Susu yang terbaik sudah pastilah susu ibu bukan? Tetapi hakikatnya ramai ibu mengalami kesukaran menyusukan anak selepas bersalin. Jadi, kebanyakan antara mereka terpaksa juga menggunakan susu formula terbaik untuk si manja.
Walau bagaimanapun, yang paling sukar adalah reaksi bayi terhadap sesuatu susu ini tidak sama untuk bayi-bayi lain.
Untuk pengetahuan Mama, susu tepung yang tidak sesuai hingga boleh menyebabkan si manja sembelit, kembung, muntah ataupun sakit.
Jadi, Mama perlulah ketahui susu formula terbaik jenis apa yang paling sesuai untuk bayi Mama.
Kita juga haruslah peka dengan bagaimana untuk menilai susu formula yang terbaik buat si manja. Bukan beli sembarangan ya!
Tips-Tips Dan Cara Untuk Memilih Susu Formula Terbaik Untuk Bayi Mama
-
Wajib Periksa Label Produk Untuk Ketahui Nutrisi Susu
Ingat, tak kira apa pun yang kita beli, amatlah penting untuk memeriksa label produk yang mengandungi semua ramuan-ramuan penting. Terutamanya kita sentiasa mahu yang terbaik untuk si manja.
Untuk pengetahuan Mama, Malaysia mengimport susu tepung dari negara lain seperti US dan New Zealand. Oleh itu, ia tidak memerlukan sijil pengesahan halal.
-
Pilih Susu Mengikut Umur
Susu formula dicipta dengan berbeza fungsi dan ianya harus dipilih mengikut umur bayi anda.
Tahap Formula Bayi:
- Tahap 1 (Baru Lahir– 6 bulan)
- Tahap 2 (6 bulan– 1 tahun)
- Tahap 3 (1 – 3 tahun)
-
Rujuk Dengan Pakar Pediatrik
Jika Mama rasakan yang si manja mempunyai alahan atau lain-lain abnormal dengan tepung susu yang anak anda minum sekarang, sila berjumpa dengan pakar pediatrik untuk tindakan lanjut.
Jangan biarkan perkara ini berlanjutan!
Contoh simptom-simptom abnormal bayi:
- Naik berat badan sama ada cepat atau lambat
- Menangis berterusan
- Muntah
- Kulit kendur
- Kurang kencing
- Pegang kaki ke atas dada
Pilihan Jenama Susu Formula Terbaik Untuk Bayi 0-12 Bulan!
1) Frisolac Rumusan Bayi Langkah (Step) 1
Pertama sekali, susu ini amatlah sesuai untuk pencernaan bayi supaya dapat mengelakkan kembung perut dan sembelit.
Apa yang bagus tentang susu formula ini? Susu ini mengandungi Vitamin B6, Vitamin C, zat besi, DHA dan Zink!
Susu ini sangatlah bagus kerana ianya mempunyai DHA yang amat penting untuk bayi ketika dalam kandungan ibu lagi sehingga bayi membesar khususnya untuk tumbesaran dan perkembangan otak.
Harga Pasaran: Antara RM95 hingga RM110 untuk berat 900 gram.
2) Karihome Rumusan Bayi Langkah 1
Susu ini berbeza sedikit kerana ini adalah susu kambing. Jadi, apakah kebaikan susu kambing kepada bayi?
Seperti yang kita tahu ada sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu lembu, jadi Karihome memberi alternatif dengan produk susu kambing.
Antara kelebihan lain:
- Nucleotide yang terkandung dalam susu kambing baik untuk imunisasi badan.
- Casein Phosphopeptide (CPP) dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral.
- Asid Sialic untuk mencegah jangkitan bakteria.
- Taurine untuk perkembangan otak bayi.
Harga Pasaran: Antara RM55 hingga RM60 untuk berat 400 gram.
3) Dutch Lady 123
Nama yang tidak asing lagi, iaitu Dutch Lady. Susu formula untuk bayi Dutch Lady mempunyai lima (5) kali lebih DHA. Wah, hebat bukan?
Bukan itu sahaja, ianya juga ada protein, zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A, B, D dan selenium.
Harga Pasaran: Harga bermula dari RM30 bagi 350 gram, 650 gram dan 900 gram.
4) Nestle NAN Pro Rumusan Bayi
Nestle juga antara jenama yang amat popular atau famous di Malaysia. Ianya juga antara susu formula terbaik untuk bayi yang ada di pasaran!
Kelebihan Nestle NAN Pro ini adalah ia mengandungi Protein dan DHA-AR yang dapat memberi kecerdasan otak bayi.
Tambahan pula, ia juga mengandungi Bifidobacterium Lactis Probiotic yang dapat melancarkan penghadaman dan mengurangkan cirit-birit bayi.
Harga Pasaran: RM70 untuk berat 600 gram.
5) S26 SMA Langkah 1
Susu formula S26 ini amatlah sesuai untuk bayi bermula dari 0 hingga 12 bulan.
Keistimewaan susu formula ini adalah ia mengandungi DHA, Lutein and nutrien Kolin Tambahan dengan Oligofructose, iaitu sejenis serat larut untuk penghadaman.
Tambahan pula, ia juga mengandungi Alpha-Lactalbumin yang dapat menguatkan sistem imunisasi bayi!
