Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Jenama Susu Tanpa Laktosa Yang Harus Diketahui Ibu Bapa (+Nasihat Pakar)

Kredit Foto: Adobe Stock

Jika bayi Mama sering cirit birit, muntah atau sakit perut, Mama harus cuba susu tanpa laktosa, atau lebih dikenali sebagai susu lactose free

Ada sesetengah bayi tidak boleh menerima susu lembu kerana intoleransi laktosa atau alahan susu. 

Selalunya, Mama dan Papa akan disarankan oleh doktor untuk memberi si manja susu tanpa laktosa sebagai alternatif yang selamat dan dapat membantu mengelakkan masalah kesihatan yang tidak menyenangkan ini!

Highlighted

Kredit Foto: Adobe Stock

Kebanyakan bayi lactose intolerance akan meragam atau menangis sebagai tanda yang mereka tidak boleh menerima susu yang diberikan kerana perut mereka terasa sakit.

Tetapi hakikatnya, ramai ibu bapa yang masih tidak tahu apa susu bebas laktosa, bagaimana ia dibuat, dan bagaimana ia berbeza daripada susu biasa, kan?

Fakta Tentang Susu Tanpa Laktosa Yang Boleh Menjadi Alternatif Si Manja

Kredit Foto: Google Image

Untuk pengetahuan Mama, kebanyakan susu formula bayi dibuat dengan protein susu lembu (menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP)?

Kira-kira 80% formula bayi dibuat dengan susu lembu.

Jadi, agak sukar untuk Mama mencari susu tanpa laktosa yang betul bagi memeuni keperluan pemakanan si manja. 

Susu bebas laktosa adalah produk tenusu tanpa laktosa komersial.

Apa sebenarnya laktosa?

Laktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam produk tenusu yang sukar untuk dicerna bagi sesetengah orang.

Susu lembu tanpa laktosa pula adalah produk tenusu yang ada enzim laktase, yang boleh membantu memecahkan laktosa.

Jadi, Mama tak perlu risau bila hendak menggunakan susu bebas laktosa kerana ia mempunyai rasa yang sama, tekstur dan kandungan nutrisi yang sama bagusnya untuk si manja.

5 Senarai Susu Tanpa Laktosa Yang Boleh Didapatkan Di Pasaran!

1) Isomil Plus

Kredit Foto: Google Image

Isomil Plus ini merupakan formula bayi berasaskan soya yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Jadi kalau Mama ada anak yang lebih daripada setahun, Mama boleh cuba susu ini, dan terutamanya untuk si manja yang mengalami cirit-birit, lactose intolerant atau alahan protein susu lembu.

Mama juga tak perlu risau, susu ini mesra vegetarian dan halal! 

Ia juga kaya dengan nutrien seperti DHA, AA, FOS dan Lutein untuk perkembangan bayi. 

Anggaran Harga Pasaran: RM35.00 untuk 400gram.

2) Dumex Dupro Lactose Free

Kredit Foto: Google Image

Susu Dumex Dupro Lactose Free dicipta khas untuk bayi yang tidak mempunyai daya toleransi terhadap laktosa.

Apa yang membuatkan susu formula ini istimewa? Susu ini mengandungi lima zat penting yang diperlukan bayi seperti protein, DHA, vitamin A, karbohidrat serta kalsium yang tinggi!

Anggaran Harga Pasaran: RM21.00 untuk 400gram.

3) Karihome Infant Formula

Kredit Foto: Google Image

Ini merupakan susu untuk bayi dengan Lactose Intolerant yang paling sesuai! Nak tahu kenapa? Ini kerana susu ini telah diformulasikan dengan menggunakan susu kambing. 

Susu kambing ini sangat senang untuk dicerna dan kandungan laktosa pun kurang daripada susu lembu.

Dan oleh itu, ia sesuai diambil buat bayi yang mempunyai intoleransi laktosa yang sederhana!

Anggaran Harga Pasaran: RM60.00 untuk 400gram.

4) Nestle NANHA Tahap 1

Kredit Foto: Google Image

Jenama yang tidak asing lagi bagi ramai ibu bapa, iaitu Nestle. Nestle NAN HA adalah formula susu lembu buatan Switzerland premium yang direka untuk membantu alahan bayi. 

Bukan sahaja mudah dicerna, malah ia juga bersifat hipoalergenik. Jadi ini dapat membantu bayi yang terdedah kepada alahan dan sensitiviti. 

Kalau Mama atau Papa memang mempunyai alahan atau ‘lactose intolerant’, bolehlah siap sedia untuk membeli susu yang bersesuaian kerana kemungkinan besar ia boleh terjadi kepada si manja juga.

Anggaran Harga Pasaran: RM25.00 untuk 400gram.

5) Formula Bayi Equifina Organik Bellamy

Kredit Foto: Google Image

Susu ini amat sesuai jika Mama mempunyai bayi yang baru lahir atau berumur 0-12 bulan.

Secara lebih spesifik, susu ini dijadikan untuk membantu sistem pencernaan dan menyerap secara lembut bagi mengurangkan refluks asid. 

Hebat kan? Bukan itu sahaja, susu ini diperbuat daripada susu lembu organik yang diperakui oleh NASAA.

Susu ini juga dihasilkan mengikut piawaian makanan Australia yang ketat, jadi Mama tak perlu ragu-ragu tentang kualitinya.

Anggaran Harga Pasaran: RM115.00 untuk 900gram.

Adakah Bayi Anda Perlukan Susu Tanpa Laktosa?

Untuk pengetahuan Mama, sebuah kajian oleh APP menunjukkan bahawa hanya bayi dengan alergi protein susu lembu atau keadaan perubatan yang sangat jarang disebut galactosemia akan memerlukan formula laktosa bebas. 

Ada segelintir bayi yang mempunyai galactosemia tidak tahan dengan galaktosa iaitu gula yang menjadikan laktosa. 

Jadi, ini sangat membahayakan kesihatan bayi. Jika diteruskan memberi susu yang tidak boleh diterima badan, bayi mungkin akan lebih sakit. 

Selalunya akan ada ujian darah bagi bayi yang baru lahir di hospital biasanya untuk menguji galactosemia dan Mama akan dinasihatkan oleh doktor tentang cara untuk merawatnya. 

Bayi yang mempunyai alergi susu akan menunjukkan gejala seperti:

  • Kolik
  • Kegagalan untuk berkembang dan membesar
  • Cirit-birit berdarah

Pesan Pakar Usah Diambil Ringan, Mama Harus Bertindak Sekarang

Kredit Foto: Adobe Stock

Dr Faisal Mohd Fadzli, seorang Pakar Perunding Kanak-Kanak Hospital Pakar KPJ Tawakkal memesan kepada ibu bapa bahawa pemeriksaan dan rawatan awal penting untuk mengenal pasti masalah sebenar bayi dalam satu laporan yang disiarkan oleh Harian Metro

Biarpun simptom yang ditunjukkan jelas, ujian terhadap sampel najis akan mengesahkan keadaan sebenar bayi.

Dalam kes ini juga, warna najis tidak boleh menentukan tahap keterukan dialami bayi. Najis mungkin jadi hijau, kuning, coklat atau berdarah. Justeru, ujian dan rawatan di hospital penting untuk rawatan sewajarnya.

Jadi, Mama harus segera tukarkan susu yang tersedia ada sekarang dengan susu tanpa laktosa. Ingat, kesihatan si manja harus diutamakan.