Bayi Mama sering sembelit? Kasihan rasa melihat muka merah mereka menangis, menahan rasa sakit dan tidak selesa akibat sembelit.
Kita yang dewasa pun faham bagaimana rasa peritnya sembelit, apatah lagi bayi yang sangat kecil. Tahukah, salah satu cara untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku adalah dengan memberi susu untuk bayi sembelit buat si manja anda.
Berikut merupakan antara susu yang sesuai untuk bayi sembelit yang terdapat di pasaran Malaysia.
6 Susu Formula Yang Mampu Menyelesaikan Masalah Sembelit Si Manja!
1) Susu Novalac Easinova
Susu ini merupakan salah satu susu untuk bayi sembelit yang sangat disyorkan para ibu. Antara kelebihan susu ini adalah:
- Mengurangkan sembelit.
- Mempercepatkan pergerakan najis di dalam usus.
- Unik dan telah disesuaikan untuk menyelesaikan masalah kecil bayi yang minum susu formula.
- Susu formula untuk bayi sembelit ini mempunyai khasiat lengkap dengan nutrien penting diperlukan si manja.
- Dibuat daripada susu segar yang dihasilkan dari ladang-ladang yang terpilih.
Susu Novalac Easinova kaya dengan vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran si manja. Mama boleh mendapatkannya di Motherhood.com.my atau pasaraya terdekat.
2) Dumex Mamex
Apabila si manja sembelit, kita sebagai ibu bapa sangatlah gelisah dan tak dapat duduk diam. Jadi, susu formula Dumex Mamex ini dapat membantu bayi untuk tidak sembelit kerana ia mengandungi prebiotik dan juga serat.
Apa kelebihan prebiotik? Prebiotik boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang baik dan juga kesihatan usus secara keseluruhan.
Jangan risau, prebiotik yang terkandung dalam susu Dumex Mamex telah dipatenkan di peringkat Antarabangsa GOS / lcFOS (9: 1), menjadikannya antara susu yang seusia untuk bayi sembelit.
Tambahan pula, ramai ibu-ibu yang telah mencuba jenama susu formula ini dan tiada lagi sembelit bayi. Susu ini juga digelar penyelamat sembelit bayi!
3) Susu Frisolac Comfort
Seperti namanya, ‘comfort’ susu ini menawarkan keselesaan dan rumusan khas untuk bayi yang mempunyai masalah penghadaman ringan seperti muntah, sakit perut, dan sembelit.
Susu ini diformulasikan khas dengan carob bean gum, sejenis serat yang menambah kepekatan susu ini dan juga membantu melegakan rasa mual, sembelit, dan kolik pada bayi.
Banyak kan khasiat susu ini? Jangan lupa untuk cuba ya Mama!
4) Susu Similac® Total Comfort
Susu Similac® Total Comfort juga dapat memberi keselesaan dan memudahkan proses membuang air besar bayi bayi anda.
Similac® Total Comfort mengandungi sejenis protein yang lebih mudah untuk dicerna berbanding susu lembu biasa.
Selain daripada menjadi antara pilihan utama mak-mak sebagai susu untuk bayi sembelit, Similac® Total Comfort juga membantu dalam perkembangan otak dan mata si manja kerana kandungan kombinasi unik DHA, Lutein dan juga vitamin E semulajadinya.
Mama juga tak perlu risau kerana susu Similac® Total Comfort ini telah dibukti secara klinikal dapat membantu mengurangkan sembelit dan juga meningkatkan kesihatan perut si manja.
5) Susu Snow Neo Baby Infant Formula Langkah 1 Untuk 0-9 Bulan
Untuk pengetahuan Mama, rumusan susu bayi dari Snow ini amat unik kerana ia mengandungi oligosakarida (Galactosyl Lactose). Wah, tak pernah kita dengar nama tu kan? Jadi apa keistimewaan bahan tersebut?
Fungsi Galactosyl Lactose untuk bayi sembelit:
- Menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria dalam usus untuk sistem pencernaan yang sihat.
- Membantu mengurangkan sembelit. Jadi, amatlah mudah jika anak Mama minum susu ini. Ianya dicipta khas untuk mengurangkan sembelit bayi.
