Kebelakangan ini cuaca semakin panas dan terik ditambah pula dengan hujan yang lebat hinggakan banjir di atas jalan raya. Tapi kenapa cuaca panas ni makin menjadi-jadi? Sebenarnya, cuaca panas ini disebabkan perubahan iklim dan sebab itulah suhu global meningkat.
Dengan pembebasan gas rumah hijau dalam jumlah yang besar seperti karbon dioksida, ia dilepaskan ke atmosfera bumi dan kemudian, ia memerangkap haba matahari.
Akhirnya ia menyebabkan planet menjadi panas. Oleh sebab itu, ia membawa cuaca yang melampau, termasuk suhu yang terlalu tinggi. Sebab itu, kita dinasihatkan untuk tidak berjemur dan bermain di tengah-tengah panas.
Ikuti penjelasan Dr Samhan tentang semua yang Mommy perlu tahu tentang cuaca panas dan strok haba yang boleh memudaratkan kesihatan ini. Untuk pengetahuan Mommy, ia juga boleh menyebabkan kejang dan sawan pada anak kecil. Bahaya tau!
Jom baca sama-sama di bawah.
Semua Tentang Strok Haba
Highlighted
Patient fitting!!! Kelihatan seorang kanak-kanak berumur 4 tahun dikejarkan ke kecemasan dalam keadaan masih lagi sawan. Badannya panas. Suhu badan 41 darjah celcius.
Menurut kajian daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kita kini sedang cuaca panas yang boleh mencecah 36 darjah celcius di beberapa buah negeri.
Strok haba atau ‘Heat stroke’ berlaku apabila berlaku peningkatan suhu badan sehingga 41 darjah celcius dalam masa 10 hingga 15 minit.
Tanda-Tanda Strok Haba
- Sakit kepala berdenyut
- Mual
- Kurang berpeluh walaupun suhu panas
- Denyutan nadi yang pantas
- Otot kejang dan sawan
- Kulit kering dan kemerahan
- Pitam
Siapa Yang Berisiko
- Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.
- Terlibat dengan aktiviti fizikal di luar seperi ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
Cara Untuk Mengelak Daripada Terkena Strok Haba
#1 Minum air secukupnya
Pastikan kalian minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Jangan tunggu hingga anda berasa dahaga. Ini bagi memastikan badan anda badan kekal terhidrasi.
#2 Minum minuman isotonik
Selain minum air putih, kalian juga boleh minum minuman isotonik. Minuman ini dapat menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
#3 Sentiasa berada dalam kawasan terlindung
Dinasihatkan supaya sentiasa berada di dalam rumah ataupun bangunan bagi mengelakkan pancaran matahari yang terik. Elakkan juga daripada melakukan aktiviti luar dan banyakkan berehat.
#4 Pakai pakaian yang ringan
Elakkan memakai pakaian yang terlalu tebal. Pakailah pakaian ringan, berwarna terang dan longgar bagi keselesaan melakukan aktiviti seharian.
#5 Pakai topi dan payung
Untuk mengelakkan pancaran matahari terus ke anggota badan, pastikan memakai topi atau payung setiap kali berada di luar. Bantu saya untuk share info penting supaya lebih ramai mak ayah berwaspada. Bimbang terlepas pandang anak-anak mengalami strok haba
Jika Mommy nak baca dengan lebih lanjut, boleh klik pada pautan di bawah~
Patient fitting!!!
Kelihatan seorang kanak-kanak berumur 4 tahun dikejarkan ke kecemasan dalam keadaan masih lagi sawan.
Badannya panas. Suhu badan 41 darjah celcius.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) August 25, 2022
Hati-hati Mommy, sekarang cuaca tak menentu sangat! Kadang-kadang terlalu panas, kadang-kadang terlalu sejuk. Tetapi kita harus ambil tips-tips ini dan praktikkan jika ia berlaku pada anak-anak kita nanti. Next time Mommy mesti tahu apa nak buat! Jangan main-main tau dengan strok haba ni ya. Thanks Dr Samhan~
Kredit: Dr Samhan