjat bangunan itu apabila dia melihat budak lelaki tersebut bergantung di sebelah luar balcony tersebut. Budak lelaki yang bertuah itu tinggal bersama ayah beliau dan pada masa itu ayahnya telah keluar ke kedai untuk membeli barang dan bermain Pokemon Go sepanjang perjalanan sehingga leka. Setelah disiasat, ayah budak lelaki tersebut didapati bersalah atas kecuaiannya sehingga menyebabkan anaknya hampir terjatuh dari tingkat 5 rumahnya sendiri!

Mamoudu Gassama holding a certificate rewarded for his bravery

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah meluahkan rasa bangga dan berbesar hati serta kagum atas keberanian Mamoudou Gassama dan beliau menawarkan Mamoudou untuk berkerja untuk Paris Sapeurs pompiers atau dikenali sebagai “the city’s fire and emergency service.”

Spiderman mendapat kerakyatan tetap

Menurut article 21-19 menyatakan bahawa seseorang akan dianugerahkan kerakyatan serta-merta jika mereka telah membuat sesuatu yang amat membanggakan Perancis. Ini yang berlaku kepada Mamoudou dan oleh itu beliau telah dianugerahkan kerakyatan Perancis.

Mamoudou standing in front of the building

Mamoudou meluahkan rasa terharu kerana sepanjang hidupnya beliau tidak pernah dihargai dan diangkat sebegini rupa. Sebagai seorang pelarian yang tidak mempunyai hak untuk memiliki rumah, aset dan sebagainya, kini dia telah mendapat kerakyatan atas keberaniannya walaupun dia merasakan dirinya tidak berfikir panjang.

Akibat kecuaiannya sendiri, bapa kanak-kanak tersebut telah ditahan semalaman dan kanak-kanak itu telah dihantar ke pusat jagaan sementara menunggu ibunya untuk pulang.

Mamoudou berkata, sejurus sahaja beliau berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu, barulah dia merasakan yang tindakannya itu sangat membahayakan diri. Tetapi walaupun membahayakan diri dan tidak berfikir panjang, Mamoudou telah diangkat sebagai hero “Spiderman” di Perancis dan hidupnya telah berubah serta-merta.

Untuk mendapatkan barang-barang bayi murah sila klik di sini!