Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Kebaikan Surah Maryam Untuk Ibu Hamil & Tips Mudah Bersalin

surah maryam untuk ibu hamil

Kredit gambar: article.poliklinikazzaara.com.my

Mengapakah dalam banyak-banyak surah Al-Quran tetapi surah Maryam untuk ibu hamil paling diyakini dan sering dijadikan amalan oleh kebanyakan wanita hamil?

Surah Maryam merupakan surah yang sangat popular dan sering dijadikan sebagai bacaan untuk ibu hamil merupakan bukti kehebatan kuasa Allah dan surah ini juga mempunyai 98 ayat dan ia diturunkan di Mekah.

Ia dinamakan Surah Maryam kerana di dalamnya mengandungi kisah Maryam iaitu, ibu Nabi Isa a.s. Selain kisah Maryam, di dalamnya juga terkandung kisah Nabi Zakaria a.s yang memohon dikurniakan anak walau dirinya sudah berumur manakala isterinya pula adalah mandul.

Begitu juga Maryam yang tidak pernah disentuhi mana-mana lelaki tetapi hamil dan semuanya berlaku apabila Allah berkehendak.

Ini juga menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. “Dia (Jibril) berkata; demikianlah firman Tuhanmu, sesungguhnya itu adalah mudah bagi-Ku dan supaya kami menjadikannya sebagai tanda kebesaran Allah bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami.”

(Surah Maryam Ayat 21)

Bermula dengan hamil dan bersalin tanpa pernah diganggu oleh mana-mana lelaki, perjuangan Maryam ini juga turut dirasai melalui kehamilannya tanpa bantuan orang dari sesiapa pun.

Ditambah lagi dengan cemuhan dan ejekan dari masyarakat disebabkan kelahiran anaknya itu. Walau begitu hebat ujiannya, Maryam masih lagi berpegang teguh dengan keimanannya kepada Allah S.W.T.

Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan jika ibu hamil mengamalkan surah ini. Jadi, ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui apakah kebaikan-kebaikannya.

10 Kebaikan Surah Maryam Untuk Ibu Hamil

Highlighted

Kredit gambar: www.pinterest.com

Berikut merupakan kebaikan-kebaikan yang akan Mommy peroleh jika sering mengamalkan Surah Maryam iaitu:

#1. Terdapat Pelbagai Contoh Tauladan

Kalau dihayati Surah Maryam ini, terdapat banyak perkara yang Mommy boleh dijadikan contoh. Antaranya adalah ketaatan kepada Allah tanpa ada belah bahagi di mana dalam surah ini dapat diperhatikan bagaimana betul-betul menjaga maruah dirinya. Buktinya melalui ayat ini:

وَاَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَاَدْعُوْ رَبِّيْۖ عَسٰٓى اَلَّآ اَكُوْنَ بِدُعَاۤءِ رَبِّيْ شَقِيًّا

Maksudnya:

“Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang engkau sembah selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku.”

(Surah Maryam Ayat 48)

#2. Surah Maryam Untuk Ibu Hamil Antara Contoh Doa Untuk Dapatkan Anak Yang Taat

Surah ini juga boleh dijadikan sebagai doa untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah dan saling sayang menyayangi.

وَّحَنَانًا مِّنْ لَّدُنَّا وَزَكٰوةً ۗوَكَانَ تَقِيًّا ۙ

Maksudnya:

“dan (Kami jadikan) rasa kasih sayang (kepada sesama) dari Kami dan bersih (dari dosa). Dan dia pun seorang yang bertakwa.”

(Surah Maryam Ayat 13)

وَّبَرًّاۢ بِوَالِدَيْهِ وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا عَصِيًّا

Maksudnya:

“dan sangat berbakti kepada kedua orang tuanya, dan dia bukan orang yang sombong (bukan pula) orang yang durhaka.”

(Surah Maryam Ayat 14)

#3. Surah Maryam Untuk Ibu Hamil Sebagai Tanda Peringatan

Surah Maryam ini membuktikan seorang hamba yang taat kepada perintah Allah, akan dipermudahkan segala urusan hidupnya selagi dia bertakwa kepada Allah walaupun hidup seorang diri.

وَاَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ اِذْ قُضِيَ الْاَمْرُۘ وَهُمْ فِيْ غَفْلَةٍ وَّهُمْ لَا يُؤْمِنُوْنَ

Maksudnya:

“Dan berilah mereka peringatan (Muhammad) tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara telah diputus, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tidak beriman.”

(Surah Maryam ayat 39)

#4. Sentiasa Tingkatkan Kesabaran

Surah ini juga mengajarkan kepada kita agar sentiasa menjadi hamba Allah yang sabar kerana di setiap sabar itu ada pengakhiran yang indah dan terkandung penuh hikmah setiap ujian yang Allah turunkan.

فَحَمَلَتْهُ فَانْتَبَذَتْ بِهٖ مَكَانًا قَصِيًّا

Maksudnya:

“Maka dia (Maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.”

