Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tips & Jenis-Jenis Susu Untuk Ibu Hamil Yang Terbaik di Pasaran Malaysia

susu untuk ibu hamil

Ketika hamil, si ibu harus menjaga pemakanan untuk diri sendiri dan juga bayi dalam kandungan. Selain makan dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa, khasiat dan nutrisi yang terkandung dalam makanan tersebut juga harus dipantau. Semasa hamil, para ibu sangat digalakkan untuk minum susu untuk ibu hamil bagi menambahkan tenaga dan khasiat semasa kehamilan. Susu untuk ibu hamil juga bakal memberi manfaat kepada bayi dalam kandungan sepanjang proses kehamilan.

Highlighted


Manfaat Minum Susu Untuk Ibu Hamil

  • Seorang ibu hamil memerlukan kira-kira 1000 ke 1300 mg kalsium setiap hari. Kalsium yang diperoleh melalui susu ibu akan turut disalurkan pada bayi dalam kandungan.
  • Minum susu ketika hamil boleh mengurangkan risiko diabetes type 2.
  • Mengurangkan risiko osteoporosis pada bayi dalam kandungan apabila dia lahir dan semakin dewasa kelak.
  • Meningkatkan IQ anak kerana iodine dalam susu ibu hamil berfungsi dalam membantu tumbesaran otak bayi.
  • Menurut satu kajian yang dijalankan oleh European Journal of Clinical Nutrition, ibu hamil yang sering minum susu sebanyak lebih 150ml setiap hari, sepanjang kehamilan, mempunyai anak-anak yang lebih tinggi apabila meningkat remaja.

Zaman sekarang ni terdapat banyak pilihan susu untuk ibu hamil. Daripada jenis susu ibu kepada jenama-jenama yang terdapat di pasaran. Kadang tu sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Dibawah merupakan senarai jenis susu untuk ibu hamil yang boleh dijadikan panduan Mommy sebelum memilih susu.

+1 Susu Lembu

Susu lembu merupakan susu yang sering menjadi pilihan orang ramai. Tak kisahlah ibu hamil atau orang biasa, susu lembu pasti menjadi pilihan utama sebagai minuman tambahan. Antara kebaikan nutrisi susu lembu adalah:

  1. Mengandungi amino acid yang baik untuk sel badan ibu dan bayi.
  2. Vitamin D dapat mengurangkan risiko diabetes pada ibu hamil dan bantu perkembangan bayi dalam kandungan.
  3. Vitamin E pula ada antioxidant dan dapat membantu dalam mengurangkan dijangkiti penyakit.
  4. Mengandungi kandungan kalsium yang tinggi.
  5. Kandungan Vitamin A dalam susu ini juga dapat membantu tisu badan dan sistem imun bayi.

Antara susu lembu yang sering menjadi pilihan:

  • Susu Lembu Rendah Lemak

Susu lembu rendah lemak dikatakan pilihan paling popular untuk ibu hamil. Susu ini sangat sesuai untuk Mommy yang lebih gemar kurang kalori semasa mengandung. Lemak tepu yang terkandung dalam susu lembu ini sudah dibuang sebelum menjadi serbuk susu. Sebab tu susu ini dikatakan tak ada kalori!

Cadangan hidangan: 2-3 cawan susu sehari.

  • Susu Lembu yang telah melalui Proses Pasteurization 

Proses Pasterization merupakan proses membunuh kuman dalam makanan atau minuman seperti makanan dalam tin, susu, jus, dan sebagainya. Susu yang telah melalui proses ini sebenarnya adalah lebih baik untuk diambil oleh sesiapa sahaja.

  • Susu Lembu tanpa Proses Pasteurization

Susu yang tidak melalui proses pasteurization pula merupakan susu yang diperah terus dari badan lembu, dan terus diminum. Ia sememangnya sangat menyegarkan, namun tidak sesuai untuk ibu hamil.

Susu jenis ini boleh memudaratkan bayi dalam kandungan kerana ia tidak melalui proses membunuh kuman dan kebersihannya tidak terjamin.

+2 Susu penuh krim

+3 Susu Kambing

Susu kambing juga merupakan pilihan popular dalam kalangan ibu hamil. Susu untuk ibu hamil jenis ini biasanya dihasilkan secara organik, UHT dan susu segar.

