Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Program Iltizam Anak Selangor: Tabungan RM 100 Setahun Kepada Bayi Kelahiran Selangor

Berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kelahiran bermula 2022 sehingga 2023 bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan skim baharu menerusi Program Iltizam Anak Selangor.

Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.

Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan tabungan RM100 setiap tahun kepada bayi yang lahir di Selangor. Bajet Selangor 2023 memperuntukkan RM3 juta untuk menjayakan Program Iltizam Anak Selangor (ANAS) dengan sasaran seramai 30,000 bayi yang akan menerima.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 7,654 bayi yang lahir di Selangor pada tahun lepas hingga Mac 2023 layak menerima manfaat itu. Malah, menurut beliau ANAS masih dibuka kepada lebih 20,000 bayi sehingga hujung tahun 2023.

Anak Mommy adalah bayi kelahiran Selangor? Mari rebut keistimewaan ini untuk kebaikan masa depan anak Mommy.

Tabungan RM1OO Setahun Kepada Bayi Kelahiran Selangor

Program ini adalah salah satu keistimewaan yang diberikan kepada anak Selangor berdasarkan Bajet Kerajaan Selangor 2023. Tabungan RM100 bagi setiap tahun ini akan diberikan sehingga bayi berkenaan berumur lima tahun.

Sumbangan ini dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi membantu persediaan pendidikan.

Highlighted

Kredit gambar: Info Terkini Bantuan

Setiap permohonan yang telah berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun ke atas.

Datuk Seri Amirudin Shari berkata bayi  yang lahir di Selangor bermula 2022 dan menetap di negeri ini selain merupakan warganegara boleh memohon di anas.yawas.com.my segera.

Untuk semua Mommy yang menetap di Negeri Selangor take note ye! Semoga program ANAS ini memberi manfaat kepada anak Mommy.