6) Susu Dumex Dugro® 3 Fruits & Veg
Seperti namanya, sudah pastilah ramuan istimewa susu untuk bayi sembelit ini adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.
Susu Dumex Dugro® 3 Fruits & Veg ini sesuai untuk anak berumur 1 hingga 3 tahun, dihasilkan tanpa sukrosa dan sesuai untuk bayi sembelit kerana dapat melancarkan sistem penghadaman bayi.
Bagi membantu usaha Mama dan Papa untuk mengenal pasti tanda-tanda bayi sembelit, berikut adalah senarai dan petunjuk yang dikongsikan oleh doktor dalam menentukan sama ada bayi Mama mengalami sembelit atau tidak:
6 Tanda-Tanda Si Manja Mengalami Sembelit (Perhatikan Tanda Ini!)
- Perut bayi kelihatan menegang, buncit dan keras.
- Proses pergerakan usus mengalami kesukaran, mengakibatkan proses meneran najis kelihatan sukar sehingga bayi melengkung ke belakang atau menangis.
- Bayi tidak mahu menyusu seperti biasa.
- Najis yang keluar keras dan berdarah.
- Bau najis atau kentut bayi berbau sangat busuk.
- Bayi tidak berak walaupun sekali dalam tempoh 5 hingga 10 hari.
Punca-Punca Utama Bayi Mengalami Sembelit Yang Harus Diketahui
-
Kesukaran Menghadam Susu Formula
Masalah bayi sembelit ini adalah perkara yang normal dan kerap terjadi kepada bayi yang susah untuk menghadam susu tersebut. Susu yang terbaik sudah pastilah susu ibu dan ianya amat mudah untuk dihadam oleh bayi.
Malah, susu badan ibu juga diciptakan sebagai laksatif jadi, bayi yang disusukan badan secara harian jarang mengalami sembelit.
-
Bayi Sering Berada Dalam Keadaan Baring
Ini tidak dapat dielakkan kerana proses pergerakan usus sememangnya menjadi satu kesukaran besar buat bayi kerana keadaan mereka yang selalu berbaring.
Disebabkan itu, tiada graviti yang mampu membantu memudahkan proses pergerakan usus si manja.
Alternatif Lain Bagi Mengelakkan Sembelit Bayi (Ikut Tips Ini!)
1) Pastikan Bayi Sentiasa ‘Hydrated’
Pastikan bayi kekal terhidrat. Ingat pesan ini, sentiasa pastikan bayi Mama kekal hidrasi bagi melancarkan proses pergerakan usus yang kerap.
Bila si manja tidak cukup air dalam badan, ia akan menyerap air daripada usus besar dan ini membawa kepada sembelit dan najis menjadi keras.
2) Urutan Yang Perlahan Di Bahagian Perut
Mama atau Papa juga boleh cuba lakukan urutan perlahan pada perut dan abdomen bawah bayi. Ini adalah salah satu petua yang dikongsikan oleh para ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama.
Cara ini bukan sahaja memudahkan pergerakan usus tapi dapat juga memberikan ketenangan kepada si manja.
3) Pastikan Bayi Aktif Bergerak
Pastikan bayi bergerak aktif dan antara senaman bayi yang Mama boleh lakukan ialah senaman basikal bayi. Bagaimana caranya? Jangan risau, ikut saja contoh ini.
- Baringkan bayi secara menelentang dan gerakan kakinya secara bulatan seakan-akan mengayuh basikal.
- Selain itu, antara senaman lain yang memudahkan pergerakan usus adalah dengan membengkokkan lutut bayi ke arah dada mereka.
- Tahan pergerakan tersebut selama 10 saat sebelum meluruskan kembali kaki bayi.
Sembelit Bayi Usah Dipandang Remeh Dan Ringan
Sembelit ini boleh membawa kepada banyak sangat keburukan. Jika Mama tidak lakukan apa-apa perubahan, kesihatan si manja mungkin akan merosot.
Sembelit bukan sahaja beri impak kepada perut dan proses pembuangan najis, tapi keseluruhan tubuh!
Semoga perkongsian ini berguna buat Mama. Jika masalah sembelit dan cirit-birit bayi masih berterusan, bawa bayi berjumpa doktor secepat mungkin bagi melakukan pemeriksaan lanjut. Selamat mencuba!
Sumber: Hello Doktor