Ibu, Bayi & Kanak Kanak

SUSU BAYI: 5 KELEBIHAN SUSU FORMULA

Bukan semua orang mempunyai kebolehan untuk memberi susu badan kepada bayi mereka. Sesetengah ibu lebih memilih susu formula disebabkan jadual yang sibuk atau tinggal berjauhan dengan bayi mereka (bekerja di luar kawasan). Jangan sedih jika anda tidak boleh memberi susu badan kepada bayi anda kerana susu formula juga baik untuk membantu anak anda mendapat nutrisi yang diperlukan.

1. Mudah untuk diet anda

Highlighted

drinking milk

Jika bayi anda tidak boleh mengambil produk tenusu, anda mesti mengambil produk tenusu dan tukar diet anda. Lebih-lebih lagi jika mak mertua anda atau ibu anda yang menyediakan makanan anda semasa anda berpantang, mereka pasti membebel kerana mereka terpaksa menukar bahan-bahan di dalam makanan tersebut. Dengan susu formula, anda boleh bertukar kepada susu formula lain jika ia tidak bersesuaian dengan anak anda.

2. Kurang Tekanan

Bukan semua wanita boleh memberi susu badan dengan semulajadi. Ada yang memerlukan stimulasi, ada juga yang tidak boleh mengeluarkan susu badan yang mencukupi. Ini boleh membawa kepada kekecewaan. Memandangkan terdapat banyak pendedahan tentang susu badan di social media, para ibu merasakan mereka MESTI memberi susu badan. Sebenarnya, itu tidak betul. Jangan berikan diri anda tekanan jika anda tidak boleh beri susu badan, malah lebih baik anda beralih kepada alternatif lain.

3. Beri anda lebih kebebasan

Caldo Chocolate – family eating popcorn

Dengan susu formula yang senang untuk disediakan, anda boleh pergi dating dengan suami anda dan biarkan ibu bapa anda ambil sedikit masa untuk meluangkan masa bersama cucu mereka. Anda juga boleh membiasakan anak anda untuk tidak terlalu memilih orang, dan lebih friendly. Bayi yang diberi susu badan, lebih memilih untuk membenarkan orang tertentu sahaja untuk mendukung mereka. Selalunya, sudah semestinya, ibu menjadi pilihan pertama!

4. Berapa banyak?

Jika anda memberi susu badan, berapa banyak susu yang diminum akan menjadi misteri kerana kadangkala bayi minum lebih dari biasa, hanya kerana mereka sukakan keselesaan dipeluk ibunya. Dengan susu formula, anda boleh tahu jumlah susu yang diminum oleh bayi anda.

5. Sentiasa di zon selesa anda

Ada wanita yang tidak suka keluar dari zon selesa mereka. Memberi susu badan di dalam bilik bayi juga boleh menjadi kurang selesa untuk sesetengah wanita. Jika anda tidak suka memberi susu badan di tempat awam, walaupun dengan kain, menutupi segalanya, memberi susu badan tidak sesuai untuk anda. Cubalah susu formula!

 

Artikel dipetik daripada Motherhood.