Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Jenis Susu Terbaik Yang Dirumus Khas Untuk Bayi Yang Kerap Sembelit Dan Perut Sensitif

susu untuk bayi sembelit

Sumber Klikdokter

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis pilihan susu untuk bayi sembelit yang boleh dibeli di pasaran sekarang. Bagi Mommy yang sedang menghadapi masalah bayi sembelit, dan mendapati puncanya adalah dari pengambilan susu formula yang tidak sesuai, apa kata tukarkan susu bayi dengan pilihan yang lebih baik dan sesuai dengan sistem penghadaman bayi.

Untuk makluman Mommy juga, selain pengambilan susu formula yang salah dan tidak sesuai dengan perut bayi yang sensitif terdapat beberapa lagi faktor yang mempengaruhi masalah penghadaman bayi.

Punca-Punca Bayi Menghadapi Masalah Sembelit

Berikut merupakan antara beberapa faktor lain yang menyebabkan bayi mengalami masalah sembelit iaitu :

  • Bayi mengalami kekurangan cecair dalam badan.
  • Kurang pengambilan makanan berserat tinggi.
  • Perubahan rutin harian contohnya seperti makanan.
  • Bayi baru sahaja diperkenalkan dengan makanan pejal.
  • Bayi kurang bergerak atau tidak aktif.

Masalah bayi sembelit ini sering kali terjadi kepada bayi yang diberikan susu formula.

Tanda-Tanda Bayi Sembelit

Kalau Mommy nak tahu, terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan untuk mengetahui sama ada bayi sedang mengalami sembelit atau tidak. Antara tanda-tandanya adalah:

  • Tidak membuang air besar selama beberapa hari.
  • Berlaku perubahan wajah pada bayi ketika sedang membuang air besar contohnya seperti muka berkerut, tegang atau menunjukkan reaksi marah atau tidak selesa apabila kita cuba memegangnya.
  • Terdapat garis-garis darah merah di atas najis bayi.
  • Perut menjadi keras.
  • Bayi tidak mahu makan atau hilang selera makan.

Di bawah ini terdapat beberapa jenis susu yang sesuai untuk bayi yang mengalami masalah sistem penghadaman atau sembelit, jadi Mommy bolehlah buat pemilihan yang mana satu sesuai untuk bayi.

12 Jenis Susu Untuk Bayi Sembelit Yang Bagus Untuk Sistem Penghadaman

Pilihan susu yang sesuai untuk bayi yang mempunyai perut sensitif dan kerap sembelit adalah seperti berikut :

#1. Similac Total Comfort

Highlighted

Kredit gambar: savinghome.online

Merupakan susu keluaran Syarikat Abbot, Susu Similac Total Comfort ini telah pun terbukti dapat membantu mengurangkan sembelit kerana mempunyai campuran minyak sayuran yang dapat membantu melembutkan najis dan membuatkan ususnya lebih lawas.

#2. Frisolac Comfort

Kredit gambar: Shopee

Susu ini pula dirumus khas untuk bayi yang mengalami masalah penghadaman ringan contohnya seperti muntah, sakit perut dan juga masalah sembelit. Ianya mengandungi bahan khas iaitu gam kacang carob iaitu sejenis serat yang memekatkan susu dan seterusnya membantu melegakan gejala-gejala muntah, kolik dan sembelit.

#3. Novamil Kid IT

Kredit gambar: productnation.com

Susu ini dirumus khas bagi mengurangkan sembelit yang dialami oleh bayi, mempercepatkan pergerakan najis di dalam usus, mempunyai nutrisi lengkap dan penting yang diperlukan si manja. Susu ini juga diperbuat daripada susu-sus segar yang diambil dari ladang-ladang yang terbaik sahaja.

#4. Similac Isomil Soy Formula

Kredit gambar: Carousell

Sangat sesuai diberikan kepada bayi yang berusia 0 hingga 12 bulan, susu ini diperbuat daripada kacang soya yang berkualiti tinggi dan mengandungi DHA yang dapat membantu membina sel otak, penjagaan mata dan kesihatan kulit.

