Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Steroid Untuk Ekzema: Pakar Jelaskan Kenapa Tidak Perlu ‘Steroid Phobia’ & Bagaimana Ia Membantu Mengurangkan Keradangan

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang sedang naik dengan mendadak. Penyakit seperti ini sering dikaitkan dengan ekzema dan umum mengetahui bahawa pesakit ekzema sering mempunyai masalah dengan ubat-ubatan yang disyorkan untuk merawat ekzema.

Kebanyakan penawar ekzema adalah steroid, krim pelembap yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, dan yang seangkatan. Tetapi masih ramai ibu bapa yang ragu-ragu dengan penggunaan steroid pada anak-anak kecil yang dijangkiti ekzema. Bukan apa, kadang-kadang kita takut ubat tersebut tidak sesuai ataupun anak kita mungkin ada alahan pada ubat yang telah disyorkan oleh doktor.

Ikuti penjelasan Dr Wan Syazween Lyana tentang kenapa ibu bapa tidak perlu ‘steroid phobia’ apabila doktor-doktor menetapkan steroid sebagai penawar untuk ekzema anak anda.

“Doktor, anak saya eczema tapi saya tak mahu steroid!”

‘Steroid phobia’ adalah perkara yg selalu kami doktor hadapi di klinik. Sebagai pesakit, menjadi kewajipan anda untuk faham dahulu tentang sesuatu rawatan yang disyorkan doktor, sebelum menolaknya bulat-bulat.

Ekzema Berlaku Sebab Apa? 

Highlighted


Pertama sekali, kena faham kenapa eczema itu berlaku. Ia adalah interaksi antara faktor kulit kering, keradangan, keturunan dan persekitaran. Peringkat awal eczema selalunya kulit kering sahaja. Tapi bila sudah merah, gatal & tebal, maksudnya keradangan sudah ada.

Apa Penawar Ekzema?

Kata Dr Syazween,

Nak rawat eczema bukan sekadar letak satu jenis krim, then akan terus ajaib hilang. Kalau ada yg kata boleh bagi krim ajaib dan sembuhkan eczema, saya berani katakan itu tipu semata-mata. Nak rawat eczema kena berbalik kepada faktor-faktor yang menyebabkan eczema di atas.

  • Kulit kering ⇒ pelembab.
  • Keradangan ⇒ bagi ubat anti-radang.
  • Keturunan ⇒ tak boleh buat apa-apa, hanya boleh kurangkan.
  • Persekitaran ⇒ buang debu, vakum carpet, dan lain-lain.

Tanda-Tanda Ekzema 

Peringkat awal eczema yang hanya kulit kering sahaja tiada merah or gatal, memang kita galakkan pakai pelembab sahaja. Tapi dengan syarat, kena kerap. Paling malas, 3x sehari. Memang terbukti, boleh kurangkan eczema jadi meradang (flare), dan boleh mengurangkan penggunaan steroid.

Tapi kesiannya, kadang-kadang kita dah cuba yang terbaik, tetapi eczema masih juga flare. Dan penyebab tu mungkin bukan salah kita.

  • cuaca panas.
  • debu di jalanan banyak sangat.
  • bulu kucing di kedai makan beterbangan.

Maka kita dapat flare.

Antara tanda awal eczema nak meradang bila mula rasa gatal dulu. Merah mungkin tak nampak lagi. Selepas beberapa jam/hari, baru nampak merah. Sebab itu, dikatakan eczema adalah

“itch that rashes, not rash that itches.”

So masa dah ada tanda radang, memang kena pakai ubat anti-radang. Kalau tak, ada kebarangkalian, ia akan jadi lebih melarat. Matlamat ubat anti radang adalah untuk kurangkan merah dan gatal. So apa ubat anti-radang yg ada, jawapannya…

ya, steroid.

Penggunaan Steroid

Jelas beliau lagi,

Steroid ni sebenarnya adalah sejenis hormon semula jadi yang memang sudah sediakala ada dalam badan kita. Diperlukan untuk kesihatan badan. Kalau kurang steroid dalam badan, memang ada penyakit ie Addison’s disease.

Kadang-kadang, sesetengah penyakit seperti eczema, di sesetegah kawasan kulit, kita kena bagi boost sikit steroid untuk tolong lawan radang tu. Bagi push sikit saja. Tak payah push lama-lama. Nanti kulit dah ok, kita perlahan-perlahan kurangkan penggunaan steroid tu.

Saya selalu katakan, steroid tak bahaya jika, saya repeat JIKA, ia diambil di bawah pengawasan doktor. Jika beli dan pakai sendiri tanpa dipantau sesiapa, itu saya pun tak setuju.

Awas Dengan Kesan Sampingan Ini Mommy!

  • kulit nipis.
  • senang berdarah.
  • senang lebam memag boleh berlaku.

But only, again I repeat, ONLY if anda gunakan steroid yang kuat untuk jangka masa panjang yang lama. Penggunaan dan pemilihan steroid yang sesuai bukan kerja mudah ya.

Selalunya kita gunakan yang kuat sekejap saja untuk mengawal ekzema, selepas itu kita turunkan kekuatan tu. Sebab itu, saya sangat sangat sangat tekankan supaya tolong jangan terlepas janji temu dengan doktor. 

Kami doktor, beri rawatan ikut keperluan pesakit. Kalau hanya kulit kering, memang tak perlu steroid.

Tapi kalau ada radang & HANYA pakai steroid SAHAJA tak pakai yang lain, itu SALAH!

Apabila manfaat steroid melebihi kesan sampingan, maka kita kami akan syorkan rawatan krim steroid.

Untuk membaca dengan lanjut tentang penjelasan daripada Dr Syazween boleh klik pada pautan dibawah:

Banyak maklumat yang telah Dr Syazween jelaskan pada kita melalui perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk Mommy yang sedang struggling dengan ekzema. Pastikan Mommy melawat klinik terdekat untuk mendapatkan lebih banyak info tentang rawatan ekzema, HFMD dan lain-lain.

Jaga diri semua~

Kredit: Twitter Dr Wan Syazween Lyana