Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sebenarnya, Sudahkah Anda Bersedia?

motherhood

Soalan yang sering ditanya

Bagi sesetengah pasangan merasakan soalan ini mudah untuk dijawab – mereka merasakan sebagai ibubapa, mereka telah merancang halatuju kehidupan mereka, dan mereka bersedia untuk menggalasnya. Manakala sesetengahnya, menukar keputusan mereka dalam masa setahun, atau mereka merasakan bahawa mereka perlu berfikir lebih tentang isu ini. Sesetengahnya pula masih tidak mengendahkannya.

Apabila anda berada dalam dilema, walaupun anda tahu bahawa anda mahu melakukannya, anda boleh membuat keputusan secara sedar tentang isu ini. Dan samaada anda mengalami masalah dalam membuat keputusan untuk menimang cahaya mata, atau anda sekadar tertanya-tanya samaada anda bersedia untuk projek jangka masa panjang ini. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan.

Sudah semestinya: tidak semua orang wajib untuk mempunyai anak. Dunia ini tidak semestinya dipenuhi dengan populasi manusia, dan keputusan untuk menjadi ibubapa adalah sepenuhnya diatas kamu serta apa jua cita-cita dan impian yang kamu inginkan dalam kehidupan ini.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Faktor kesusahan

Menjadi ibubapa adalah satu perkara yang menyeronokkan, dan memuaskan dengan cara yang tak mampu kamu bayangkan jika anda tidak mempunyai anak. Dan ia memerlukan kerja keras – lebih dari jangkaan anda.

Tanggungjawab ini susah kerana ia memerlukan tenaga kerja dan masa yang banyak, rehat yang sedikit: susah kerana ibubapa selalunya tidak cukup masa, tenaga, emosi, sokongan, latihan atau persediaan untuk melakukannya: susah kerana anda akan berhadapan dengan emosi melayan karenah anak-anak anda: ia juga susah kerana dengan satu kesalahan – atau lebih – akan memberi kesan terhadap orang yang anda sayang: anak anda sendiri.

Mempunyai cahaya mata bakal mengubah kehidupan anda, dan semua wanita menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak, hal ini akan mengubah kehidupan wanita tersebut jauh berbanding lelaki. Ia bermaksud wanita akan lebih menumpukan layanannya terhadap keluarga lebih dari dirinya sendiri (ditto).

“Keibubapaan – tugas penting untuk mendidik generasi akan datang – dilakukan seperti satu hobi” ujar Patty Wipfler, pengasas Hand in Hand Parenting tanpa profit di Palo Alto, California. “wanita tidak memperoleh gaji, sokongan yang cukup atau usaha mereka tidak dinilai kepada masyarakat dan menjadi ibubapa bukan untuk itu.”

Lelaki juga terlibat dengan tanggungjawab ini tetapi kerja harian di rumah, makanan, perundingan emosi, kebajikan anak-anak, pembelian, senarai keperluan rumah tetap  bergantung kepada wanita.

Ia juga bukanlah satu keputusan yang mudah buat para lelaki. Lelaki atau wanita yang menggalas tanggungjawab ini menghadapi masalah dari segi kerja atau hal keluarga, wanita lebih terlibat dengan kerja-kerja dirumah dan lelaki lebih kepada hal ehwal keluarga.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Lelaki masa kini lebih bekerja keras dan masanya lebih tertumpu kepada tugasan dipejabat kerana mereka berpendapat bahawa ia adalah tanggungjawab untuk keluarga. Lelaki menghadapi masa kerja yang panjang yang akan meningkatkan pengasingan emosi dan kebanyakkan daripada mereka hampa kerana tidak dapat menjadi bapa yang seperti mereka inginkan.

Realiti

Gambaran keluarga yang bahagia yang telah menular pada masa kini, ramai yang masih tidak dapat menangkap gambaran yang jelas sebelum mereka mengalaminya sendiri.

Jika anda tidak pernah mengalami kesulitan semasa zaman persekolahan, salah satu buku daripada psikologi Harriet Lerner The Mother Dance: How Children Change You  boleh disampaikan sebagai preview, atau anda boleh mengambil pengalaman dengan menjaga anak kepada rakan anda ataupun saudara anda semalaman. Atau cuba bayangkan bahawa anda telah membuat keputusan untuk memiliki anak dan berfikir lebih lanjut selama seminggu tentang perasaan anda dan bagaimana kehidupan anda berubah; dan bayangkan sebaliknya.

