Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tips Susun Atur Pasu Bunga Di Halaman Rumah Mommy Untuk Cipta Landskap Yang Indah!

Kredit gambar: istockphoto

Beruntungnya kalau ada halaman rumah sendiri kan? Luas ataupun sempit, tetap boleh reka landskap tersendiri. Rumah yang ada landskap ni memang lain serinya.

Tetapi dalam membina landskap di halaman rumah, Mommy hendaklah merancang sebaiknya. Tak bolehlah ikut suka je. Nanti cacamarba pula. Daripada nak landskap yang mengindahkan pemandangan, bertukar sebaliknya.

5 Tips Susun Atur Pasu Bunga Di Halaman Rumah

Antara aspek terpenting dalam membina landskap adalah, susun atur pasu-pasu bunga Mommy. Ada cara yang tertentu dan tips yang Mommy boleh praktikkan:

#1. Mesti ada pattern atau bentuk susunan pasu

Antara perspektif utama yang Mommy mesti ada dalam fikiran adalah, pattern atau bentuk susunan pasu yang Mommy nak buat.

Bentuk susunan pasu bunga ni bergantung kepada beberapa aspek seperti keluasan ruang halaman, keseragaman hiasan dalam landskap dan kesukaan Mommy dan Daddy.

Ada orang suka susun pasu bunga berbentuk bunga, seakan-akan kuntuman bunga yang mengembang. Ada juga yang suka susun pasu selonggok-selonggok di halaman. Ada yang menyusunnya seakan laluan jalan untuk tetamu masuk menuju ke pintu utama rumah.

Macam-macam kan? Tak kiralah pattern susunan macam mana yang Mommy nak buat, tapi pastikan ada ilustrasi dahulu dalam fikiran Mommy ya?

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

#2. Pemilihan jenis dan corak pada pasu yang sesuai dan seragam

Bila kita tengok di kedai bunga, memang banyak jenis pasu yang dijual. Ia datang dengan pelbagai bentuk, corak, warna dan bahan buatannya.

Semuanya cantik dan unik tetapi tak bermakna ia sesuai kalau digabungkan kesemuanya. Kucar-kacir nanti Mommy!

Jadi Mommy kena pilih, dengan jenis bunga yang nak ditanam tu, jenis pasu yang macam mana paling sesuai. Tak semestinya hanya satu jenis pasu. Tapi kebiasaannya paling banyak pun, tidak lebih daripada 3 jenis pasu untuk nampak seragam dan cantik landskap Mommy nanti.

#3. Gabungan bunga dan tanaman yang serasi

Bukan pasu sahaja, jenis bunga dan tanaman pun kena serasi ya. Bunga dan tanaman ni ada pelbagai warna dan bentuk juga. Ini semua akan mempengaruhi dan membentuk imej landskap kita.

Dalam nak susun pasu bunga ni, kena tengoklah dahulu. Pada pattern kita nak susun tu, bentuk dan warna bunga yang macam mana sesuai.

Yang eloknya, macam elemen yang lain, kena ada keseragaman dan motif ya?

Kredit gambar: istockphoto

#4. Kedudukan ketinggian bunga yang sesuai

Selain itu, dalam menyusun pasu bunga ni, kedudukan setiap satu tu, mestilah di tempat yang sesuai. Sebagai contoh, tanaman yang lebih tinggi, biasanya Mommy susun di belakang yang lebih rendah kan?

Tak bolehlah main susun je. Bukan sahaja dari segi rupa dan jenis, ketinggian tanaman pun main peranan ya.

Selain daripada nilai estetika, ia juga penting untuk faktor survival nya seperti pencahayaan matahari.

#5. Susun atur pasu sesuai dengan faktor cuaca

Dalam menyusun atur pasu di halaman rumah Mommy ni, jangan dilupakan juga tentang faktor survival nya secara menyeluruh.

Katakanlah, Mommy letakkan pasu yang tanamannya tidak boleh terkena cahaya matahari direct di kedudukan yang terdedah. Pastinya tanaman Mommy tak akan bertahan.

Begitu juga dengan tumbuhan yang memerlukan cahaya matahari lebih dan tidak boleh terlebih air. Ini semua, Mommy kena titik beratkan untuk penjagaan landskap yang berpanjangan ya.

Kredit gambar: istockphoto

Tips Susun Atur Pasu Bunga Di Halaman Rumah

Memang kalau fikirkan, susun-susun macam tu je. Tapi sebenarnya, untuk cantik dan bertahan lama, kena teliti dengan beberapa aspek ya sebelum Mommy decide nak bina landskap di halaman ni.

Semoga berjaya dan jangan lupa praktikkan tips-tips dari Motherhood ini!


Mommy dan Daddy juga boleh mempelajari cara untuk deko rumah dengan lebih cantik dan menarik diĀ SINI!