#5. Dale & Cecil Miwako Plant Milk

Kredit gambar: daleandcecil.com.my

Merupakan susu yang dirumus khas berasaskan tumbuh-tumbuhan yang telah ditanam secara organik. Susu ini mengandungi bahan-bahan seperti quinoa, millet dan juga beras perang. Selain mengatasi masalah sembelit, susu ini juga sangat sesuai untuk bayi yang mengalami alahan kepada kacang soya.

#6. Bellamy’s Organic Step 1 Equifina

Kredit gambar: productnation.com

Bellamy’s Organic Step 1 Equifina ini merupakan susu 100% diperbuat daripada bahan organik. Ianya mempunyai kandungan protein yang membantu proses penghadaman dan pencernaan bayi.

#7. Aptagro Step 3 

Kredit gambar: carousell.com.my

Susu Aptagro Step 3 ini membantu serta melancarkan sistem pencernaan bayi dan mengelakkannya daripada menghadapi masalah sembelit. Selain itu, susu ini juga bagus untuk membina ketahanan serta meningkatkan imun badan bayi dan juga mengurangkan risiko dijangkiti penyakit.

#8. Enfalac A+ Gentlease 0-12 Bulan

Kredit gambar: Shopee

Kalau Mommy mempunyai bayi yang perutnya sensitif, susu Enfalac A+ Gentlease 0-12 Bulan sangat sesuai diberikan kepadanya. Enfalac A+ Gentlease ini mengandungi protein yang sangat mudah untuk dihadam.

Ianya juga sangat sesuai untuk bayi yang selalu mengalami masalah kembung perut dan mengandungi gizi yang cukup bagi memenuhi keperluan nutrisi si manja anda.

#9. KARIHOME Infant Formula Step 1

Kredit gambar: camybabyland.com

Merupakan susu pilihan ramai ibu bapa dan ianya juga merupaka susu kambing yang paling laris terjual di farmasi, KARIHOME Infant Formula Step 1 sangat bagus untuk bayi yang mempunyai masalah penghadaman dan tidak boleh minum susu lembu.

Susu ini mengandungi nukleotida yang boleh membantu untuk meningkatkan sistem ketahanan badan dan juga CLA yang berfungsi bagi meningkatkan kekuatan tulang serta mampu membuatkan bayi tidur lebih lama.

#10. Anmum ESSENTIAL

Kredit gambar: Shopee

Merupakan satu-satunya jenama dengan MFGM-Gangliosida-DHA dan tanpa gula tambahan. Ianya membantu menyokong persekitaran usus yang baik dan seterusnya membantu menyokong sistem pertahanan badan.

Sangat sesuai untuk bayi yang mengalami masalah sembelit. Selain itu, susu ini juga membantu dalam pembentukan hubungan sel-sel otak, menyokong perkembangan emosi dan tingkah laku serta mempunyai 15 nutrien penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi secara menyeluruh.

#11. Susu Faleeq

Kredit gambar: ibusyurga

Susu ini sangat sesuai untuk bayi yang sembelit kerana mempunyai kandungan laktosa yang rendah dan sesuai untuk perut sensitif. Susu faleeq diformulasi menggunakan susu kambing tulen, organik dan semulajadi di mana untuk bekalan susu kambing, ianya telah diimport dari Holland.

#12. Susu Dugro Fruit & Veg

Kredit gambar: Paykini.com

Salah satu punca bayi mengalami masalah sembelit adalah kerana kurangnya pengambilan makanan yang tinggi dengan serat. Oleh itu, berikan susu Dugro Fruit & Veg ini untuk kebaikan bayi.

Susu Dugro Fruit & Veg ini dirumus khas untuk membantu bayi yang sukar dan tidak mahu makan sayur dan buah dengan memberikan mereka keperluan lengkap nutrisi penting itu.

Semoga dengan perkongsian ini, Mommy beroleh manfaat dan boleh jadikannya sebagai satu sumber rujukan!