Tidak semua orang boleh menjadi ibu bapa. Mungkin anda tidak mahukan anak; mungkin anda mempunyai impian lain dari memiliki anak.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

“Kita adalah spesis yang istimewa” ujar Mindy Toomay, penulis buku fiksi dan masakan dan seorang guru yang selesa dengan keputusannya untuk tidak memiliki anak. “Ramai yang tidak menilik tentang potensi mereka dari segi kreativiti mahupun spiritual kerana ikutan keluarga. Bagi saya ia menjadi satu halangan — ramai yang mengalaminya terutamanya golongan wanita.” Dan terdapat sesetengah yang menyesal dengan keputusan tersebut setelah menjadi ibu bapa.

Kemudian, ramai yang tidak menyangka bahawa mereka seronok menjadi ibu bapa. “saya membuat kerja katering pada zaman sekolah supaya saya tidak perlu mengasuh” ujar Sally Webb yang kini bergelar ibu kepada dua kanak-kanak kecil. “Saya rasa seronok menjadi ibu kepada anak-anak ini.”

Kebanyakkannya, terutamanya wanita menjangkakan untuk hidup berkeluarga. Bermula dengan anak patung hingga baby shower, wanita dikelilingi dengan gambaran serta jangkaan melalui keluarga, rakan-rakan, agama, iklan dan juga media. Tetapi keputusannya bukanlah terletak ditangan ibu atau ayah anda, rakan-rakan, tempat agama mahupun jangkaan anda. Ia adalah kehidupan anda dan ia terletak ditangan anda sendiri.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bersedia untuk menimang cahaya mata?

Siri soalan seterusnya, yang ditunaskan oleh pekerja kami dengan bantuan psikoterapi oleh Ann Davidman dan Denise Carlini, ditujukan kepada anda untuk dibincangkan bersama pasangan anda, untuk dinilai oleh anda sendiri, tuliskannya didalam jurnal anda, bawa bersama untuk berjumpa terapi anda — apa saja cara untuk kelihatan baik pada mereka.

Jika anda inginkan anak bersama pasangan anda, ajukan soalan ini kepada mereka dan lihat jika anda selesa dengan apa jua jawapannya. Soalan ini mestilah dijawab oleh kedua-dua pihak.

Davidman yang mengetuai kumpulan untuk lelaki dan wanita yang digelar “status ibu; adakah saya layak?” dan “status ayah; adakah saya layak?” untuk membantu mereka dlam membuat keputusan penting ini. (untuk lebih lanjut, hubungi 510-595-4629 atau lawati laman web Davidman.)

“Banyak kerja kami yang dapat membantu mereka untuk memahami dengan lebih tentang ambivalens mereka supaya mereka boleh pergi ke langkah yang seterusnya.” Ujar Davidman. “kami mendapati bahawa ambivalens membantu keputusan dari segi emosi seseorang itu secara tidak sedar, tentang sesuatu yang dipendamnya.”

Mereka mencadangkan untuk memulakan soalan dengan bertanyakan “apa yang anda mahukan untuk diri anda?” — tanpa menghiraukan keadaan anda sekarang, dan juga kemungkinan yang bakal berlaku, seperti mencari pasangan jika anda mahukannya.

Jika anda mahukan anak, jangan memikirkan tentang bagaimana ia akan berlaku, samaada secara biologi, melalui proses anak angkat, atau apa sahaja. Tumpukan kepada keinginan anda.

• Anda akan meluangkan masa bersama anak? Adakah anda seronok?

• Apa yang membuatkan anda seronok menjadi anak? apa yang membuatkan anda untuk merasa sebaliknya.

• Apa yang ibubapa anda telah berikan? Adakah ia tak berjalan lancar?

• Apakah mesej yang kamu faham tentang bagaimana seharusnya menjadi ibubapa?

• Apa yang anda rasa apabila anda menjawab soalan-soalan ini?

Artikel ini dipetik oleh ReadyforParenthood