Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Jenama Terbaik Susu Ibu Mengandung Yang Anda Patut Cuba!

susu ibu mengandung

Sumber: istockphoto

Apabila hamil, keperluan badan sudah pun berbeza. Nutrisi yang diambil kini bukan sahaja untuk anda tetapi bayi di dalam kandungan juga.

Sememangnya sumber nutrisi dari badan ibu sahaja tidak cukup ya untuk memenuhi keperluan bayi. Disebabkan itulah ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan tambahan bagi memenuhi keperluan badan seperti susu untuk ibu mengandung.

7 Jenama Terbaik Susu Ibu Mengandung

Memang banyak kan jenama susu ibu mengandung di pasaran? Makin pening jadinya bila tengok di rak pasaraya. Tetapi macam mana nak tahu jenama yang terbaik untuk kita ya?

Apa kata, anda cuba antara jenama dari saranan Ibu Syurga di bawah ini:

1. Frisomum Gold®

Susu keluaran keluarga Dutch Lady ini diformulasikan khas dengan kandungan Dualcare untuk keperluan nutrisi semula jadi ibu dan bayi.

Ia kaya dengan pelbagai nutrien seperti asid folik, vitamin D, vitamin B12, DHA dan kalsium yang diperlukan untuk tumbesaran bayi anda yang sihat.

Highlighted

Sumber: tesco.com

Selain itu, menurut Siti Zarinah Sahib, susu ini terbukti mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Ini sesuai untuk ibu hamil yang ingin menjaga badan dan mengekalkan berat yang ideal.

Dengan pengambilannya bersama diet yang sihat, risiko untuk ibu hamil mendapat penyakit kencing manis dan darah tinggi mungkin akan lebih rendah.

Jika anda mahu mencuba, anda boleh dapatkannya dengan harga sekitar RM45 untuk kuantiti sebanyak 900gram.

2. Mamil® Mama

Sumber: zamimie.blogspot.com

Jika anda mencari susu ibu mengandung yang kurang manis dan berkhasiat, bolehlah cuba susu Mamil® Mama ya.

Kandungannya telah diformulasikan khas tanpa formula sukrosa untuk membekalkan nutrien kepada ibu mengandung secara sihat tanpa gula yang berlebihan.

Sememangnya penyakit kencing manis ketika hamil menjadi kerisauan para ibu kan? Oleh itu, anda hendaklah bijak dalam memilih susu ibu mengandung yang berkhasiat tetapi kurang gula.

Dilengkapi dengan zat dan nutrien penting seperti kalsium, zat besi dan asid folik, susu ini bukan sahaja bagus untuk tumbesaran bayi malah untuk anda juga.

Saat anda mengalami morning sickness yang teruk dan sukar untuk menerima makanan, pengambilan susu Mamil® Mama boleh menampung keperluan badan anda dengan khasiat yang dibekalkannya.

Anda boleh dapatkannya dengan harga sekitar RM34 untuk 600gram.

3. Prenagen Mommy

Sumber: prenagen.com

Kebiasaannya susu datang dalam 2 perisa kan? Sama ada rasa asli ataupun coklat.

Namun jika anda menginginkan rasa yang unik dan pelbagai, susu Prenagen Mommy adalah pilihan yang tepat!

Ia didatangkan dengan pelbagai perisa seperti coklat, vanila, strawberi dan mocha. Anda tidak akan rasa bosan dengan perisa yang sama terutamanya jika anda kurang gemar meminum susu.

Selain rasanya yang menarik, susu ini dilengkapkan dengan nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran sihat bayi anda dan turut memenuhi keperluan badan anda.

Antaranya adalah magnesium, omega 3 dan omega 6, protein dan fosforus. Bolehlah cuba ya!

4. Enfamama A+®

Sumber: hometesterclub.com

Susu Enfamama A+® terkenal dengan harganya yang agak mahal berbanding dengan jenama lain. Namun mahalnya bukan tidak berasas ya.

