Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Jenis Suplemen Untuk Ibu Hamil Paling TERBAIK

suplemen untuk ibu hamil

Kredit gambar: www.personanutrition.com

Mengandung adalah satu anugerah yang dikurniakan Allah kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga. Tidak semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dikurniakan untuk mengandung dan melahirkan.

Oleh itu, bagi pasangan yang dikurniakan Allah dengan anugerah ini, seharusnya menjaga dan memberi perhatian terhadap penjagaan bayi dalam kandungan.

Bagi memastikan kandungan terjaga, Mommy perlu mengambil beberapa suplemen untuk ibu hamil atau vitamin tambahan yang baik untuk kesihatan Mommy juga tumbesaran bayi dalam kandungan.

Di bawah ini, kami telah senaraikan beberapa suplemen untuk ibu hamil yang paling terbaik. Jom lihat!

Senarai Suplemen untuk Ibu Hamil

Highlighted

Kredit gambar: veganliftz.com

Antara 7 suplemen tersebut adalah seperti berikut:

#1. Asid Folik

Asid folik adalah suplemen yang paling penting lebih-lebih lagi pada awal kehamilan atau semasa trimester pertama. Hal ini kerana, pada trimester pertama sistem saraf bayi sedang terbentuk. Asid folik ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sistem saraf bayi. Risiko kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural atau dikenali sebagai spina bifida) dapat dikurangkan dengan pengambilan sekurang-kurangnya 400mcg pada setiap hari.

Selain dalam bentuk tablet, asid folik juga boleh didapati dari makanan sebenar (real food) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang. Oleh itu, banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan kekacang dalam menu harian Mommy.

#2. Vitamin D

Vitamin D penting untuk pertumbuhan tulang bayi yang sihat semasa dalam kandungan. Selain itu vitamin D juga penting untuk gigi kerana ianya berperanan untuk mengekalkan tahap kalsium dan fosoforus dalam tubuh. Ibu hamil disarankan untuk mengambil vitamin D ini sebanyak 200IU pada setiap hari.

Di samping itu, vitamin D juga boleh diperolehi dari ikan sardin, ikan mackerel, salmon telur dan juga daging.

#3. Suplemen untuk Ibu Hamil Jenis Zat Besi

Kredit gambar: shrifreevs.live

Suplemen zat besi untuk ibu hamil juga adalah antara suplemen yang baik untuk diambil. Zat besi berperanan untuk menghasilkan haemoglobin iaitu protein dalam sel darah merah yang berperanan untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh. Zat besi bagi ibu hamil sangatlah penting.

Hal ini kerana, sekiranya zat besi kurang dalam tubuh boleh menyebabkan masalah anemia kepada ibu yang mengandung dan memberi kesan buruk kepada tumbesaran bayi dalam kandungan. Zat besi boleh menurunkan risiko kelahiran pramatang dan penting semasa proses melahirkan kelak.

Antara contoh makanan yang tinggi kandungan zat besinya adalah daging, ayam, kimpa, kerang ikan bilis dan hati. Contoh sayur-sayuran yang tinggu kandungan zat besi pula ialah pegaga, bayam, kangkung, kalian, peria, pucuk paku, ulam-ulaman, bawang besar dan taugeh.

Jika Mommy tidak boleh makan zat besi dalam bentuk tablet, Mommy boleh ambil dalam bentuk real food.

#4. Kalsium

Kredit gambar: www.si.com

Selain itu, kalsium juga antara suplemen atau vitamin penting untuk kesihatan ibu hamil serta perkembangan tulang dan gigi janin. Keperluan kalsium diperlukan sepanjang kehamilan terutamanya pada fasa terakhir kehamilan iaitu pada trimester ketiga. Pengambilan kalsium boleh membantu ibu hamil untuk mengelakkan masalah kekejangan otot kaki yang sering berlaku kepada ibu mengandung juga kerosakan gigi ibu hamil.

Kurangnya kalsium dalam badan boleh menyebabkan masalah yang lebih serius kepada ibu mengandung iaitu risiko pre-eklampsia. Risiko pre-eklampsia boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Ibu hamil disarankan untuk mengambil kalsium setiap hari pada dos 1300mg bagi yang berusia antara 14 hingga 18 tahun, manakala ibu hamil yang berusia 19 hingga 50 tahun disarankan untuk mengambil 1000mg pada setiap hari.

Antara sumber kalsium utama ialah susu.

#5. Suplemen untuk Ibu Hamil Jenis Omega-3

Omega-3 juga adalah antara suplemen atau vitamin penting yang diperlukan oleh ibu hamil. Hal ini kerana, omega-3 membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam kandungan. Omega-3 tinggi dalam ikan.

Namun, harus diingat, pengambilan terlalu banyak ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi akan membahayakan janin dalam kandungan.

#6. Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin yang diperlukan oleh manusia bukan sahaja ibu mengandung. Vitamin C berfungsi untuk menjaga sistem ketahanan badan agar tidak mudah dijangkiti penyakit.

Selain meningkatkan imuniti tubuh badan, vitamin C juga berperanan untuk membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik oleh tubuh.

Oleh itu, vitamin C sangat baik untuk diambil oleh ibu hamil untuk membantu penyerapan zat besi oleh tubuh badan.

Vitamin C boleh diambil dalam bentuk tablet dan juga boleh diperoleh dari buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah oren, kiwi, juga epal hijau.

#7. Vitamin B Complex

Kredit gambar: www.si.com

Salah satu suplemen yang bagus untuk ibu hamil ialah vitamin B complex. Ibu hamil sering dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil.

Pengambilan vitamin B baik untuk kesihatan mental ibu mengandung. Ianya juga dikenali sebagai vitamin bahagia.

Jika diambil semasa hamil, ianya akan membantu untuk mengurangkan masalah mood swing yang dialami. Selain itu, vitamin B complex juga membantu pembentukan sel darah merah untuk tubuh Mommy.

Kesimpulannya, walaupun kesemua vitamin ini mempunyai banyak kebaikkannya, Mommy seharusnya merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang pengambilan vitamin.

Hal ini kerana, khuatir Mommy berlaku kesilapan dari segi dos dan keperluan untuk tubuh serta bayi dalam kandungan.

Tak lama lagi dah nak bergelar Mommy dan Daddy. Tapi, ilmu berkaitan si manja belum ada. Macam mana?

Mommy boleh sertai program New Mom Program yang menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya ialah Welcome gift dan cabutan bertuah bulanan untuk 31 pemenang yang menawarkan hadiah seperti sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi ekslusif untuk dimenangi.


Dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan kehamilan yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.