Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Suap Si Manja Anda Makan Di Mana Sahaja

baby on vacation

baby on vacation

Snek ketika anda diluar

Highlighted



Adakah bayi anda selalu kelaparan ketika anda sedang berekreasi? Ibu bapa yang sibuk sudah pasti mempunyai snek tersimpan di dalam beg. Jika bayi anda baru mula makan makanan pejal, anda mungkin mempunyai pek puree buah atau sayuran, atau kiub puree beku didalam termos. Apabila bayi anda sudah beralih kepada makanan ringan, bayi anda mungkin tidak boleh lepas dari makanan ringan!
Ketahui apa yang boleh anda sediakan untuk si kecil anda sebagai snek didalam beberapa senario seperti dibawah. Pek makanan untuk bayi anda bergantung kepada umur anak anda.
Oleh Becky Duffett

 

Di Taman Permainan


Perkara paling best tentang berada diluar rumah adalah, anda tidak perlu risau serbuk yang tertumpah dari makanan bayi anda.
Makanan meleleh bukan masalah, jadi cubalah puree buah, sayur, dan yogurt di dalam pek yang senang dipicit. (Yogurt tanpa gula adalah pilihan paling sihat; jauhi pilihan yang tinggi gula.) Buah seperti pisang dan oren sangat senang dikopek, dan buah ini juga boleh dikongsi bersama rakan rakan. Yang penting, jangan lupa buang kulit buah di dalam tong sampah!

Di Pusat Jagaan


Rutin harian para ibu untuk pek makanan bayi mereka boleh jadi membosankan. Cuba resipi yang berlainan seperti sandwich atau wrap. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, cuba sediakan muffin savory atau pie.
Untuk menjadikan sayuran seperti carrot, cili benggala lebih menyeronokkan, sediakan pencicah/dressing bersama dengan sayuran. Pilihan popular untuk pencicah adalah hummus atau yogurt.

 

Dalam Kereta

gambar daripada thespruce.com

Bagi keluarga yang sibuk dan sentiasa bergerak, menyuap bayi anda di dalam kereta sudah menjadi satu rutin. Percikan atau tumpahan makanan adalah risiko yang tinggi terhadap kerusi kereta anda! Makanan seperti epal, strawberry, anggur, atau roti adalah pilihan yang paling selamat. Anda juga boleh menyimpan makanan tidak mudah rosak seperti granola bar, di dalam kereta untuk memastikan anda sentiasa mempunyai makanan untuk si manja anda!

 

Semasa Melawat Rakan dan Keluarga


Kakak ipar anda yang garang menjemput anda ke rumah, dan dia mempunyai sofa berwarna putih. Sudah pasti anda tidak akan pek ubi keledek lenyek dengan warnanya yang terang untuk bayi anda! Makanan yang tidak akan membawa masalah untuk sofa putihnya adalah seperti buah pir, epal, atau tauhu yang dipotong kiub (tinggalkan segala jenis sos dirumah!).

 

Di Restoran


Restoran boleh menjadi pengalaman yang indah: Makanan anda dimasak oleh chef, dan makanan dihidangkan untuk anda! Tetapi sangat memalukan, apabila ada segala jenis tumpahan makanan bayi di bawah kerusi tinggi bayi anda! Ada restoran yang mesra bayi, restoran itu patut menjadi pilihan pertama anda, dan jangan lupa tinggalkan tip!
Dari segi pilihan, anda tidak perlu memesan makanan daripada menu kanak-kanak. Anda boleh berkongsi dengan bayi anda, cuma potong kecil makanan anda dan berikan kepada si manja.

Dalam Kapal Terbang


Cheese stick yang tinggi dengan protein dan telur rebus adalah pilihan yang baik untuk sarapan pagi. Oatmeal segera juga adalah pilihan yang bijak – hanya minta air panas daripada pramugari, dan campurkan. Pastikan anda ada buah kering seperti kismis, di dalam beg anda. Kekacang hanya sesuai bagi bayi yang berusia 4 tahun keatas.

Artikel dipetik daripada baby center.