Fakta mengenai Susu Kambing:

  1. Susu kambing mengandungi kandungan protein yang tinggi, rendah butterfat globules dan vitamin B2.
  2. Susu kambing dapat mengurangkan masalah kolesterol dan meningkatkan metabolisma badan.
  3. Vitamin B2 dalam susu kambing meningkatkan antibodi dan sistem imun badan.

+4 Susu Soya

Susu soya tidak mengandungi lemak dan kaya dengan fibre serta kalsium. Susu soya dihasilkan dalam pelbagai perisa. Kandungan protein yang terdapat dalam susu soya sama seperti susu lembu. Antara khasiat susu soya adalah:

  • Merupakan susu tanpa kolesterol.
  • Kalsium yang terkandung dalam soya dapat membantu tumbesaran bayi.
  • Lemak monosaturated dan polysaturated dapat membantu penyakit kardiovaskular.
  • Antioksidan dalam soya dapat mencegah kanser.

+5 Susu Beras

Seperti namanya, susu ini dihasilkan dari air dan beras. Susu beras tidak sesuai untuk ibu hamil yang mengalami diabetes kerana susu ini mengandungi empat kali ganda karbohidrat jika dibandingkan dengan susu lembu.

  • Mengandungi Vitamin B.
  • Susu rendah lemak.
  • Rendah protein tetapi tinggi kandungan antioxidant.
  • Membantu mencegah penyakit selenium dan manganese.

+6 Susu Oat

Sama seperti hidangan oat, susu oat dapat membantu dalam membantu penghadaman dan mencegah sembelit semasa mengandung. Susu oat juga dapat mengawal rasa lapar, membantu tahap kandungan gula dalam darah dan juga menyalurkan oksigen yang mencukupi pada sel badan.

+7 Susu Kacang Almond

Susu kacang almond merupakan antara susu berkhasiat yang semakin popular sejak belakangan ini. Ia dihasilan daripada almond dan air. Antara fakta nutrisi mengenai susu almond:

  • Tanpa lemak dan kolesterol.
  • Kaya dengan asid folik, protein, Vitamin B, kalsium, iron dan Vitamin E.
  • Rendah kalori dan mengandungi antioxidant untuk membantu sistem imun badan.

Namun begitu, si ibu tak boleh minum susu untuk ibu hamil dengan sewenang-wenangnya. Berikut merupakan tips yang para ibu harus tahu untuk mendapatkan khasiat yang optimum sepanjang kehamilan.

Tips Memilih Susu Untuk Ibu Hamil

  1. Pilih susu yang telah dipasteurisasi – Susu yang telah dimasak atau melalui proses dipasteurisasi menjamin kebersihan susu tersebut. Proses ini sangat penting kerana jika tidak dilakukan, susu tersebut mungkin mengandungi bakteria atau kuman yang boleh mengancam si ibu dan juga bayi dalam kandungan.
  2. Kandungan pada label susu – Penting juga untuk Mommy sentiasa membaca kandungan nutrisi yang dilabel pada susu tersebut. Pastikan ianya berkhasiat supaya kandungan Mommy sihat sentiasa sepanjang anda minum susu.
    • Trimester Pertama: Ramai yang selalu loya ketika trimester pertama. Oleh itu, susu yang tinggi kandungan vitamin amatlah digalakkan untuk ibu hamil pada trimester pertama.
    • Trimester kedua: Ibu digalakkan untuk memilih susu yang tinggi kandungan zat besi untuk mencegah risiko bayi lahir secara pramatang.
  3. Ikut selera tekak – Ini juga penting. Mommy juga disarankan untuk memilih susu yang bersesuaian dengan selera supaya anda dapat menelan rasa susu tersebut. Dengan pelbagai jenis perisa yang terdapat di pasaran seperti vanila, coklat dan juga perisa asli, Mommy boleh pilih ikut selera Mommy sendiri. Kalau tak sedap kita sendiri taknak minum kan.

Demikian antara susu untuk ibu hamil yang boleh dijadikan panduan Mommy semua. Untuk pelbagai pilihan jenama susu terbaik untuk Mommy dan si manja, layari Motherhood.com.my hari ini!