Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Stress Belajar, Kanak-kanak ini sampai keluar peluh darah!

peluh-darah

credit: Sinar Harian

Biasa dengar orang cakap “menangis sampai keluar air mata darah” kan? Tapi kali ni lain pula di Hanoi, Vietnam; seorang kanak-kanak perempuan ni mengeluarkan peluh berdarah sebab stress mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan.

Pada mulanya ibubapa kepada kanak-kanak yang hanya ingin dikenal pasti sebagai N ini, hanya beranggapan bahawa anaknya itu hanya stress, tapi setelah N dikejarkan ke hospital Quy Hoa National Leprosy Dermatology di Vietnam dan doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak berkenaan menghidap penyakit hematidrosis, sejenis penyakit yang amat jarang terjadi di dunia.

Highlighted

credit: Saigon online

Bestnya barang bayi di Motherhood.com.my!

Peluh Darah

Ayah kanak-kanak berkenaan berkata, anaknya akan mengeluarkan peluh berdarah ketika dia mengulangkaji pelajaran lebih kurang 3-4 bulan yang lalu dan beranggapan itu hanyalah perkara biasa. Ada juga N mengeluarkan peluh berdarah 3-4 kali sehari selain pening kepala selepas mengulangkaji pelajaran.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang kemudiannya dirawat di Hospital Dermatologi Nasional Quy Hoa, pada mulanya didiagnosis menghidap masalah kulit.

Bagaimanapun, menurut pengarah hospital terbabit,  doktor Vu Tuan Anh, gadis itu menghidap hematidrosis, sejenis kondisi yang menjejaskan satu dari 10 juta orang.

Dikejarkan ke Hospital

“Kondisinya dikenal pasti melalui darah yang meleleh dari kulit. Pendarahan disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah yang sangat kecil pada kulit.”

Punca hematidrosis tidak diketahui, namun faktor terlibat termasuk peningkatan tekanan vaskular, keradangan pada kulit, gangguan pendarahan dan tekanan darah tinggi.

“Ketakutan dan tekanan emosi yang teruk juga boleh menyebabkan kondisi itu, dan gejala boleh berlaku secara spontan atau selepas tekanan emosi,” kata Anh.

Bagaimanapun, kes-kes hematidrosis telah dilaporkan sejak zaman purba dan walaupun banyak yang kita tidak tahu mengenainya, ia tetap dianggap sebagai salah satu keadaan perubatan.

Bestnya barang bayi di Motherhood.com.my!

Hematidrosis

Pengetahuan terhad tentang hematidrosis yang diketahui dikaitkan dengan stress yang melampau dan situasi yang mengancam nyawa sebagai punca utama.

Rupa-rupanya, dalam keadaan tertentu, kapilari yang merupakan saluran darah terkecil di dalam badan kita boleh pecah, menyebabkan darah keluar dari kelenjar peluh. Kerana tidak banyak diketahui tentang keadaan ini, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh doktor untuk merawatnya.

Dalam kes budak 11 tahun ini, doktor-doktor di hospital telah menjalankan ujian ke atas semua organ utamanya, yang mana semuanya normal. Pada masa ini, mereka cuba mengurangkan tahap tekanan N, dengan harapan ia adalah punca kepada peluh berdarahnya.

Saigon Online melaporkan bahawa ketika darah N diuji, doktor hanya menemui sel darah putih, tidak sel darah merah, tetapi tidak jelas apakah ia mempunyai kaitan dengan keadaannya.

Bestnya barang bayi di Motherhood.com.my!