Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Susu Formula Terbaik Untuk Bayi 0-6 Bulan Yang Menjadi Pilihan Ibu Bapa di Malaysia

Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan

Setiap ibu tentu ingin menyusukan anak sendiri secara semula jadi. Namun, tidak semua berpeluang untuk memberi susu badan disebabkan faktor-faktor tertentu.

Jadi di sinilah susu formula dapat membantu kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak untuk memberi khasiat yang terbaik untuk si kecil.

Tapi kena ingat, badan anak kita mempunyai reaksi yang berbeza terhadap jenis susu yang digunakan.

Ada bayi yang mempunyai alahan dengan susu formula sehingga boleh menyebabkan muntah, kembung perut, dan sembelit.

Jadi sebab itulah ibu perlu memilih susu formula terbaik untuk bayi 0-6 bulan anda.

Highlighted

Susu yang terbaik bagi bayi ialah susu ibu. Tetapi, tak semua ibu berpeluang untuk menyusukan bayi sendiri.

Kami di Motherhood prihatin dengan ibu bapa diluar sana yang pening bagaimana hendak memilih susu formula.

Ingat! Nak beli susu formula pun kena ada ilmu juga ya. Nanti salah membeli, terbazir pulak. Ambil kira juga mengenai kesihatan dan keperluan pemakanannya, umur, serta kos dan masa penyediaan bagi setiap susu formula.

Susu Bayi Pramatang/Tak Cukup Bulan

1. Similac Neosure Infant Formula with Iron, For Babies Born Prematurely

Rumusan susu formula Similac Neosure mengandungi khasiat yang diperlukan bayi tidak cukup bulan dan tidak mengandungi hormon pembesaran tidak semulajadi.

Contoh khasiat yang terdapat di dalam susu ini ialah DHA yang penting untuk perkembangan otak, lutein untuk keishatan mata dan vitamin E untuk pmbesaran.

2. Pre Nan Rumusan Khas Pramatang

 

Susu Pre Nan Rumusan Khas adalah satu lagi alternatif sebagai susu formula terbaik untuk bayi pramatang. Ia dirumus khusus untuk menyokong bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah selain daripada bayi pramatang.

Susu Pre Nan dapat membekalkan keperluan khasiat untuk perkembangan bayi pramatang hingga berat bayi mencapai 4kg.

Selain itu, susu Pre Nan diperkaya dengan DHA dan ARA yang penting untuk pembesaran bayi pramatang.

Susu Formula Terbaik Untuk 0-6 Bulan

3. Bellamy-Stage 1 Organic Infant Formula From 0-6 Months 900g

Bellamy-Stage 1 Organic Infant Formula adalah susu yang mudah dihadam untuk bayi yang baru lahir sehingga berusia enam bulan. 

Dengan menggunakan susu lembu organik, susu ini kaya dengan asid lemak yang penting, berserta vitamin dan mineral yang diperlukan bayi yang sedang membesar.

Di perbuat di Australia mengikut garis panduan dan piawaian Makanan Australia bertaraf dunia, susu yang seimbang ini cukup baik untuk keperluan nutrisi bayi anda.

4. Bubs Organic® Grass Fed Infant Formula Stage 1

Susu formula Bubs Organic® Stage 1 ini dirumus secara eksklusif untuk bayi yang berumur 0 sehingga enam bulan. 

Diperbuat dengan susu organik daripada lembu yang diberi makan rumput, susu formula ini memberikan nutrisi seimbang dan bebas daripada GMO (Genetically Modified Organisms).

Tambahan pula, ia diperbuat dengan garis panduan dan piawaian yang sangat tinggi untuk memastikan keselamatan dan kualiti yang tentu akan memberikan Ibu ketenangan dalam memilih susu formula ini.

5. BBs-1 Goat Milk Infant Formula

Susu BBs-1 Goat Milk Infant Formula ini adalah susu kambing dari New Zealand dan sesuai untuk bayi baru lahir sehingga enam bulan. 

Susu premium ini tidak ditambah dengan apa-apa gula dan mudah untuk dihadam.

Selain itu, ia diperkaya dengan DHA, prebiotik, kalsium, asid folik, vitamin, mineral, dan banyak lagi nutrisi penting untuk si kecil yang baru lahir.

