Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tahukah Anda Susu Ibu Ada Pelbagai Jenis dan Pelbagai Nutrien?

susu ibu

sumber daripada gentlediapering.com

Untuk membaca artikel ini versi bahasa Inggeris, klik disini.

Buat ibu-ibu baru yang baru sahaja bersalin. Ini ada sebuah artikel ringkas yang mampu memberi anda serba sedikit info tentang susu ibu untuk bayi.

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.

Ibu yang pentingkan kesihatan dan perkembangan anaknya sudah tentu lebih minat untuk mengetahui tentang kelebihan pada susu ibu. Terdapat juga cara penyimpanan susu dengan betul. Malah, ketahui masalah yang sering dihadapi pada ibu yang menyusu.

Highlighted

sumber daripada google image

3 jenis susu ibu yang perlu anda tahu:

1. Kolostrum

Susu jenis kolostrum ialah susu awal yang dihasilkan beberapa hari selepad bersalin. Susu jenis likat, berwarna kekuningan dan agak pekat ini mengandungi khasiat yang amat tinggi. Ia kaya dengan antibodi dan mengelakkan bayi daripada penyakit. Kolostrum bertindak sebagai imunisasi pertama yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru.

2. Foremilk

Susu ini terhasil pada awal penyusuan yang kaya dengan laktosa dan protein. Warnanya agak cair dan banyak air, berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi. Untuk mengelakkan tekstur susu cair, ibu hendaklah menjaga pemakanan yang sihat dan sesuai untuk hasil susu yang baik. Contohnya, susu, kurma, almond, lobak putih, atau milk booster.

3. Hindmilk

Susu padat, pekat, dan agak kekuningan ini ialah susu akhir pada penyusuan. Susu ini dapat mengenyangkan bayi dengan memberi tenaga yang mengandungi lemak yang tinggi untuk tumbesaran bayi.

 

Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Malah, kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

MEGA SALE!! Anda boleh dapatkan pam susu dengan harga murah dengan tawaran daripada Philips Avent. Stok adalah terhad! Cepat dapatkannnya sekarang! Klik disini

Baru-baru ini KPJ Ampang telah menganjurkan “Breastfeeding Week” dengan kerjasama Motherhood.com.my

sumber daripada www.kpjampang.com