(Surah Maryam Ayat 22)

#5. Tiada Yang Mustahil Jika Allah Berkehendak

Walaupun mandul dan Nabi Zakaria a.s sudah terlalu tua, tetapi mereka tetap dikurniakan anak. Oleh itu, sentiasalah bertakwa kepada Allah dan yakin dengan kekuasaan-Nya.

قَالَ كَذٰلِكَۗ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٌ وَّقَدْ خَلَقْتُكَ مِنْ قَبْلُ وَلَمْ تَكُ شَيْـًٔا

Maksudnya:

“Demikianlah.”Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku; sungguh, engkau telah Aku ciptakan sebelum itu, padahal (pada waktu itu) engkau belum berwujud sama sekali.”

(Surah Maryam Ayat 9)

#6. Mengajar Diri Agar Jangan Cepat Berputus Asa

Sentiasalah memanjat doa kepada Allah S.W.T walaupun masih belum dikabulkan lagi tanpa putus asa. Sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s sehingga beliau menerima berita gembira yang ditunggu-tunggu selama hidupnya.

يٰزَكَرِيَّآ اِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلٰمِ ِۨاسْمُهٗ يَحْيٰىۙ لَمْ نَجْعَلْ لَّهٗ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا

Maksudnya:

“Wahai Zakaria! Kami memberi kabar gembira kepadamu dengan seorang anak laki-laki namanya Yahya, yang Kami belum pernah memberikan nama seperti itu sebelumnya.”

(Surah Maryam Ayat 7)

#7. Meningkatkan Keyakinan Diri Dengan Perlindungan Dari Allah S.W.T

Tiada apa yang dapat melindungi diri kita tanpa bantuan daripada Allah S.W.T. Oleh itu, dalam apa keadaan sekalipun, tetapkanlah keyakinan bahawa Allah lah sebenar-benar Pelindung.

قَالَتْ اِنِّيْٓ اَعُوْذُ بِالرَّحْمٰنِ مِنْكَ اِنْ كُنْتَ تَقِيًّا

Maksudnya:

“Sungguh, aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Pengasih terhadapmu, jika engkau orang yang bertakwa.”

(Surah Maryam Ayat 18)

#8. Surah Maryam Untuk Ibu Hamil Ajar Diri Agar Sentiasa Berprasangka Baik Dengan Allah

Tatkala Maryam hampir berputus asa di saat kelahiran anaknya, Allah datangkan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

فَنَادٰىهَا مِنْ تَحْتِهَآ اَلَّا تَحْزَنِيْ قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا

Maksudnya:

“Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah, “Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.”

(Surah Maryam Ayat 24)

وَهُزِّيْٓ اِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسٰقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا ۖ

Maksudnya:

“Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”

(Surah Maryam Ayat 25)

#9. Menjadi Lebih Tenang Semasa Bersalin

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

فَنَادَاهَا مِنْ تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا

Maksudnya:

“Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, Maryam berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan. Kemudian, Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”

#10. Menjadi Hamba Yang Beriman

Daripada Surah ini, walaupun tanpa disentuh mana-mana lelaki, dengan kehendak Allah Maryam mengandung di mana ia mengajar kepada kita bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah izin-Nya dan kita wajib untuk beriman.

Petua Agar Cepat Proses Bersalin

Kredit gambar: bigthink.com

Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda cuba ketika proses bersalin nanti iaitu:

  • Meneran sekuat hati seolah-olah anda sedang membuang air besar dengan meletakkan semua tumpuan anda dan fokus ke dalam proses meneran tersebut.
  • Jika anda sedang bersandar di belakang katil, pastikan anda meletakkan dagu ke dada untuk meneran di mana keadaan ini akan membantu anda memfokuskan dorongan anda ke tempat yang sepatutnya. Anda juga akan lebih jelas untuk melihat ke bawah perut anda semasa sedang berusaha meneran bayi keluar.
  • Kekal positif di mana lebih cekap anda meneran, anda akan mempunyai lebih banyak tenaga dalam usaha tersebut dan dengan langkah yang betul lebih cepat bayi anda masuk ke saluran yang betul dan keluar.
  • Jangan tegangkan muka atau meneran di bahagian atas badan. Tetap kekal fokus di mana tempat anda perlu meneran untuk membuatkan bayi keluar.
  • Jika tolakan yang anda lakukan tidak menggerakkan bayi anda ke bawah saluran kelahiran, apa kata kalau anda cuba menukar kedudukan.
  • Tarik nafas dalam-dalam selama beberapa kali ketika kontraksi semakin meningkat kemudian teran sekuat yang anda boleh bila merasakan sudah bersedia.
  • Lakukan apa yang anda rasakan anda perlu buat untuk percepatkan proses kelahirani.
  • Sekiranya anda berasa penat, berehat sebentar di antara kontraksi kerana anda perlu menjimatkan tenaga untuk pusingan seterusnya
  • Jika doktor mengarahkan anda untuk berhenti meneran, sila patuh arahan mereka.

Semoga dengan perkongsian ini, ia memberi manfaat berpanjangan kepada Mommy semua dan dipermudahkan segala urusan ketika bersalin nanti, insyaAllah!

Selain surah maryam, Mommy juga boleh amalkan bacaan doa untuk dipermudah urusan semasa bersalin nanti di SINI!