6. Dutch Baby 0-6 Bulan

Antara pilihan susu bayi yang murah harganya ialah dari Dutch Lady. Untuk penjimatan kos perbelanjaan, susu ini adalah pilihan yang terbaik.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang ramai, agak berat sebenarnya kos perbelanjaan untuk susu.

Walaupun susu Dutch Baby menawarkan harga yang murah, tetapi ia tetap membekalkan nutrisi penting yang diperlukan oleh anak kita seperti DHA, AA, dan protein.

7. Similac 1 Infant Milk Formula

Susu ini mengandungi AA, Omega 3 & 6, Taurine, Choline, serta dirumus khas dengan gabungan DHA dan Lutein.

Susu Similac juga mengandungi campuran minyak sayuran untuk membantu penyerapan nutrient dan pertumbuhan bayi anda.

Susu Formula Terbaik Untuk 0-12 Bulan

8. Frisolac 1

Susu premium dari Dutch Lady adalah untuk bayi berusia 1 tahun ke bawah.

Susu ini diimport terus dari Holland dengan rumusan lengkap yang diperlukan oleh bayi anda. Susu ini mengandungi Vitamin B6 dan C, besi, zink dan DHA.

Jika anda berkemampuan untuk memberikan susu formula dari keluaran Dutch Lady yang lebih mahal, susu ini lah jawapannya.

9. Frisolac Gold Comfort

Susu Formula Frisolac Comfort direka khusus untuk bayi yang mempunyai masalah pencernaan seperti muntah, kembung perut dan sembelit.

Susu ini mempunyai formula seimbang yang mengandungi pelbagai nutrien penting seperti asid linoleik dan 5 jenis nukleotida yang diperlukan oleh bayi.

Frisolac Comfort diformulasikan dengan gum kacang carob, yang mengandungi serat dan bersifat memekat untuk memberikan bantuan kepada gejala muntah, sembelit, dan kembung yang dialami oleh bayi.

Ini adalah susu formula terbaik di pasaran untuk bayi yang sembelit.

10. Nestlé Lactogen 1

Susu Lactogen 1 ini dilengkapi dengan lactobacillus untuk membantu usus bayi menjadi lebih sihat. 

Ia juga diperkaya dengan Omega 3 dan 6, DHA, taurin, dan L-Carnitine.

11. S-26 SMA

Susu Formula S26 SMA Langkah 1 dari Wyeth dirumus khas untuk bayi baru lahir sehingga usia 12 bulan untuk membantu proses perkembangan awal dan meningkatkan pertumbuhan bayi.

Susu Formula S26 SMA ini dilengkapi dengan AA, DHA, 5 Nukleotida, Lutein, Kalsium dan a-Protein.

12. S-26 GOLD SMA

Susu S26 Gold SMA Step 1 ialah susu premium dari Wyeth. Susu ini antara susu bayi paling mahal di Malaysia.

Apa beza susu S-26 SMA dan juga S-26 GOLD SMA? Susu GOLD SMA mempunyai lebih banyak khasiat berbanding susu S-26 SMA. Dan yang paling penting ia mengandungi Alpha Lipid.

Alpha Lipid ini penting untuk perkembangan sistem saraf dan menyumbang kepada sambungan sel-sel otak yang lebih pantas.

13. S-26 SMA Organic

Satu lagi produk dari Wyeth ialah susu formula S-26 SMA Organic. Apa yang membezakan susu formula ini dengan yang disebutkan tadi ialah rumusan susu ini dihasilkan dengan bahan-bahan tenusu daripada 100% susu organik dari lading organik Eropah dan New Zealand.

Susu formula ini mengandungi nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam 12 bulan pertama, membantu untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Susu S-26 SMA Organic mengandungi nutrient-nutrien seperti AA, DHA, kolina, kalsium, vitamin D dan Oligofruktosa.

14. S-26 Comilac

Susu formula S-26 Comilac dari Wyeth pula adalah susu formula untuk bayi yang baru lahir sehingga usia 12 bulan yang diperbuat daripada 100% protein whey yang telah dihidrolisiskan sebahagiannya.

Ia kaya dengan Beta-palmitin, DHA, AA, 5 nukleotida, dan lutein, iaitu pigmen makula yang dominan dalam retina dan mampu menapis cahaya biru dan melindungi mata.  