Harga Pasaran: Anggaran RM55 untuk pek 600 gram.
6) Anmum Infacare Step 1
Selain terkenal untuk ibu yang hamil, Anmum juga mempunyai produk susu formula untuk bayi!
Anmum Infacare Step 1 penuh dengan nutrisi seperti vitamin dan mineral untuk perkembangan bayi seperti DHA, Protein, Kalsium, Zink, Nukleotida dan Vitamin A.
Harga Pasaran: Antara RM60 hingga RM70 untuk pek 600 gram.
7) Enfalac A+ Step 1
Satu lagi susu formula terbaik untuk bayi 0-12 bulan adalah jenama Enfalac A+.
Manfaat susu ini adalah ia mengandungi nutrien seperti DHA, protein, karbohidrat, zat besi dan Vitamin A.
Anda boleh mendapatkan susu formula ini di Motherhood.com.my.
8) ABBOTT Similac Step 1
Jenama ini amatlah bagus, cumanya ia lebih ke arah ‘high end’ bagi susu formula. Jika Mama ada bajet yang lebih, susu ini ialah pilihan yang baik. Mengapa?
Ini kerana susu ini mempunyai kandungan DHA untuk minda lebih cerdas dan mampu menambah nutrisi buat bayi yang baru lahir.
Harga Pasaran: Anggaran RM120 hingga RM190 bagi 100gram.
9) Nestle Pre NAN Preterm Stage 1
Susu yang sangat sesuai untuk bayi yang dilahirkan pramatang.
Nestle Pre NAN Preterm Stage 1 diformulasikan khas untuk bayi pramatang yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu atau beratnya kurang daripada 2.5kg.
Susu ini kaya dengan protein, karbohidrat serta DHA, ARA dan minyak MCT yang dapat melengkapi keperluan tumbuseran bayi anda sehingga 4kg.
Harga Pasaran: Anggaran RM30 bagi 400g.
10) SNOW Neo Baby Rumusan Bayi Langkah 1
Adalah normal untuk bayi baru lahir menghadapi masalah demam kuning atau juga dikenali sebagai ‘jaundice’.
Sekiranya si manja Mama mengalami masalah ini, Mama boleh cuba untuk berikan susu formula terbaik untuk bayi ini sebagai alternatif.
Harga Pasaran: Anggaran harga RM85 bagi 900g.
11) BEBELAC Infant Milk Powder Step 1
Susu BEBEBLAC Infant Milk Powder ini kaya dengan bahan-bahan yang bernutrisi tinggi, seperti yang disyorkan World Health Organizatioan (WHO).
Berdasarkan pendapat ibu bapa yang pernah memberikannya kepada anak mereka, susu ini membantu menyelesaikan masalah cirit-birit si manja.
12) DUPRO Soy Rumusan Khas 0-12 Bulan
Susu yang berasaskan soya ini sesuai bagi si manja yang mempunyai alahan terhadap susu lembu dan juga bayi yang lactose intolerant.
Susu ini diformulasikan dengan kadar nutrisi dan diet yang sesuai serta selamat untuk si manja.
13) ABBOT Similac Lactose Free
Susu bebas laktosa ini mengandungi DHA, Lutein, dan Vitamin E yang dapat mempercepatkan proses penghadaman si manja.
Ia juga dapat membantu mengelakkan masalah angin atau kembung perut. Tetapi Mama harus ingat ya, susu ini tidak sesuai untuk bayi yang mempunyai alergi terhadap susu lembu.
14) Dumex Mamex Cherish Step 1
Susu ini diformulasikan khas dengan DHA, AA, Vitamin A,C,D,E, dan pelbagai mineral penting yang sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan.
Susu Dumex Mamex Cherish Step 1 ini juga dapat membantu meningkatkan kesihatan usus si manja.
15) Frisolac Comfort 0-12 months
Susu Frisolac Comfort sesuai untuk bayi yang sering mengalami masalah pencernaan ringan seperti muntah, kolik, dan sembelit.
Susu formula terbaik untuk bayi ini kaya dengan Linoleic Acid dan juga carob bean gum—sejenis serat—yang membantu mengurangkan masalah pencernaan tersebut.
Pesanan Penting Ketika Memberi Susu Formula Kepada Bayi Yang Baru Lahir
- Mama harus elakkan daripada memanaskan susu di dalam microwave. Hal ini sangat bahaya kerana susu formula tidak dipanaskan secara sekata dan boleh menghasilkan ketulan yang panas.
- Cara yang selamat adalah meletakkan botol di dalam air panas dan rasa suhu susu di belakang pergelangan tangan.
- Selangkan masa untuk bayi sendawa sepanjang penyusuan sehingga susu habis. Bayi yang menyusu dengan botol kebiasaannya menyusu dengan lebih cepat dan menelan lebih banyak angin yang mengakibatkan perut boleh masuk angin.
- Jangan paksa bayi untuk menghabiskan susu dalam jangka masa yang singkat.
Mama jangan risau, kadangkala terjadinya situasi yang menyebabkan Mama tidak dapat menyusukan si manja.
Walaupun begitu, di Malaysia ada pelbagai pilihan susu formula yang bagus dan selamat untuk anak Mama.
Tidak salah ingin mencuba susu formula yang berbeza pada awalnya, cuma pastikan susu itu digemari si manja dan tidak berbahaya untuknya.