Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kerana Merokok, Kualiti Sperm dan Tahap Kesuburan Suami Bermasalah

Untuk bapa-bapa yang merokok dekat luar sana, anda rasa merokok tu boleh memberi kesan negatif tak dekat sperm anda?  Kalau anda rasa tak, anda salah! Macam mana bahayanya rokok tu pada kesihatan anda dan orang sekeliling, merokok juga memberi kesan yang negatif kepada sperm anda. Tak percaya? Cuba baca kisah yang dikongsikan Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar ni.

Suami Isteri Masih Muda

Dalam satu perkongsian di laman Facebook beliau, seorang isteri telah datang untuk rawatan kerana cirit-birit. Isteri tersebut kemudian bercerita yang beliau sudah empat tahun berkahwin, tapi masih tidak dikurniakan zuriat. Si isteri berumur 27 tahun dan suami pula berumur 29 tahun.

Bestnya barang bayi dekat Motherhood.com.my ni!

Sperm suami ada masalah pergerakan

Si isteri memberitahu yang dia dan suami juga sudah melakukan pelbagai pemeriksaan kesihatan. Tahap kesuburan isteri sangat okay, tapi si suami yang mempunyai masalah. Sperm si suami mempunyai masalah pergerakan atau bahasa perubatannya, sperm motility.

Dr Khairul Faizie turut berkongsi kesan-kesan merokok yang boleh berlaku kepada isteri dan bakal anak. Umum mengetahui yang merokok ni juga bahaya untuk mereka  yang berada disekeliling kita. Asap rokok yang turut dihidu orang sekeliling kita (perokok pasif) sebenarnya mengandungi lebih banyak bahan kimia dalam asap yang dihembus perokok aktif.

Highlighted


Kesan yang boleh berlaku pada isteri

Kesan merokok kepada bakal anak

Beliau turut tekankan bagaimana merokok boleh menyebabkan anda mati pucuk!

Rokok yang mengandungi toksin bukan sahaja akan memberi masalah kesihatan badan dan sistem pernafasan anda, malah ia juga tidak baik untuk sistem pembiakan anda.

Kajian yang dijalankan oleh European Urology juga membuktikan yang merokok akan mengurangkan bilangan sperm, mengurangkan pergerakan sperm (sperm motility) dan meningkatkan kadar sperma cacat.

Kesan merokok yang lain terhadap sistem pembiakan:

  • mengurangkan kadar keberkesanan rawatan IVF
  • meningkatkan risiko gugur kandungan

Untuk perokok di luar sana, merokok juga boleh menyebabkan kematian! Tapi masih ramai yang tak sedar kerana masih sihat dan tidak merasakan masalah kesihatan tersebut pada masa sekarang. Jadi, kurangkan lah tabiat merokok tu ye. Mungkin susah untuk berhenti terus, tapi tak salah kalau anda cuba kan? 😉

Bestnya barang bayi dekat Motherhood.com.my ni!