15. Novalac Step 1 Infant Formula

Novalec Step 1 Infant Formula dari Novamil ialah susu formula dengan nutrisi lengkap yang sesuai untuk bayi dari lahir hingga usia 12 bulan. 

Rumusan ini mengandungi asid lemak yang penting seperti asid α-linolenik dan asid linoleik, 13 vitamin penting termasuk biotin dan niasin, serta 12 mineral penting seperti kalium dan fosforus. 

Ia juga diperkaya dengan nutrien lain seperti kolin, inositol, L-carnitine, dan taurin untuk pertumbuhan bayi yang baru lahir. 

16. NAN HA Infant Formula Langkah 1

Adakah anak-anak Ibu yang lahir sebelum ini mempunyai sejarah alahan? Jika ya, kami syorkan Ibu untuk mencuba susu ini untuk bayi anda yang berisiko untuk mempunyai alergi.

Susu ini mungkin mempunyai rasa yang sedikit berbeza berbanding susu lain kerana telah melalui proses hidrolisis. Tetapi dari pemerhatian, rasa susu ini masih dapat diterima baik oleh bayi.

Rumusan susu NAN HA ditambah dengan Nukleotida, Bifidobacterium Lactis untuk membantu meningkatkan microflora usus dan mengurangkan kejadian cirit-birit, Asid-Docosahexaenoic (DHA) dan Arachidonic Acid (ARA). Susu ini juga mengandungi Probiotik yang bagus untuk usus bayi.

17. Enfalac A+ Step 1

Susu Enfalac A+ Step 1 ialah susu premium dari Mead Johnson untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan. Enfalac A+ juga tergolong dalam golongan susu paling mahal di Malaysia.

Enfalac A+ Step 1 kaya dengan DHA+ARA direka khas untuk bayi jangka panjang sejak lahir hingga usia setahun jagung untuk menyumbang kepada perkembangan bayi supaya lebih sihat.

Susu ini juga mengandungi kanji beras khas untuk bayi yang sering muntah semula apa yang dimakan. Kandungan kanji beras dalam susu formula ini membantu untuk memekatkan susu dan mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap. Susu ini dirumus khas dengan gabungan campuran Prebiotik seperti GOS dan PDX.

18. Susu Formula Anmum Infacare Step 1

Susu jenama Anmum semestinya memang menjadi pilihan kebanyakan ibu. Susu ini sesuai untuk bayi dalam lingkungan usia 0 hingga 12 bulan.

Susu formula Anmum Infacare Step 1 mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi bagi menggalakan pertumbuhan dan perkembangan seperti nukleotida, kalsium, zink, vitamin A, C, D3, zat besi dan iodin.

19. Mamex Cherish Step 1

Susu formula Dumex Mamex ini mengandungi campuran Sakkarida Oligo yang dapat membantu meningkatkan sistem kesihatan usus bayi.

Jika bayi mempunyai masalah sembelit dan kembung perut, bolehlah Ibu mencuba susu ini. Susu keluaran Dumex memang terkenal dengan harga mampu milik menjadi pilihan utama bagi para ibu bapa.

20. Morinaga BF-1

Susu formulasi Jepun ini BF-1 sesuai untuk bayi 0-12 bulan yang hanya bergantung kepada susu sebagai sumber nutrisi utama, jadi ia mengandungi nutrien lengkap dan seimbang yang diperlukan oleh bayi.

Diperbuat di Belanda, susu formula ini telah menjalani kawalan kualiti yang ketat dengan proses pemeriksaan sebanyak dua kali. 

Susu Moringa BF-1 ini mempunyai nutrisi dengan nisbah seimbang AA + DHA, GOS, Nukleotida & 27 nutrien utama, sesuai untuk kanak-kanak Asia.


Mungkin Mommy bertambah pening memilih susu mana nak dibeli, kan? Jika masih ragu-ragu, Mommy boleh meminta nasihat daripada doktor dan pakar pediatrik cadangan susu formula terbaik untuk bayi 0 6 bulan yang lebih sesuai dengan keadaan si manja anda.

Tak kira apa jenama susu yang Mommy pilih untuk si comel, jangan lupa untuk semak tarikh luput ya sebelum membeli.

Semoga perkongsian susu formula terbaik untuk 0-6 bulan ini dapat membantu Mommy memilih jenis yang terbaik buat anak tersayang.