Si comel yang dulunya di pangkuan kini semakin membesar, berlari ke sana ke sini. Seiring dengan tumbesarannya itu, keperluan nutrisinya juga turut berubah.
Mereka kini memerlukan susu formula yang komposisinya sesuai dengan peringkat umurnya.
Kalau sebelum ini kita telah kongsikan susu formula untuk bayi 0-6 bulan, jom ketahui susu apakah yang sangat disyorkan untuk anak berumur 1 hingga 3 tahun?
10 Susu Formula Terbaik Untuk 1-3 Tahun
Apabila anda lihat pada rak di pasaraya, terdapat pelbagai jenama susu formula untuk si kecil yang memeningkan anda untuk membuat pilihan. Sekarang, anda tak payah dah luangkan masa yang lama untuk memilih.
Apa kata anda cuba tinjau beberapa pilihan susu formula dari perkongsian Ibu Syurga ini:
#1. Dumex Dugro 3
Susu formula Dumex Dugro diformulasi khas untuk pelbagai peringkat umur bayi dan kanak-kanak. Selain itu, ia juga didatangi dalam pelbagai perisa seperti coklat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jadi jika anak anda tidak gemar rasa susu asli, mungkin ini susu formula terbaik untuk anak 1-3 tahun anda.
Harganya pun berbaloi kerana memang mampu milik. Kebiasaannya, harga untuk satu pek adalah sekitar RM20 hingga RM30. Tetapi jika anda ingin mencuba pek kecil, harganya hanya di bawah RM20 sahaja. Taklah nanti membazir kalau tak sesuai bukan?
#2. S-26 Progress
Susu formula S-26 Progress adalah susu tepung yang kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan si comel anda.
Sebagai contoh, Lutein dan DHA yang bagus untuk mata dan perkembangan otak mereka.
Menurut Ibu Syurga, jenama ini adalah di antara jenama susu formula yang terbaik untuk anak 1-3 tahun.
Beliau sendiri mempunyai pengalaman memberikan susu formula ini kepada bayi sulungnya.
Namun terdapat pelbagai jenis susu formula S-26 Progress ya.
Untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun, pilihlah S-26 Gold Progress Step 3.
Harganya agak mahal iaitu dalam lingkungan RM30+ sehingga RM100+. Ia bergantung kepada berat susu tersebut.
Walaupun begitu, kerana kualitinya yang dikatakan antara yang terbaik, ia menjadi pilihan ramai ibu di luar sana.
Tambahan pula, jenama ini dijamin halal oleh JAKIM tau!
#3. Enfagrow A+
Susu formula Enfagrow A+ yang dikeluarkan oleh Mead Johnson turut mengandungi pelbagai nutrien penting untuk tumbesaran sihat si comel seperti DHA, ARA dan prebiotik.
Apa yang unik tentang jenama ini ialah rumusannya mengandungi kanji beras yang akan melikatkan kepekatan susu supaya anak anda tidak akan mudah muntah.
Namun dalam perkongsiannya, Ibu Syurga mengingatkan tentang kepentingan untuk memastikan keaslian susu formula Enfagrow A+ ini kerana terdapat susu formula yang palsu di pasaran.
Jadi berhati-hatilah ya. Belilah dari sumber yang diyakini keasliannya seperti di pasaraya.
Harga susu jenama Enfagrow A+ ini agak mahal berbanding yang lain kerana kandungan nutrisi yang tinggi di dalamnya. Anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM40 ya.
#4. Anmum Essential Step 3
Haa… susu jenama Anmum ni bukan hanya untuk ibu hamil sahaja tau. Anmum turut mengeluarkan rumusan khas untuk si comel sejak hari pertama lagi.
Untuk anak anda yang berumur 1 hingga 3 tahun, anda disarankan untuk memberikan Anmum Essential Step 3.
Selain daripada perisa asli, ia juga didatangkan dalam perisa madu dan kurma sebenar tanpa gula tambahan. Menarik bukan?
Harganya agak mahal iaitu sekitar RM30+ untuk pek kecil dan RM50+ hingga RM100+ untuk pek besar, bergantung kepada berat susu tepungnya.
#5. Fernleaf Calciyum
Seperti namanya, susu tepung Fernleaf Calciyum kaya dengan kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan sendi yang sihat.
Ketika berumur 1 hingga 3 tahun lah anak anda akan aktif meneroka sekeliling mereka.
Berlari, melompat dan bermain; semua pergerakan ini memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi melalui makanan dan minuman harian mereka.
Antaranya, susu formula Fernleaf Calciyum ini dapat membekalkan nutrisi tersebut! Harganya pun agak murah berbanding yang lain iaitu sekitar RM20+ sahaja.
#6. Dugro Sure
Jika kekurangan berat badan anak yang dibimbangkan, anda patut cuba susu formula Dugro Sure.
Ia dirumus khas untuk membantu menaikkan berat badan si comel mencapai tahap tumbesaran normal yang seiring dengan usianya.
Susu tepung ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dari 1 hingga 6 tahun dan harganya pula memang mampu milik, hanya sekitar RM30 untuk 600gm. Berbaloi kan untuk dicuba?
#7. Fernleaf
Susu tepung Fernleaf adalah susu formula dari New Zealand yang terkenal dengan harganya yang murah iaitu RM20+ sahaja untuk kuantiti hampir 1 kilogram. Murah kan?
Walaupun begitu, ia kaya dengan pelbagai nutrien dan mineral penting seperti zat besi dan DHA.
#8. Pediasure Complete
Susu formula Pediasure Complete juga dirumus khas untuk membantu meningkatkan selera makan anak anda.
Menurut Ibu Syurga yang mempunyai pengalaman memberikan susu ini kepada anaknya, kesannya memang tidak mengecewakan.
Anak lelakinya menjadi lebih berisi, ototnya berat dan jarang demam.
Walaupun harganya agak mahal iaitu sekitar RM80+ hingga RM100+, ia memang berbaloi dengan hasil yang sebegitu kan?
#9. Dugro Soy
Kebanyakkan susu formula untuk bayi dan kanak-kanak direka khas menggunakan susu lembu. Namun bagaimana jika anak anda alergik terhadapnya?
Haa.. susu formula yang diperbuat daripada soya kan ada! Dugro Soy adalah susu rumusan soya lengkap yang dirumus khas untuk kanak-kanak yang sensitif perutnya.
Ia boleh diminum oleh kanak-kanak yang berusia 1 hingga 6 tahun. Harganya bermula daripada RM20 untuk 400gm.
#10. Nestle Lactokid
Susu formula keluaran Nestle ini mempunyai 13 vitamin dan mineral serta DHA untuk menyokong tumbesaran otak dan fizikal anak anda. Ia kaya dengan protein, kalsium, vitamin D, zat besi dan vitamin B12.
Menurut Anis Affandi, susu formula ini dapat mengurangkan masalah sembelit pada kanak-kanak.
Harganya pula hanya RM20 sehingga RM30 sahaja.
Memang setiap ibu dan bapa menginginkan yang terbaik untuk anak mereka.
Anda mungkin akan melalui proses percubaan memberikan susu formula yang paling sesuai buat si manja.
Mulakanlah dengan pek kecil terlebih dahulu dan jika ia tidak serasi, jangan berputus asa ya.
Sebaiknya, jumpalah pakar laktasi dan ahli pediatrik untuk memahami keperluan anak anda dengan lebih jelas.
Mungkin dengan nasihat mereka dan beberapa percubaan, anda akan menemui yang terbaik untuk si manja.
Semoga berjaya!