Susu ini dihasilkan oleh syarikat Mead Johnson iaitu syarikat yang sama yang mengeluarkan susu Enfagrow. Dikenali sebagai susu premium, ia kaya dengan asid folik, zat besi dan kalsium serta rendah lemak.

Bukan itu sahaja, dengan kandungan DHA yang tinggi, ia dipercayai dapat menyokong tumbesaran bayi dan keperluan nutrisi anda yang makin meningkat.

Antara kelebihan lain susu ini, ia mengandungi prebiotik yang bagus untuk usus anda dan Chline DHA serta Kolin yang boleh didapati di dalam susu ibu. Mungkin isi kandungan inilah antara yang mempengaruhi harganya kan?

Untuk 900gram, anda boleh dapatkannya dengan harga sekitar RM66.

5. Similac® Mom

Jika susu ibu mengandung yang rendah lemak dicari, anda patut cuba susu Similac® Mom.

Kandungannya yang rendah lemak dipercayai dapat membantu para ibu untuk mengawal paras gula dan kenaikan berat badan dengan lebih baik.

Sumber: Motherhood Story

Untuk bayi di dalam kandungan pula, susu ini mempunyai 23 jenis vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluannya.

Selain itu, ia dihasilkan dengan sistem nutrisi EyeQ bersama Lutein Asli dan Vitamin E yang bagus untuk perkembangan dan pembangunan otak bayi yang sihat.

Dengan harga sekitar RM30 untuk 900gram, agak berbaloi kan?

6. Anmum Materna

Sumber: anmum.com

Susu Anmum Materna memang tidak asing dengan dunia kehamilan kan? Jenama ini cukup sinonim dengan ibu mengandung kerana ia adalah antara pilihan susu untuk ibu hamil.

Kandungannya yang tiada gula tambahan dan rendah lemak dapat memberi manfaat kepada para ibu yang ingin menjaga kesihatan.

Diperkaya pula dengan zat besi, folat, probiotik, kalsium, GA dan DHA, susu ini boleh membantu pembentukan dan perkembangan sel-sel bayi anda secara sihat.

Anda boleh rujuk di sini ya untuk informasi tentang pengambilan yang disarankan dan penjelasan yang terperinci untuk zat-zat yang terkandung di dalamnya.

Untuk 650gram, anda boleh dapatkan dengan harga sekitar RM40 di pasaraya ataupun melalui pembelian online di Motherhood.com.my.

7. Nestlé Mom & Me

Betul ke susu Nestlé Mom & Me rasa macam aiskrim vanila? Sedapnya!

Mengikut pendapat dan review dari ibu-ibu yang pernah mencuba susu ini, ramai yang bersetuju bahawa susu ini rasa seperti aiskrim vanila.

Ssusu ini mengandungi bifidobacteria iaitu bakteria baik yang bagus untuk sistem penghadaman ibu.

Sumber: degrocery.com

Namun anda harus berhati-hati ya. Oleh kerana bakteria ini akan mati dalam suhu air yang tinggi, anda harus membancuhnya dengan air panas yang suhunya kurang dari 40°C.

Selain itu, seperti jenama lain, susu ini turut mengandungi pelbagai nutrien penting untuk perkembangan bayi seperti Vitamin C, Vitamin A, zat besi, kalsium dan asid folik.

Jika ada lebihan dan anda sudah pun bersalin, anda masih boleh mengamalkannya ketika menyusu ya.

Untuk pek kecil seberat 350gram, harganya hanya RM11 sahaja. Sesuai untuk percubaan kan?

Sumber: istockphoto

Untuk mengandung, para ibu dan bapa harus persiapkan diri untuk memberi yang terbaik kepada si comel.

Memilih dan mengamalkan pengambilan susu ibu mengandung yang baik adalah antaranya. Selidiklah jenama yang terbaik dan sesuai untuk anda.

Jika anda risau ia tidak serasi, bolehlah cuba pek kecil terlebih dahulu tetapi jangan lupa untuk dapatkan nasihat doktor dahulu ya!